Kembalikan aku ke laut
Pages
Cari di sini
IKLAN
Followers
Ikuti di Facebook
Labels
- badai banyu biru (1)
- Bola baling (9)
- cerpen (13)
- Cuti-Cuti Malaysiaku (92)
- Diary Bisnes aku (4)
- Diary Teacher Zue (299)
- Filem (45)
- hiburan (24)
- Hidup aku (247)
- info kesihatan (15)
- KSP (6)
- lunabiru (1)
- makanan yum yum (16)
- malangang (8)
- My Family (204)
- My Journal (39)
- My photography shot (18)
- Novel (8)
- Papar (12)
- Papar event (1)
- Persahabatan (67)
- puisi (95)
- rambling 2021 (1)
- sekadar renungan (61)
Total Pageviews
Popular Posts
-
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1 1. GELANGGANG PERMAINAN 1.1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 ...
-
Entry kali ni aku nak bawa isu SUMANDAK Sabah yang terkenal dengan kejelitaan,kemanjaan dan keseksiannya. Sumandak @ Tondu adalah bahas...
-
MAKSAK MEDIC CARE - SKIM PENGURUSAN KESIHATAN UNTUK ANGGOTA-ANG GOTA KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN. Kelmarin sekolah kami dikunjun...
-
"Hidup jangan menongkat langit, kelak tongkatmu patah, baru kau tahu langit tinggi rendah. Baru kau tahu apa rasanya hidup dihempap la...
-
Tanpa ulasan. Sebab aku dah penat nak berfikir untuk menghurai kenapa kurasa filem ini sangat berbaloi. Tanpa menurut urutan tahun kerana a...
-
Hari ni aku ambil MC sebab tak tahan dengan kesakitan mata yang sudah melampau2 tahap kemampuanku ni. Sebenarnya, sakit ni bermula sejak har...
-
Inilah dia homestay Mak Usu aku yang terletak di Felda Sahabat, Lahad Datu. Kalau korang berpeluang untuk ke sini dan tiada penginapan, bol...
-
Kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi di Taman Pertanian, Tenom, Sabah. Taman ini terletak di Kg. Lagud Seberang, Tenom sejauh 1...
-
21 Dis 2011 (Rabu) Hari ke 7 Hari ni hari terakhir kunjungan kami di Tawau. Lepas ni kami akan bergerak ke Semporna pula untuk meneruskan ...
-
Kepada penggemar siri cerita seram, tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton aksi drama yang menggegarkan bola roma ini. Ia aka...
Powered by Blogger.
Kisah seorang remaja II
Ini adalah lanjutan kisah seorang remaja semalam.
Biarlah aku bahasakan dia Intan sebab mukanya memang sejernih intan yang indah. Polos dan lugu.
Jadi aku pun menjenguknya di rumahnya tadi seperti yang dijanjikan semalam. Ibunya sudah sedia menungguku bersama urine test yang dibelinya di farmasi. Suka atau tidak, hasil ujian pertama menunjukkan dua garisan merah yang bermakna, si Intan sudah positif punya fetus dalam rahimnya.
Yuna - Terukir Di Bintang (Unofficial MTV With Lyrics)
Lagu ini...begitu klasik. Kagum ia wujud lagi di dunia sebegini.
Ujian hari ini
Waktu aku menaip entry ini, badanku masih lemas dan lemah sekali.
Sakit di tulang belakang dan kawasan-kawasan sekitarnya yang menyerangku beberapa hari lepas sudah mulai stabil. Tapi mungkin kesan ubat terkawal yang diberikan dokter kelmarin menyebabkan imun badanku menjadi lemah. Dokter pun sudah bagi amaran kelmarin. Akhirnya hari ini aku cuma terbaring saja. Bila habis makan ubat, kantukku menyerang. Kemudian, bangun balik dan bila makan ubat lagi, mengantuk balik. Begitulah halnya sampailah ke saat kisah seorang remaja yang telah membunuh semua rasa mengantuk dan lemahku.
Songlap
Agak terlambat barangkali entry ini kutulis kerana aku sudah menonton filem ini beberapa minggu yang lepas.
Terus-terang saja, aku dengan ini secara rasminya mengangkat filem ini sebagai filem terbaik selepas filem KL Gangster dalam abad 2011.
