Segalanya berlangsung dengan manis dan baik hari ini di hari pertama sesi persekolahan 2012. Segala kekalutan menyediakan keperluan sekolah kelmarin terasa sangat berbaloi. Tak sia-sia aku sampai migraine mengurus budak-budak ni. Urusan Mizan dan Ade juga nyatanya tidaklah sebebat pemikiranku. Awal pagi lagi mereka sudah bangun seawal Atok membunyikan enjin motor yang bertugas untuk melaung azan di masjid As-Sobirin Kg.Takis.
Urusan pendaftaran dua budak kecik ni selesai jam 7.50 pagi sementara kelasku bermula jam 8.10 pagi. Itu bermakna aku ada lebih kurang 20 minit untuk sesi mengamankan dorang sebelum berangkat balik ke sekolahku. Mulanya kukira keduanya akan merengek mau ikut pulang. Nyatanya, aku sendiri dihalau pulang oleh si Mizan. “Kenapa mama belum pulang-pulang lagi ni?” tanya Mizan. “Kami ok ba mama…mama pulanglah..”balas si Ade pula dengan haqqul yakinnya. Err…aku kena sedih ke atau bersyukur ni? Aku pun tak pasti.
Namun, konflik mula berlaku pada minit ke-40 saat aku mula mengajar. Cikgu sekolah tadika call dan bagitau seluar si Ade basah waktu ke tandas. Si Ade pula berkeras tak mahu gunakan seluar yang disediakan oleh pihak tadika untuk hal-hal kecemasan macam tu. Aku mula panik. Masa mengajarku masih berbaki 40 minit sebelum masa rehatku tiba. Aku tak tahu mahu minta tolong sama siapa untuk hantarkan seluar baru pada Ade. Abang juga terikat dengan tugasnya waktu itu. Rasa menyesal betul tak bekalkan seluar extra.
Akhirnya, begitu masa mengajarku selesai, aku bergegas menuju ke tadika yang jaraknya lebih kurang 1km dari sekolahku. Waktu aku sampai, cikgu bagitau yang Ade dan Mizan dari tadi bersembunyi di dapur, dekat kamar mandi. Alangkah terkejutnya aku bila aku ke sana ternyata Ade sedang berdiri tanpa seluar sementara Mizan pula teresak-esak menangis di sebelahnya. Begitu melihat aku, Mizan terus menyerbu dan memeluk aku. Tangis Mizan seakan tiada hentinya. Bila kutanya kenapa dia menangis, jawabnya sebab dia sedih tengok keadaan adiknya tanpa seluar. Si Ade Cuma terkebil-kebil kehairanan melihat abangnya yang begitu prihatin pada nasib malangnya. Oh…sensitive betul anak lelakiku sorang ni…
Tak lama kemudian abang datang dan kami sama-sama menemankan keduanya menikmati acara makan pagi. Masa rehatku masih tersisa 30 minit, jadi aku cuba manfaatkannya sebaik mungkin. Aku sudah kehilangan moment ini untuk keempat anakku sebelum ini. Aku tidak pernah punya masa untuk menyelami perasaan takut dorang kerana terlalu obses dengan kerja dan masa. Aku tidak mahu kehilangan saat itu lagi.
Aku akhirnya meninggalkan mereka lagi sekali setelah masa rehatku benar-benar menuju penghujungnya. Waktu aku tinggalkan, mereka berdua baik-baik saja dan aku kira semuanya sudah kembali senormal pagi tadi. Namun, sewaktu menjemput mereka pulang, sekali lagi aku dikejutkan dengan suatu keadaan yang memilukan. Cikgu tadika bagitau yang keduanya ditidurkan dalam bilik rehat sebab Mizan mula menangis sejam selepas aku pergi. Sangat mengharukan bila aku menjenguk ke bilik rehat, keduanya tidur berpeluk. Air mata Mizan masih lagi ada di pipinya. Si Ade yang pertama sedar kehadiranku. Rupanya dia tidak tidur, cuma menemankan Mizan saja. Begitu melihatku, Ade berbisik agar aku jangan bising takut Mizan bangun dan menangis lagi. Perlahan, aku membangunkan Mizan. Begitu matanya terbuka, dia menangis dan terus memelukku. Si Ade tetap juga bengong melihat keadaan kami. Bila kutanya pada Ade kenapa Mizan menangis, selamba saja dia jawab; “Entahlah mama…menangis ja Mizan dari tadi tu…”
Seketika aku tercengang, siapa abang siapa adik ni? Kukira Ade lah yang tidak dapat mengawal dirinya, rupanya Mizan pula yang terlebih.
Waktu pulang Mizan cakap dia tak mahu lagi ke sekolah esok. Tapi bila sudah sampai rumah, lepas mandi dan menyusu, dia mula ok. Malam tadi dia sudah mula mengemas buku dan bajunya, bersedia untuk ke sekolah besok. “Mizan ok sudah?” tanyaku. Dia mengangguk sambil tersenyum cantik. “Tapi Abang Ijan jangan nangis lagi di sekolah ah,” sampuk si Ade dengan bahasanya yang tak berapa betul. “Ok ba…” jawab Mizan.
Aku tersenyum. Umur bukan penentu kedewasaan,kan? Nyatanya si Ade lebih berdikari dan berjiwa lebih kental dari Mizan. Dan Mizan, mukanya yang seposen itu memang amat sesuailah dengan jiwa mat bunga dan sensitifnya tu.
Semoga besok dia sudah boleh atasi ketakutanya.
2 comments:
zue...waktu baca cerita kau pasal Ade dan Mizan...berbagai perasaan terbit dari hatiku....sedih...gembira dan lucu sekali. Mizan memang punya jiwa sensitif, sikit banyak aku rasa dia mewarisinya dari kau, dan sifat berani dan kental dalam diri Ade...dia juga mewarisinya dari kau. Mizan sudah kacau jiwanya masa dia nampak si Ade tiada seluar, sebab itu dia menangis saja selepas tu...kesian Mizan. Paling menyentuh hati aku, kasih sayang dua beradik ne....sama-sama saling menjaga....emmmmm....sweeeettttt sgt...
ya...itulah yang uniknya pasal dorang ni. Mungkin sebab ikatan nama dorang yang sengaja kupisahkan sungguhpun sebenarnya ia satu nama.
Mizan Sri ISKANDARSYAH dan Ade Hairunee ZULKARNAIN. Iskandar Zulkarnain adalah 1 nama agung yang tak berani kuletakkan pada 1 orang sebab takut berat.
Post a Comment