Thursday, January 19, 2012 | By: Luna Biru

Update baru aku

Lamanya tak update blog.

Ada sesiapa rindu saya tak?

Jadual hidup sejak akhir-akhir ni memang agak gila-gila sikit. Atau mungkin juga sudah gila banyak. Istighfar banyak-banyak supaya tak jadi gila betul-betul. 

Dalam pada jadual hidup yang sememangnya tak berapa best tu, ada lagi Allah sisipkan secebis peristiwa yang menduga tebal mana iman sabar. 

Adik aku terlibat dalam kemalangan motor yang seratus-peratus berpunca dari kesalahannya sendiri. Hampeh...Syukur Alhamdulillah Allah baru tegur sikit-sikit. Tapi nampaknya si kepala batu adik aku ni masih tak jera-jera juga. Langsung tak menampakkan apa-apa bentuk keinsafan. Mungkin bagi mat-mat motor prinsip no scar no prove ni memang sudah jadi darah daging dalam hidup dorang. Khairul oh Khairul...entah bilalah kau nak jadi matang...

Ok. Balik pada kehidupan aku. 

Pasal lama tak menjenguk blog, hari ni baru aku dapat tahu yang kawan aku si Bunga sudah jadi kawan pada si puitis Shafizah. Oh jelesnya...macamana aku boleh terlepas jejak persahabatan dorang ni? Ngeh...tapi dari mula lagi aku memang tahu dorang ni memang ada chemistry. Siapa tak suka pada penulisan sempoi Shafizah? Husband aku yang buta buku tu pun suka baca. Upss...pecah rahsia. 

Minggu ni sudah mula pemilihan dan latihan action song dan bola baling, sekaligus olahraga. Aku handle keduanya sekali kecuali olahraga. Bab tu aku menyibukkan diri sebab Anis dan Abe terlibat sama. Sungguhpun tidak jadi coach di sekolah tapi aku terlibat dalam mengcoaching di luar waktu. Latihan action song teramatlah memenatkan kerana aku handle kelas dan latihan serentak. Boleh gila juga bila kena mengajar dan melatih dalam waktu yang sama. Mahu latih di luar waktu BI rasa kekok pula bila ada cikgu tak mahu lepaskan muridnya. Kepenatan makin terasa bila aku kena keluar dua kali dalam waktu sekolah untuk hantar dan ambil Mizan di sekolahnya. Kepenatan makin jelas terasa-rasa bila terpaksa bawa Mizan masuk kelas. Sedang best-best mengajar, Mizan pula mahu terbuang air besarlah, laparlah dan merungut mahu pulang. Oh tolonglah...

Balik rumah rasa macam mahu nangis saja. Lepas ni, bermula pula latihan bola baling yang diadakan waktu petang. 

Penat. Tapi jujur, bila malam, sebelum tidur, aku rasa seronok dan bersyukur sangat. Sebabnya, aku dapat jalankan amanahku sebagai cikgu dan ibu dengan sebaiknya. Meskipun tak sempurna mana, tapi sekurang-kurangnya, inilah baktiku yang dapat aku curahkan untuk anak didikku. Semoga segala usaha kita diberkati Allah....

Amin. 

Selamat malam dunia.


0 comments:

Post a Comment