Ya. Filem ini memang bagus. Sungguhpun 20 minit pertama berjalan agak lembap, namun selepas itu, ia bagaikan satu perjalanan yang tiada hentinya. Kita terus dibawa untuk memahami dan menghayati perjalan demi perjalanan yang dilalui hingga akhirnya kita benar-benar merasa menjadi bahagian dalam filem. Pengakhiran filem agak menyebalkan tapi aku memaafkannya kerana aku sudah cukup puas dengan segala persembahan yang diberikan sebelumnya.
Kisah seorang remaja
Ini adalah satu kisah sedih tentang seorang remaja berusia 14 tahun yang terlanjur mengandung.
Waktu pertama kali kulihat dia, remaja itu, yang sedang mengalami kemurungan yang teruk - aku sudah tahu kalau dia sedang menyimpan satu rahsia besar. Tapi ibunya yang memegang kepercayaan khurafat percaya benar kalau anaknya sedang diganggu setan-setan jalanan dan ilmu-ilmu hitam yang magis. Lalu anak itu pun dihantar ke semua rumah bomoh-bomoh handalan untuk diubat kerana percaya yang anaknya terkena sihir atau yang semacam begitulah.
Waktu pertama kali kulihat dia, remaja itu, yang sedang mengalami kemurungan yang teruk - aku sudah tahu kalau dia sedang menyimpan satu rahsia besar. Tapi ibunya yang memegang kepercayaan khurafat percaya benar kalau anaknya sedang diganggu setan-setan jalanan dan ilmu-ilmu hitam yang magis. Lalu anak itu pun dihantar ke semua rumah bomoh-bomoh handalan untuk diubat kerana percaya yang anaknya terkena sihir atau yang semacam begitulah.
Ujian hari ini
Sudah 3 hari Tuhan mengujiku dengan sakit.
Hari ini klimaksnya.
(Tapi masih sempat menaip blog, haha.)
Mahu tak mahu, aku tewas juga lalu pagi tadi menjenguk Pak dokter yang sudah lama tidak ditemui (tapi aku tak pernah rindu ok).
Lalu hasil diagnosis yang dijalani setelah memanjangkan tapak lawatan ke makmal ini dan itu ternyata aku cuma mengalami gangguan urat saraf di tulang belikat. Konsekuensi kepada gangguan itu menyebabkan gastrikku kambuh, demamku menebar dan paling aku benci, gangguan pada perut akibat jangkitan kuman di urinari.
Hari ini klimaksnya.
(Tapi masih sempat menaip blog, haha.)
Mahu tak mahu, aku tewas juga lalu pagi tadi menjenguk Pak dokter yang sudah lama tidak ditemui (tapi aku tak pernah rindu ok).
Lalu hasil diagnosis yang dijalani setelah memanjangkan tapak lawatan ke makmal ini dan itu ternyata aku cuma mengalami gangguan urat saraf di tulang belikat. Konsekuensi kepada gangguan itu menyebabkan gastrikku kambuh, demamku menebar dan paling aku benci, gangguan pada perut akibat jangkitan kuman di urinari.
Tentang Hidup
Hidup adalah tentang pilihan. Aku telah memilih jalan ini sungguhpun ianya terasa amat menyeksakan. Tapi bak kata abah, rasa sakit selalunya hadir tatkala kita terlalu banyak mencampurkan ramuan harapan dalam sebuah mangkuk yang terlalu kecil. Aku telah memahar sebuah harapan besar tanpa mengukur besar atau kecilnya mangkuk kemampuanku dan di situlah kebodohanku itu bermula.
Dia Masih Pelangi...
Dia Masih Pelangi...
Tuhan itu pengasih
Seperti sering kukatakan, hidup itu terkadang meminta kita menjalaninya tanpa tanya, apalagi gugat.
Menjalani, dan terus berjalan.
Kelak engkau akan mengerti, kekasih: Tuhan tak pernah meletakkan kita pada peta buta.
(Aulia A. Muhammad)
Menjalani, dan terus berjalan.
Kelak engkau akan mengerti, kekasih: Tuhan tak pernah meletakkan kita pada peta buta.
(Aulia A. Muhammad)
Dia Masih Pelangi
Aneh kutafsir makna bahagia sedang kita sendiri tidak pernah melihat seperti apa rupanya bahagia itu. Terkadang aku memikirkan bahawa bahagia itu berbentuk seperti kunang-kunang kecil yang meminjamkan cahayanya padaku, atau serupa pari-pari yang bersayap atau seperti Peter Pan yang punya tongkat ajaib. Nyatanya bahagia itu punya satu kuasa hipnotis yang menjadikan alam bawah sedar seorang manusia seperti laskar pelangi yang berlapis-lapis indahnya. Ah, serupa apapun wajahnya bahagia itu, atau mungkin saja ia tidak punya rupa, nyatanya kebahagiaan itu telah menghiasi duniaku yang hampa warna selama ini.
bersambung di sini...
bersambung di sini...
