Thursday, January 5, 2012 | By: Luna Biru

Kisah Mizan di hari ulang tahun ke 5


Baiklah. Hari ini aku betul-betul surrender. Badanku yang sudah terbiasa rehat selama dua bulan ini masih belum lagi mampu menjalani aktiviti -aktiviti ganas yang sering aku lakukan sebelum ini. Mengurus dorang Mizan dan Ade sudah benar-benar di luar kemampuan normalku sebagai wanita yang sudah agak lanjut usianya. Perlu makan lebih food supplement. Makjun Dua Istimewa yang aku selalu makan sebelum ni rupanya mengandungi steroid oleh KKM. Klik sini untuk info. Patutlah selama ni aku rasa luar biasa hebatnya. Kena cari food supplement barulah pula lagi...


Ok. Berbalik pasal Mizan dan Ade. 

Macam kelmarin segalanya bermula nampak sempurna di pagi hari. Oleh kerana aku ada kelas awal pagi, jadi aku bawa dua budak kecik ni dulu ke sekolahku. Jam 8.10 baru aku hantar dorang ke tadika setelah menjampi serapah dorang dengan pelbagai macam doa kekuatan jiwa. Malangnya doaku menjadi untuk Mizan sorang saja. Si Ade tercicir dari senarai doa dan berkeras juga mahu ikut pulang. Pasal Mizan pun nampak ok ditinggal sendiri, maka aku pun ikutkan saja kehendaknya. 

Klimaks mula berlaku bila abang dapat tahu yang si Ade tidak ke sekolah. Maka abang pun sanggup pulang semata-mata untuk hantar Ade balik semula ke sekolah. Niatnya baik. Mungkin dia risau memikirkan Mizan seorang melalui kehidupannya sendiri. Namun, di situlah kesilapan itu bermula. Nyatanya, si Ade tak mahu juga masuk kelasnya dan menangis di luar pintu. Mizan pula yang sudah berani, bila tengok adiknya nangis begitu, maka bermulalah jiwa sentimental valuenya. 

Tak lama kemudian, aku terima sms dari abang bagitau yang sekarang dua2 sudah nangis mahu pulang. Sedang waktu itu aku stuck di jam P&P selama sejam. Itu bermakna abang kenalah pujuk dorang selama waktu itu yang hakikatnya aku tahu, kompom dia bakal gagal punya. Ngeh..abang memang kantoi sikit bab2 memujuk ni. Habis mengajar, lebih kurang jam 9.40, aku bergegas ke tadika. Waktu ni terus-terang aku cakap aku dah penat sangat. Aku cuba pujuk keduanya untuk stay tapi kemudiannya aku rasa aku cuma kuat untuk memujuk seorang. Akhirnya aku memilih Mizan. Saat itu hatiku bergempur antara sayang membina atau sayang memusnah. Membawanya pulang bermakna aku akan terus memanjakanya dengan kasih sayang yang akan merosakkannya. Membiarnya di situ bermakna aku akan menghadapi risiko untuk dia dimarahi guru. Sampai niankah hatiku membiar si halus Mizan menangis sendiri di situ menghadapi manusia-manusia yang begitu asing dalam hidupnya? 

Lalu sebuah detik rasa pun membisik; Sudah sampainya masanya untuk Mizan bertatih melalui kehidupan sebenar di luar rumah yang tidak selalu semanis dunianya yang selesa. 

Akhirnya tinggallah Mizan di situ. Aku mendengar suara tangisnya dari tempat letak kereta. Abang terkedu dengan keputusanku. Dari raut mukanya aku tahu dia mahu berbalik dan mengambil Mizan. Believe me abang, sayang betul.

Waktu Mizan kuambil tengahari itu, dia masih menangis. Tapi cikgunya cakap, dia baru saja menangis bila tengok kawan-kawannya pulang. Aku memang agak terlambat mengambilnya hari ini sebab masa mengajarku berakhir jam 12.30. Aku terus bawa dia ke sekolahku sebab sesi persekolahan hari ni habis jam 1.30. Dia sudah ok setelah dipujuk. Cuma aku sedih sikit bila dia cakap macam ni; 
Napa mama paksa Mizan ja, Ade mama nda paksa? 
Sebab Mizan abang dan Mizan sudah besar.
Jadi Mizan mesti mengalah sama Ade? 
Tidak, sebab Mizan mesti kasi tunjuk sama Ade yang Mizan kuat. Nanti bila Ade tengok Mizan ok, dia pun akan ikut juga. 
Kalau Ade nda ikut?
Mama pun akan paksa dia macam mama paksa Mizan. 
Kalau cam tu, ok. Adil. 

Hmmm...aku tahu Mizan kesal adiknya tidak bersamanya hari ini. Dia juga kesal sebab aku memaksanya dan kemudiannya lambat mengambilnya. Tapi aku rasa semua itu adalah sebahagian dari kehidupan dari kanak-kanak. Semua kanak-kanak akan melalui kehidupan sepayau yang dilaluinya tadi. Dulu, Arin pun macam ni juga. Seminggu mengamuk di kelas. Tapi lepas seminggu, dia pula yang tak pernah escape lagi. Aku cuma fikir, sebagai ibu, kita kena kuatkan semangat untuk menghadapi semua ini. Kasih sayang itu berbeza-beza sifatnya, berlainan keperluan dan cara pembuktian. Ingat, kasih sayang seharusnya membina jati diri yang unggul, bukan memusnah karakter peribadi. Terserah kita mahu memilih yang mana. Dan aku, inilah caraku. Hasilnya, mereka lebih berjiwa kental dan berdikari. 

Kepada Mizan, Selamat Ulang Tahun yang ke 5 hari ini. Sorry sebab tangguhkan birthday celebration Mizan sampai hujung minggu ni ok. Insya Allah, kalau Mizan bakal ingat, inilah hadiah mama untuk hari ulangtahun Mizan yang ke-5. Besok, mama tahu, Mizan sudah semakin berani menghadapi hidup. 

Ya Allah, jadikanlah anak-anakku, anak yang Engkau berkati dan Redhai. 

Amin...





  

2 comments:

shafizah said...

ok, saya kongsi tarikh lahir dengan mizan rupanya =.=

Luna Biru said...

Really? Happy Birthday 2 U dear...Sambung di shout box ko ye...

Post a Comment