Wednesday, January 11, 2012 | By: Luna Biru

Mizan pindah sekolah


Setelah puas bertengkar dengan Mizan dan Ade yang tetap mempertahankan pendapat mereka bahawa sekolah tempat dorang belajar bukanlah sekolah tetapi rumah, maka aku pun terpaksa jugalah memindahkannya. Mungkin mereka sudah terbiasa dengan senario sekolah yang besar dan bertingkat-tingkat macam sekolah tempat aku mengajar sekarang. Mungkin bagi mereka, sebuah sekolah yang lebih berpusatkan taman asuhan bukanlah sekolah dalam ertikata yang sebenar. Aku tak sangkal kebenaran kata-kata budak berdua ni. Memang sesungguhnya bangunan sekolah dorang ni macam rumah bekas pegawai MDP zaman kolonial dulu. Budak-budak dari umur 4 tahun hinggalah 6 tahun diasuh di sini. Sebuah bilik khas pula disediakan untuk bayi berusia setahun. Suasana dalam kelas agak lembap tanpa aliran udara yang baik. Sementara jarak antara lantai ke siling pula agak rendah menyebabkan oksigen tidak berputar dengan bebas. Berada dalam kelas rasanya macam dalam oven sungguhpun aku tak pernah tau apa rasanya dalam oven. Itu melankoliknya, ok. 

Sungguhpun terpaksa menanggung kerugian kerana telah membayar duit pendaftaran yang beratus hengget, tapi akhirnya aku akur juga pada permintaan dorang. Nasib baik jugalah pihak Tabika kembalikan separuh dari wang yuran jadi dapatlah aku coverkan ke sekolah baru. Setelah puas membawa Mizan berputar satu Papar untuk dia memilih sendiri sekolah idamannya, maka hatinya jatuh pada Tadika SUI JHEINS di Buang Sayang. Waaa...sekolah lama aku ni. Alasannya, sekolah ini menepati ciri-ciri sekolah impiannya; ada tangga, ada kelas yang besar, banyak mainan dan BBM serta ada parking space jadi senang untuk aku ambil dia. Logik sungguh alasannya buat aku langsung tiada sebab untuk menolak. Namun agak malang sebab si Ade tidak diterima di sini sebab umurnya belum pun 4 tahun. Tapi kira oklah juga sebab aku pun rasa Ade belum bersedia lagi untuk ke sekolah. Biarlah dia tinggal dulu di rumah bersama Umi dan Atoknya.

Maka, bermulalah episod baru dalam hidup Mizan sebagai murid tadika JHEINS secara single. Oleh kerana dia yang memilih sekolah ini, maka aku sudah berjaya paksa Mizan berjanji untuk mempertanggungjawabkan pilihannya. Dan syukurlah Mizan telah memilih sesuatu yang betul baginya. Sewaktu aku ambil dia pagi kelmarin, dia terus menjerit dan berkata; Mama....sekolah sini seronok! Best betul! Cikgu dia yang tengah mengajar pun terberhenti mengajar sekejap dan ketawa. Siap angkat jempol jari lagi.

Dan hari ini, sekali lagi Mizan pulang dengan senyum yang puas. Bila aku tanya tentang sekolahnya, dia   mengangkat kedua jempolnya (two thumbs up, ok). Jangan jak besok dia guna ibu jari kaki pula untuk tunjukkan perasaan happynya.

Aku bersyukur sangat sebab aku tidak jadi seorang ibu yang memeras perasaan anak. Sungguhpun ada yang cakap aku ni bongok betul sebab terlampau ikut cakap anak, namun sebenarnya ia tidaklah semudah itu. Anak-anak aku sebenarnya memerlukan alasan yang benar-benar kuat untuk aku ikut cakap dorang. Dan kalau alasan yang diberikan tidak berbaloi, maka aku akan KIV kan saja permintaan dorang. Apalagi kalau permintaan itu disertakan dengan rengek dan baran, maka aku akan buangkan terus tanpa prejudis, Dalam kes ini, rasanya Mizan telah memberikan aku satu alasan yang kuat untuk permintaannya dan paling penting, Mizan menikmati pilihannya dengan baik sekali. Alhamdulillah...

Yup, let's tengok-tengok pix aku ambil at the first day Mizan di JHEINS.





5 comments:

Fadleena J. Noo said...

Wah... Congrats to Mizan. The right choice... But.. Mama Mizan... Tiang itu mengganggu suasana... Sungguh cakap..

Luna Biru said...

haha...aku pun rasa macam tu.

Atie said...

bilik ne yang bawah asrama SMAIP dulu bah kan zue....hujung dekat dengan tangga.....heheheh

Luna Biru said...

Ya...dialah tu Tie...kau ingat lagi. hehe

Atie said...

zue...hahaha...tatap diingat, pa inda...atas sekolah mizan ne kan dorm aku dulu, plg aku nda lupa cikgunya tuduh kami kencing kunun dari atas. siap kena denda dengan ustaz lagi...hahaha....Kenangan betul. klasik sangat. nanti kalau aku ke Papar, jom menyusur kenangan di tempat ne...hahaha...

Post a Comment