Segara Sabrina (Novel)
Miri, Sarawak 1968
Harris membenahi beg bimbitnya dengan kadar selaju yang boleh. Jam sudah menunjukkan ke angka 4 petang, lebih sepuluh minit. Hari ini adalah hari ulang tahun puteri bungsu manjanya, Sabrina. Sabrinanya yang manis, lucu, nakal dan keras kepala itu akan menyambut ulang tahunnya yang ke lapan hari ini. Dia sudah berjanji akan pulang awal dan meraikan hari berbahagia itu bersama keluarganya. Majlis sambutan kecil-kecilan akan diadakan pada jam 5 petang. Isterinya, Maya, sudah memanggil beberapa tetamu jemputan untuk majlis tersebut. Jemputan agak terhad dan hanya terdiri dari kalangan mereka yang berada selingkungan dengan kelas mereka. Maya agak cerewet dalam memilih tamu.
bersambung di sini...
Dia Masih Pelangi : New Version
BAB 1
Intrologi : 1996
Saat cintamu berbisik dalam mimpi
Hari masih begitu dini ketika aku terjaga dari lenaku yang panjang. Terasa seperti ada yang membangunkanku dari mimpi yang membuai. Lalu tanpa sedar bibirku yang masih kering menyebut sebuah nama yang begitu lama terbenam dari memoriku. Terasa begitu aneh menyeru nama yang sudah lama terpendam itu.
Sebuah nama itu, sudah berkurun ku tawan dalam relung jantung dan gelap hatiku selama ini. Entah apa yang membebaskannya dari penjara hati perawanku. Mungkinkah rindu yang kupaksa membekap selama ini sudah tidak mampu lagi memendap dalam paksinya. Ataukah kehidupan yang kulalui hari ini tidak berjaya menjadikan aku seorang pembohong yang mampu menipu perasaan sendiri.
bersambung di sini
Segara Sabrina (Novel)
2012 : Bandung, Indonesia
Sabrina duduk meneleku di atas pesawat peribadi miliknya dengan pandangan kosong keluar tingkap. Tidak ada apa di luar sana kecuali gelap yang memekat dan deretan lampu yang menguasai landasan kapal terbang. Kelihatan beberapa pekerja landasan berlari ke sana ke sini sambil membawa bendera kecil berwarna putih. Isyarat kecemasan sudah diumumkan sejak petang tadi. Ribut petir dan angin kencang dijangka bertiup lewat tengah malam yang akan membahayakan penerbangan. Awan Kumulus tebal sudah menutupi separuh langit menjadikan penerbangan itu kelihatan sangat mustahil. Kesemua syarikat penerbangan sudah menangguhkan perkhidmatan masing-masing. Sabrina sendiri maklum hal tersebut. Juruterbang peribadinya juga sudah jenuh menasihatinya. Namun Sabrina tetap berdegil untuk pulang ke rumahnya sepertimana yang telah dijadualkannya. Rumahku, bisik Sabrina. Aku rindu rumahku. Tidak ada seorang pun atau apapun yang dapat menghalangiku untuk pulang ke rumahku sendiri. Tidak ribut. Tidak juga takdir.
Perah mindamu di Cinta Fansuri
Aku tak mahu menipu bahawa aku masih seorang pembaca novel tegar macam dulu-dulu. Semenjak penulis muda Malaysia mengubah dimensi penulisan sastera kepada bentuk yang lebih bersahaja di penghujung tahun 90-an, aku sudah melupakan kegilaan ini. Buku terakhir aku baca Malam ini Kita Semua Menangis karya Ahadiat Akasyah yang tak seberapa menikam lagi macam Lagenda Budak Setan. Hampir kesemua karya pada zaman itu lebih membanggai mukasurat yang tebal-tebal berbanding pada isi dan isu. Bullshit semuanya. Lebih sedozen novel kubuang dalam tong sampah yang kemudiannya diminta izin oleh rakan sebilik di maktab dulu untuk dikutip balik.
Mama vs Mizan
Haha...aku tergelak sungguh tengok gambar yang abang editkan ni. Ada persamaan tak? At least, Mizan sorang saja antara anak-anak aku yang mewarisi sedikit dari muka aku ni, meskipun kami berbeza warna kulit.
