Sunday, January 1, 2012 | By: Luna Biru

Intrologi untuk 2012

Ayam masak sweet and sour di SCR, Karamunsing, KK
Semalam sudah buat entry pembuka. Entry yang penuh dengan rasa syukur dan post mortem keinsafan. Entry yang ni pula adalah intrologi rasmi bagi tahun 2012. Jangan keliru dengan gambar di atas sebab ia tiada kaitan langsung dengan azam aku tahun ni.


Errr...apa azam tahun ni? Mudah saja. Aku bertekad untuk menjadikan tahun 2012 ni sebagai tahun kecemerlangan akademik dan pemantapan sahsiah untuk anak-anak aku dan anak-anak didik aku. Tahun ni juga aku bertekad untuk mengradekan diri aku sampai ke konvo. Tahun 2011 telah menyaksikan kejayaan berbentuk kokurikulum yang penuh gemilang sampai aku terlupa dengan bidang kurikulum. Jadi tahun ni aku mau tebus balik ketidak cemerlangan aku dalam bidang tu. Maybe kalau aku ni hebat dan tamak sikit, aku boleh tumpukan pada keduanya. Biar kejayaan kokurikulum dan kurikulum berjalan seiring. Insya Allah...Tapi penumpuan utama adalah lebih berpaksikan akademik.

Ok. Perkaitan pada gambar nasi di atas adalah makan tengahari aku untuk hari ni di restoran kesukaan aku di Singapore Chicken Rice. Awal pagi lagi abang sudah kejutkan dan bawa g ronda-ronda KK sempena tahun baru. Tapi yang paling best kena belanja buat treatment rambut juga di salon kesukaan aku. Hmmm...baik hati extra betul suami aku hari ni. Azam baru ke? Oh, dipersilakanlah mengextra-extrakannya lagi untuk masa akan datang k...

Oya, waktu lepak-lepak di Karamunsing, terpandang pula pameran Christmas sempena kelahiran Nabi Isa. Lama juga aku terbengong di pondok pameran memikirkan betapa Nabi kita sudah jadi Tuhan orang lain. Upss...tak mau komen takut menyentuh sensitiviti kaum lain. Maaf ya kalau terlepas bicara. Err...rasanya tak salah kalau bergambar di situ,kan? Agak-agak, ia masuk kategori murtad juga ke? Oh tidak...!

Abang dengan rambut tahun barunya
Teringat makan di sini sama si Melati. Jom Atie belanja aku di sini. 
Rambutku sedang digasak oleh pekerja salon. Aku terbayang gasakan Allah pula di akhirat kelak sebab tayang aurat masa di dunia. Tapi tak mau insaf-insaf juga,kan?   
Ni koleksi gambar pameran tersebut tanpa caption sebab takut salah tulis







Jadi begitulah berakhirnya hari pertamaku di tahun 2012 ini. Kami pulang rumah bawa ole-ole DVD Ombak Rindu yang kemudiannya ditonton oleh semua ahli jemaah rumah. Si Abe juga yang menangis tengok cerita tu. Umi macam tiada respon langsung sebab dia paling tak suka cerita pasal orang berbini dua. Apapun, aku tetap suka dengan watak Zaidi Omar yang sakastik.

Ok. Selamat malam dunia-dunia.

0 comments:

Post a Comment