Wednesday, January 18, 2012 | By: Luna Biru

Kekuatan Cinta Seorang Guru


Ini adalah versi kedua (Full Version). Time tayangan hari tu, scene kat computer lab kena cut oleh panel penapis. Oleh kerana editor asal (Fairuz) sibuk, so abang edit movie ni sendiri. Disebabkan masalah dengan sistem rakaman bunyi yang sangat low-budget, suara latar dalam filem nih ada dengung skit.

Kisahnya macam nih... Filem ini mengisahkan dua orang guru yang berbeza tempat bertugas. Sorang di pedalaman manakala sorang lagi di kawasan bandar.


Cikgu Rosli (Lakonan Rosli Abdul Rahman), bertugas di kawasan pedalaman, jarak sekolah yang agak jauh sering mencabar dirinya. Tambahan lagi, keadaan prasarana dan infrastruktur yang sederhana acapkali melenturkan jiwa kentalnya. Namun, keramahan penduduk setempat serta kegigihan murid-muridnya sentiasa menaikkan semangatnya tatkala dia hampir 'jatuh'.

Cikgu Zura pula (lakonannya... aku) bertugas di sekolah menengah. Oleh kerana kedudukan sekolah ini terletak di kawasan bandar, prasarana dan infrastruktur memang mencukupi. Tetapi, Cikgu Zura sering dilanda masalah dengan disiplin pelajarnya.

Akhirnya, ketika cinta mereka pada profesi ini mulai pudar, sekeping kad telah menyedarkan mereka betapa murni dan besarnya amanah yang mereka pikul. Dan, cinta mereka pada profesi yang mendaulatkan bangsa mulai mekar kembali...

Poster KEKUATAN CINTA SEORANG GURU

Proses editing (recolour stage)


Kenangan Sepanjang Pembikinan Projek Ini

Hari pertama di SK. Kambizaan (hehehe... filem ni hanya menggunakan camcoder dan beberapa set lampu buat sendiri)

Tengah mencari angle dan lighting source. Zakwan (cameraman) tengah mencari angle terbaik

Scene ni antara yang di 'cut' oleh penapis. Aki tengah pegang reflector miliknya sendiri

Kenangan dengan pelajar SMK. Takis (sebahagian saja, yg lain balik dah...)

Director tengah memberi arahan ngan si Edwin, Zul sedang memerhati

Ni reflector pertama yang digunakan... guna aluminium foil

Perhatikan lampu tu... siap bebalut ngan plaster merah lagi

Abang menjelaskan adegan yang akan dilakukan

Ni scene yang hampir last... adegan lagu Anuar Zain tu...

Cameraman: Zakwan from Pahang, Lighting: Hamid dari Papar

Proses rakaman suara untuk scene 'Kad'

Tengah setup 'multimedia station' untuk keesokan harinya. Rasanya dalam jam 9.00 malam ni. Aku, abang, Fairuz, Zakwan dan Hafiz tidur di dewan ni malam tu untuk proses rakaman suara terakhir.

Nilah dia pentas utama Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Papar 2011 oleh SMK. Takis

Abang ngan heronya. Semua crew tengah lesu (tak cukup tido)
Projek ini adalah projek kedua Unit Multimedia Papar yang berbentuk movie. Sebelum ini mereka terlibat dengan pembikinan gimik pelancaran Netbook 1 Malaysia bagi kawasan Daerah Papar. Banyak rintangan dan dugaan telah ditempuhi sepanjang pembikinan filem ini. Namun, yg bestnya ialah bila kami duduk bersila di PKG dan makan beramai-ramai.


0 comments:

Post a Comment