Persamaan yang pasti ialah kedua gambar diambil ketika usia mencecah 5 tahun.
Thanks to abang.
Perlawan badminton daerah Papar dan Anis
Ni satu entry yang aku boleh terlepas pandang. Pasal perlawanan badminton daerah yang diadakan pada minggu lepas. Anis ikut dalam pertandingan ni dalam acara bergu. Aku agak terkejut bila Anis dipilih sebab dia ni mana pernah main badminton. Kalau stakat main pukul-pukul shuttle guna raket badminton tu adalah. Eh...bukan sama ke tu?
Anis punya dua hari untuk menyediakan dirinya sebelum hari perlawanan diadakan. Latihan kecemasan diadakan dan aku nampak sedikit peningkatan pada hari berikutnya. Masa perlawanan aku tak dapat tengok sebab mengajar. Keputusannya, seperti yang sudah diduga. Memanglah tak kalah teruk tapi Anis kecewa sangat sebab menurut jurulatihnya, kawan bergunya lebih kongkang dari dia sendiri.
Anis punya dua hari untuk menyediakan dirinya sebelum hari perlawanan diadakan. Latihan kecemasan diadakan dan aku nampak sedikit peningkatan pada hari berikutnya. Masa perlawanan aku tak dapat tengok sebab mengajar. Keputusannya, seperti yang sudah diduga. Memanglah tak kalah teruk tapi Anis kecewa sangat sebab menurut jurulatihnya, kawan bergunya lebih kongkang dari dia sendiri.
Feedback Kekuatan Cinta Seorang Guru
Filem pendek Kekuatan Cinta Seorang Guru sudah pun abang uploadkan di Youtube.
Alhamdulillah...buat setakat ini jumlah penonton sudah capai ke angka 419 dalam masa seminggu. Setakat ni, tiada komen negatif, mungkin sebab orang tak sampai hati (hahaha).
Satu komen yang pasti ialah, orang agak terkejut melihat adegan gaduh antata Cikgu Zura dan muridnya, Zul. Hmmm....mungkin sebab aku terkenal dengan wajah ayu-ayu gitu jadi watak cikgu garang itu benar-benar telah memberi satu impak berbeza dengan karakter aku. Kalau ditanya, adakah aku benar-benar seorang begitu, err...errr....errr.....no komen ok.
Apa yang menariknya ialah, sudah ramai yang share link kan movie ni ke wall mahupun blog masing-masing. Terima kasih pada semua yang sudi link kan. Itu tandanya hasil kerja kami dihargai. Selepas ini, projek filem pendek ini akan diteruskan lagi dengan tema dan warna yang berbeza pula. Aku tetap dengan tugas sebagai screen player dan scriptor. Tapi mungkin kali ni aku akan jumutkan watakku. Tiada lagi Cikgu Zura ok.
Korang tunggu tau! Kasi support team kami k...
Alhamdulillah...buat setakat ini jumlah penonton sudah capai ke angka 419 dalam masa seminggu. Setakat ni, tiada komen negatif, mungkin sebab orang tak sampai hati (hahaha).
Satu komen yang pasti ialah, orang agak terkejut melihat adegan gaduh antata Cikgu Zura dan muridnya, Zul. Hmmm....mungkin sebab aku terkenal dengan wajah ayu-ayu gitu jadi watak cikgu garang itu benar-benar telah memberi satu impak berbeza dengan karakter aku. Kalau ditanya, adakah aku benar-benar seorang begitu, err...errr....errr.....no komen ok.
Apa yang menariknya ialah, sudah ramai yang share link kan movie ni ke wall mahupun blog masing-masing. Terima kasih pada semua yang sudi link kan. Itu tandanya hasil kerja kami dihargai. Selepas ini, projek filem pendek ini akan diteruskan lagi dengan tema dan warna yang berbeza pula. Aku tetap dengan tugas sebagai screen player dan scriptor. Tapi mungkin kali ni aku akan jumutkan watakku. Tiada lagi Cikgu Zura ok.
Korang tunggu tau! Kasi support team kami k...
Hari Pemilihan Bola Baling yang penuh keterujaan
Akhirnya pemilihan untuk peserta bola baling dapat juga aku langsungkan dengan jayanya hari ini. Terima kasih pada cikgu-cikgu PJK yang berbaik hati sudi pinjamkan murid sekejap untuk pemilihan ni. Aku tak kacau P&P teras ok. Jadi, aku tak ada sebab untuk disalahkan kalau keputusan UPSR jatuh nanti.
