Saturday, January 28, 2012 | By: Luna Biru

Kisah seorang remaja

Ini adalah satu kisah sedih tentang seorang remaja berusia 14 tahun yang terlanjur mengandung.

Waktu pertama kali kulihat dia, remaja itu, yang sedang mengalami kemurungan yang teruk - aku sudah tahu kalau dia sedang menyimpan satu rahsia besar. Tapi ibunya yang memegang kepercayaan khurafat percaya benar kalau anaknya sedang diganggu setan-setan jalanan dan ilmu-ilmu hitam yang magis. Lalu anak itu pun dihantar ke semua rumah bomoh-bomoh handalan untuk diubat kerana percaya yang anaknya terkena sihir atau yang semacam begitulah.

Tak tahan melihat si anak, juga tak tahan melihat si ibu yang ternyata hanya memperbodohkan dirinya, aku pun ikut campur. Lalu di dadaku si anak menangis, mengakui bahawa dia sudah terlanjur bersama kekasihnya. Paling tragis, akuinya, haidnya sudah terlambat dua bulan!

Bah, baiklah. Pasti kamu akan dapat membayangkan perasaan si ibu waktu itu. Kalau saja tidak disabarkan, pasti si ibu sudah histeria melebihi anaknya. Perasaan malu, marah dan entah apa lagi pasti sudah merasuk si ibu kala itu. Apalagi kalau si anak ternyata lebih percayakan orang lain berbanding dia. Tapi aku bukan orang lain ok. Si anak itu sudah kuanggap seperti anak sendiri. Dari kecil sampai besar, dia begitu manja denganku. Dari dia jugalah timbul nama gelaran untukku yang cuma dia saja memanggilnya iaitu Bu Ju, bermaksud, Ibu Zu. Waktu itu dia kecil benar dan tidak dapat memanggil namaku dengan betul. Akhirnya, nama itu melekat sampai sekarang.

Ah...dunia remaja. Indah selalu membawa padah. Waktu kutanyakan dia tadi, mahu dia kemanakan bayi yang ada di perutnya, dia menangis semahunya. Katanya, dia tidak mahu anak itu dan dia sendiri belum bersedia menjadi ibu. Tentulah sajalah, baru 14 tahun. Jaga adik pun belum mahir, apalagi mahu menjaga anak. Tapi nasi sudah menjadi bubur. Si lelaki juga sudah jadi pengecut dan hilang dari kehidupannya. Itulah kesilapan paling besar bila dia ternyata melakukan kesilapan itu bersama seorang lelaki berusia 19 tahun yang sudah punya pekerjaan sendiri!

Aku berjanji akan menemukan lagi si kecil itu besok di rumahnya. Aku cuma berharap agar sahabatku itu dapat bertenang malam ini.

Ya Allah...lindungilah keturunanku dari melakukan perkara mungkar yang Engkau nistakan. Amin...

2 comments:

Anonymous said...

Soo True..
Gbu...

Luna Biru said...

Too sad to be true...

Post a Comment