Friday, January 20, 2012 | By: Luna Biru

Hari Pemilihan Bola Baling yang penuh keterujaan

Akhirnya pemilihan untuk peserta bola baling dapat juga aku langsungkan dengan jayanya hari ini. Terima kasih pada cikgu-cikgu PJK yang berbaik hati sudi pinjamkan murid sekejap untuk pemilihan ni. Aku tak kacau P&P teras ok. Jadi, aku tak ada sebab untuk disalahkan kalau keputusan UPSR jatuh nanti.

Syukur Alhamdulillah pada Allah sebab bagi aku kerajinan menyelitkan tugasan itu di sela-sela tugas wajib lain.

Sambutan murid-murid terhadap pemilihan bola baling kali ini agak luar biasa hebatnya. Nampak sangat macam inilah acara yang dorang tunggu-tunggu sejak tahun lepas. Teruja gilak. Sampai ada yang sanggup bergaduh, menangis dan merajuk bila tak dipilih. Apa boleh buat. Aku cuma perlukan 12 pemain terbaik.

Dan hari ini, aku menemukan bintang baru. Aaron namanya, budak PGA. Hebat! Itu saja perkataan terbaik untuk menggambarkannya. Kemunculan Aaron telah membuat semua orang terpana, termasuklah si perasan hebat anakku Abe Haiqal.

Selama ni Abe ingat dia penjaga gol terbaik dunia. Secara logiknya, selama ini, memang pun. Sungguhpun badannya kecik tapi dia gesit dan cergas. Tak pernah bola bolos kalau dia berdiri depan tiang gol. Tapi hari ini segala kebanggaan dan keyakinan Abe musnah. Terus-terang, aku tak pernah tengok dia sampai terduduk begitu dengan muka merah padam dan mata berair menahan sakit hati. Aku mahu merasa kasihan tapi aku rasa ini adalah tamparan dan pengajaran terbaik untuk Abe. Sampai ke malam ini pun dia masih belum dapat terima hakikat yang dia gagal menyelamatkan ke'dara'an golnya. Syukur Allah sedarkan Abe awal-awal. Sekurang-kurangnya dia tahu bahawa masih banyak orang terbaik di luar sana. Lagipun, baru padan juga dengan muka dia. Tadi pagi, sebelum berjumpa Aaron, dia masih boleh nyanyi lagu Titanic depan tiang gol siap-siap boleh baring-baring lagi. Adeh...si Abe...

Aku tak harap sangat kami akan ke mana-mana dengan team bola baling baru aku ni setelah kalah teruk tahun lepas. Aku masih baru lagi dalam bidang ni dan aku tak pernah ada pengalaman langsung dalam bidang kejurulatihan. Niat hati mahu batalkan saja penyertaan. Tapi, percayalah, aku kalah pada pijar mata murid-muridku yang begitu bersungguh untuk meneruskan perjuangan ini.

Insya Allah...


" Itulah saya suruh kau makan sayur kasi kuat badan, kau makan rumput. Dari tadi orang main kau temberang-temberang perasan hebat. Sekarang baru kau mau menangis. Na...padanlah muka kau. Kau ingat kau penjaga gol terbaik dunia?"


Adei...celuparnya mulut Teacher Zue a.k.a mama,kan?

0 comments:

Post a Comment