Syukur Alhamdulillah pada Allah sebab bagi aku kerajinan menyelitkan tugasan itu di sela-sela tugas wajib lain.
Sambutan murid-murid terhadap pemilihan bola baling kali ini agak luar biasa hebatnya. Nampak sangat macam inilah acara yang dorang tunggu-tunggu sejak tahun lepas. Teruja gilak. Sampai ada yang sanggup bergaduh, menangis dan merajuk bila tak dipilih. Apa boleh buat. Aku cuma perlukan 12 pemain terbaik.
Syukur Alhamdulillah pada Allah sebab bagi aku kerajinan menyelitkan tugasan itu di sela-sela tugas wajib lain.
Sambutan murid-murid terhadap pemilihan bola baling kali ini agak luar biasa hebatnya. Nampak sangat macam inilah acara yang dorang tunggu-tunggu sejak tahun lepas. Teruja gilak. Sampai ada yang sanggup bergaduh, menangis dan merajuk bila tak dipilih. Apa boleh buat. Aku cuma perlukan 12 pemain terbaik.
Merindui bulan
Semalam ada pesta di bulan.
Aku terdengar suaramu ketawa riang
keletek bagai anak kecil dengan bocah lucu.
Oh, kau pasti sedang senang
Matamu berpijar kemilau bintang
hingga kejora jadi malu padamu.
Kapan kali terakhir kulihat kau sesenang itu?
Dulu? Saat kita duduk di pantai dengan kaki di gigi air?
Atau saat kita menyaksi dunia bertemu di kaki horizon dan dada langit?
Atau saat kita menyusun janji pada batu di titi dermaga?
Ataukah saat tangan kita bersulam antara rindu dan dendam?
Maaf. Aku gagal mengingat satu apa pun.
Nyatanya, aku tak pernah melihatmu sebahagia hari ini.
Izinkan kurakam tawamu biar jadi lagu peneman tidurku
Izinkan kupinjam kemilaumu biar jadi penerang malam gelapku
Izinkan kutanya Tuhan kalau aku masih bisa ke bulan
menjenguk wajahmu dalam senyap seorang perindu.
Kan ku beli mesin masa
Mengingatimu adalah seni yang paling indah
halus semulus lukisan di atas sutera
wangi bagai melati di malam jingga
merdu bagai buluh bergesek rindu...
Dan aku pun tewas lagi dalam sumpah
untuk melupakanmu...
Kenapa tak kubeli saja mesin masa
agar bisa kupulang ke cinta keramatmu?
halus semulus lukisan di atas sutera
wangi bagai melati di malam jingga
merdu bagai buluh bergesek rindu...
Dan aku pun tewas lagi dalam sumpah
untuk melupakanmu...
Kenapa tak kubeli saja mesin masa
agar bisa kupulang ke cinta keramatmu?
:aku:
Oya. Ada peminat yang bernama :aku: muncul di kotak jerit dan minta aku tulis lagi puisi tentang cinta pertama.
Siapa :aku:?
Aku rasa macam mahu duga-duga tapi takut salah. Mungkin orang lain.
Tak kisahlah.
Apapun, aku ucapkan terima kasih pada pada encik :aku: sebab hargai puisi aku. Mungkin encik :aku: ada cerita tersendiri tentang cinta pertamanya.
Aku pula...cinta pertama kepada siapa ya? Ada sesiapa mahu angkat tangan?
Siapa :aku:?
Aku rasa macam mahu duga-duga tapi takut salah. Mungkin orang lain.
Tak kisahlah.
Apapun, aku ucapkan terima kasih pada pada encik :aku: sebab hargai puisi aku. Mungkin encik :aku: ada cerita tersendiri tentang cinta pertamanya.
Aku pula...cinta pertama kepada siapa ya? Ada sesiapa mahu angkat tangan?
Update baru aku
Lamanya tak update blog.
Ada sesiapa rindu saya tak?
Jadual hidup sejak akhir-akhir ni memang agak gila-gila sikit. Atau mungkin juga sudah gila banyak. Istighfar banyak-banyak supaya tak jadi gila betul-betul.
Dalam pada jadual hidup yang sememangnya tak berapa best tu, ada lagi Allah sisipkan secebis peristiwa yang menduga tebal mana iman sabar.
