Ini adalah lanjutan kisah seorang remaja semalam.
Biarlah aku bahasakan dia Intan sebab mukanya memang sejernih intan yang indah. Polos dan lugu.
Jadi aku pun menjenguknya di rumahnya tadi seperti yang dijanjikan semalam. Ibunya sudah sedia menungguku bersama urine test yang dibelinya di farmasi. Suka atau tidak, hasil ujian pertama menunjukkan dua garisan merah yang bermakna, si Intan sudah positif punya fetus dalam rahimnya.
Lalu bermulalah isu-isu tentang cara penyelesaian. Oleh kerana si lelaki sudah menghilang maka si ibu berfikir untuk menggugurkan saja bayi yang sedang dikandung itu. Err...kalau aku bagitau tempat dan caranya, adakah aku dikira subahat dan berdosa? Soalnya si fetus baru berusia sekitar 7 minggu. Adakah roh sudah masuk ke dalamnya?
Perkembangan fetus seawal 7 minggu
http://www.abort73.com/abortion/abortion_techniques/ |
Pengguguran
http://monica-yin-001.blogspot.com/2011/01/abortionmiscarriage.html Ada pasangan bertahun kahwin tidak berikan rezeki anak Ada pasangan yang diberikan rezeki tapi disiakan... Subhanallah... |
0 comments:
Post a Comment