Friday, January 20, 2012 | By: Luna Biru

Feedback Kekuatan Cinta Seorang Guru

Filem pendek Kekuatan Cinta Seorang Guru sudah pun abang uploadkan di Youtube.

Alhamdulillah...buat setakat ini jumlah penonton sudah capai ke angka 419 dalam masa seminggu. Setakat ni, tiada komen negatif, mungkin sebab orang tak sampai hati (hahaha).

Satu komen yang pasti ialah, orang agak terkejut melihat adegan gaduh antata Cikgu Zura dan muridnya, Zul. Hmmm....mungkin sebab aku terkenal dengan wajah ayu-ayu gitu jadi watak cikgu garang itu benar-benar  telah memberi satu impak berbeza dengan karakter aku. Kalau ditanya, adakah aku benar-benar seorang begitu, err...errr....errr.....no komen ok.

Apa yang menariknya ialah, sudah ramai yang share link kan movie ni ke wall mahupun blog masing-masing. Terima kasih pada semua yang sudi link kan. Itu tandanya hasil kerja kami dihargai. Selepas ini, projek filem pendek ini akan diteruskan lagi dengan tema dan warna yang berbeza pula. Aku tetap dengan tugas sebagai screen player dan scriptor. Tapi mungkin kali ni aku akan jumutkan watakku. Tiada lagi Cikgu Zura ok.

Korang tunggu tau! Kasi support team kami k...

0 comments:

Post a Comment