Kekuatan Cinta Seorang Guru
Ini adalah versi kedua (Full Version). Time tayangan hari tu, scene kat computer lab kena cut oleh panel penapis. Oleh kerana editor asal (Fairuz) sibuk, so abang edit movie ni sendiri. Disebabkan masalah dengan sistem rakaman bunyi yang sangat low-budget, suara latar dalam filem nih ada dengung skit.
Kisahnya macam nih... Filem ini mengisahkan dua orang guru yang berbeza tempat bertugas. Sorang di pedalaman manakala sorang lagi di kawasan bandar.
Kemarahanku
Hari ni aku izinkan kemarahanku bertempur tak berpandu. Maka, bergempitalah suara Teacher Zue ke serata alam bersama layang-layang kertas soalan yang bertabur atas lantai.
Oh bodohnya aku....lemah mengawal diri dan emosi. Tapi aku rasa ini bukan soal aku mampu tak mampu kawal marah atau tidak. Aku cuma rasa sudah sampai masanya untuk aku marah. Hari-hari bagi amaran pun akhirnya budak tak kisah sudah. Mungkin silap aku juga sebab manjakan sangat budak bermasalah. Sepatutnya untuk kelas yang slow learner dan nakal macam tu aku tak bagi muka sangat. Mungkin juga itu salah satu keburukan streaming class.
Aku tak suka marah-marah dalam kelas sebenarnya. Kali terakhir aku marah dua tahun lepas. Banyak konsekuenses akan berlaku kalau aku marah. Pertamanya, aku sudah tak ada hati nak tengok budak yang aku marah. Keduanya, budak yang aku marah tu pun tak ada hati langsung lagi dengan aku. Tapi kali ni aku kena terima hakikat yang aku kena berdepan dengan budak-budak ni sampai hujug tahun ni. Mudah-mudahanlah ilmu yang aku ajar berkat dan dorang boleh lulus cemerlang dalam UPSR.
Amin...
Oh bodohnya aku....lemah mengawal diri dan emosi. Tapi aku rasa ini bukan soal aku mampu tak mampu kawal marah atau tidak. Aku cuma rasa sudah sampai masanya untuk aku marah. Hari-hari bagi amaran pun akhirnya budak tak kisah sudah. Mungkin silap aku juga sebab manjakan sangat budak bermasalah. Sepatutnya untuk kelas yang slow learner dan nakal macam tu aku tak bagi muka sangat. Mungkin juga itu salah satu keburukan streaming class.
Aku tak suka marah-marah dalam kelas sebenarnya. Kali terakhir aku marah dua tahun lepas. Banyak konsekuenses akan berlaku kalau aku marah. Pertamanya, aku sudah tak ada hati nak tengok budak yang aku marah. Keduanya, budak yang aku marah tu pun tak ada hati langsung lagi dengan aku. Tapi kali ni aku kena terima hakikat yang aku kena berdepan dengan budak-budak ni sampai hujug tahun ni. Mudah-mudahanlah ilmu yang aku ajar berkat dan dorang boleh lulus cemerlang dalam UPSR.
Amin...
Kisah Mizan dan huruf A
Tadi, waktu tengah tunggu Mizan balik sekolah jam 10.30, aku sempat juga dengar cikgu dia mengajar huruf A. A untuk apa? Lalu cikgunya pun bagitau A untuk ayam.
Lalu bermulalah soalan-soalan dari cikgunya tentang ayam, contohya;
Siapa ada pelihara ayam di rumah?
Siapa suka makan ayam?
Siapa suka makan telur ayam?
Ayam apa yang bertelur, ayam jantan atau betina?
Macamana bunyi ayam?
Apa rasa daging ayam?
Apakah warna ayam?
Siapa suka sama ayam?
Lalu bermulalah soalan-soalan dari cikgunya tentang ayam, contohya;
Siapa ada pelihara ayam di rumah?
Siapa suka makan ayam?
Siapa suka makan telur ayam?
Ayam apa yang bertelur, ayam jantan atau betina?
Macamana bunyi ayam?
Apa rasa daging ayam?
Apakah warna ayam?
Siapa suka sama ayam?
Intrologi 1M 1S 2012
Maka bermulalah 1M 1S di sekolah aku hari ni bagi sesi 2012. Sebagai acara pembukaan untuk tahun ni, sekolah mengadakan Senamrobik sihat 1 Surati. Uniknya acara kali ini adalah kerana ia dikepalai oleh PK KOKUM yang baru iaitu Puan Norelaini.
Mizan pindah sekolah
Setelah puas bertengkar dengan Mizan dan Ade yang tetap mempertahankan pendapat mereka bahawa sekolah tempat dorang belajar bukanlah sekolah tetapi rumah, maka aku pun terpaksa jugalah memindahkannya. Mungkin mereka sudah terbiasa dengan senario sekolah yang besar dan bertingkat-tingkat macam sekolah tempat aku mengajar sekarang. Mungkin bagi mereka, sebuah sekolah yang lebih berpusatkan taman asuhan bukanlah sekolah dalam ertikata yang sebenar. Aku tak sangkal kebenaran kata-kata budak berdua ni. Memang sesungguhnya bangunan sekolah dorang ni macam rumah bekas pegawai MDP zaman kolonial dulu. Budak-budak dari umur 4 tahun hinggalah 6 tahun diasuh di sini. Sebuah bilik khas pula disediakan untuk bayi berusia setahun. Suasana dalam kelas agak lembap tanpa aliran udara yang baik. Sementara jarak antara lantai ke siling pula agak rendah menyebabkan oksigen tidak berputar dengan bebas. Berada dalam kelas rasanya macam dalam oven sungguhpun aku tak pernah tau apa rasanya dalam oven. Itu melankoliknya, ok.
Penggoda Jeruk Rasa
Jeruk rasa sudah hampirku mulai
bekasnya juga sudah ada di pantai
tapi bagaimana ini
kau datang dengan gemalai
menebar figuramu dengan santai
lalu senyum itu menyiksaku
sapa itu mengejutku
hati jadi bingung
simpulan rindu bergulung-gulung
kenapa kau datang
sedang jeruk rasaku menanti untuk dimulai
apa aku perlu bilang
kalau aku sudah goyah
dengan lakumu yang menggoda
atau akukah yang bego
kerana tidak mampu menyah godaan itu
sungguh ampuhku belum tepu
Hilangkan dirimu dalam bayang
pergi ke kaki langit di pantai manis
tebar figuramu di horizon jingga
tapi...
bisakah aku lupa bila langit jadi jingga?
P/s : Tie, aku pinjam puisi indahmu ya...cantik betul!
Tak sedap hati
Hari ni semua serba tak menjadi. Fikiran tak menentu macam orang angau. Dada berdebar macam ada bala nak datang. Sampaikan Bun yang aku buat pun jadi bantat. Hampeh...harapan untuk jadikan bun istimewa aku sebagai sarapan dan bekal anak-anak besok kantoi begitu saja...ada sesiapa sanggup dibayar untuk habiskan bun 2kg tu tak?
Biarkan aku sendiri
Setahun lebih sedikit sudah berlalu dan menjadikan kenangan itu macam benang-benang halus yang sudah siap cantik dianyam. Atau juga macam buku rujukan yang lengkap dengan daftar isi dan muka surat. Atau juga macam sebuah catan yang sudah dibingkaikan. Sempurna hasilnya sama seperti perancangannya. Syukurlah Allah sudah melunasi impian-impian dari manusia kerdil yang berjiwa besar.
Namun sayang, tidak ada satupun keindahan yang terhasil itu berbau wangi. Busuk semuanya. Hanyir macam najis. Kelak, begitulah agaknya si pencipta melankolik itu memakan bangkai saudara sendiri.
Oh cukuplah. Perancangan untuk menyingkirkan aku sudah berjaya. Maka biarkanlah aku terus menyisih.
Namun sayang, tidak ada satupun keindahan yang terhasil itu berbau wangi. Busuk semuanya. Hanyir macam najis. Kelak, begitulah agaknya si pencipta melankolik itu memakan bangkai saudara sendiri.
Oh cukuplah. Perancangan untuk menyingkirkan aku sudah berjaya. Maka biarkanlah aku terus menyisih.
GreenNotes: Kenapa Pada Hari ini Tidak Kau Berikan Gelas itu K...
GreenNotes: Kenapa Pada Hari ini Tidak Kau Berikan Gelas itu K...: Pernah suatu hari Rasulullah SAW pulang dari perjalanan jihad fisabilillah. Beliau pulang diiringi para sahabat. Di depan pintu gerbang kota...
Kisah Mizan di hari ulang tahun ke 5
Baiklah. Hari ini aku betul-betul surrender. Badanku yang sudah terbiasa rehat selama dua bulan ini masih belum lagi mampu menjalani aktiviti -aktiviti ganas yang sering aku lakukan sebelum ini. Mengurus dorang Mizan dan Ade sudah benar-benar di luar kemampuan normalku sebagai wanita yang sudah agak lanjut usianya. Perlu makan lebih food supplement. Makjun Dua Istimewa yang aku selalu makan sebelum ni rupanya mengandungi steroid oleh KKM. Klik sini untuk info. Patutlah selama ni aku rasa luar biasa hebatnya. Kena cari food supplement barulah pula lagi...
Hari pertama Mizan dan Ade.
Segalanya berlangsung dengan manis dan baik hari ini di hari pertama sesi persekolahan 2012. Segala kekalutan menyediakan keperluan sekolah kelmarin terasa sangat berbaloi. Tak sia-sia aku sampai migraine mengurus budak-budak ni. Urusan Mizan dan Ade juga nyatanya tidaklah sebebat pemikiranku. Awal pagi lagi mereka sudah bangun seawal Atok membunyikan enjin motor yang bertugas untuk melaung azan di masjid As-Sobirin Kg.Takis.
Mistiknya diriku, Entry balas untuk Lina
Aku tertarik membaca entry dari seorang cousinku di blognya sejernih airmata yang bertajuk Mistiknya diriku. Maaf Lina kalau aku membalas entrymu di sini sebab ruang untuk menulis di bahagian komen agak terhad. Dan, cetusan ilham untuk membalas tulis ini adalah atas dorongan terkejut dan perkongsian pengalaman yang pernah sama.
Sesi persekolahan pun bermula
Maka besok bermulalah sesi persekolahan bagi tahun 2012. Seminggu ini sudah sibuk menguruskan keperluan anak-anak sekolah dan kemuncaknya malam ini terasa amat penat sekali. Migrain pun kambuh dan menari-nari atas kepala sampai aku rasa aku sudah boleh biul dengan semua ini. Keghairahan anak-anak untuk memulai sesi baru naik taraf mereka sudah melebihi paras normal yang boleh diterima oleh akal kecil aku.
Filem Misteri Jalan Lama
Terus-terang keinginanku untuk menonton filem ini adalah kerana pengarahnya Afdlin Shauki. Filem berdurasi 1 jam 40 minit ini adalah bergenre fantasi antara dunia manusia dan dunia nian yang amat jarang dipilih untuk dijadikan subjek penuh suspen selepas Sumpah Orang Minyak. Sungguhpun Magika pernah menembusi hati kita dengan subjek yang sama, namun perbezaan genre yang dipilih membuatkan kita melihat dua dunia ini dari sudut yang berbeza.
Kisah curang
Semalam ada kisah seorang suami yang telah mencurangi isterinya dengan isteri orang lain. Kisah kecurangannya dipergok semudah ABC setelah lama si isteri menyimpan syak wasangka dalam hati. Oh Tuhan telah berbaik hati membuka pekung di dada suami sebelum mereka berdua terlanjur makin jauh bertindak sebagai pengkhianat cinta.
Errr....curang?
Errr....curang?
Filem Sumpah Puaka
Tertarik dengan preview filem Sumpah Puaka yang ditayangkan di intrologi iklan filem Ombak Rindu, aku pun berkejar ke kedai DVD untuk membelinya. Sebenarnya filem ni telah ditayangkan di pawagam pada 20 Oktober 2011 yang lepas tapi tak berapa dapat sambutan. Meskipun ia adalah filem bergenre seram dan diangkat dari kisah benar, namun semua ini tidak mampu untuk memanggil ahli jemaah untuk meramai-ramaikan pawagam.
Sebuah rapat penting
Kelmarin berlangsung rapat penting yang sebenarnya lebih berbentuk taklimat pemberitahuan. Nyatanya tidak ada satupun dari pemberitahuan yang memihak di pihakku. Tiada pula yang bertanya samada keputusan yang dorang ambil tu dipersetujui oleh aku atau tidak. Ia buat aku rasa macam tak penting langsung.
Ok. Aku tak penting ya?
Biar aku tunjukkan ke mana orang yang tak penting ni boleh pergi.
Ok. Aku tak penting ya?
Biar aku tunjukkan ke mana orang yang tak penting ni boleh pergi.
Intrologi untuk 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- Luna Biru
- Cari aku di neverland saat sang peri dan Peter Pan berterbangan di langgit jingga menuju ke bulan. Cari senyumku di bibir pantai saat senja nampak sempurna menanti mentari ungu hitam. Tunggu warkahku yang kutitip di botol kaca menuju hatimu, mengetuk mimpimu.
Blog Archive
-
▼
2012
(389)
-
▼
January
(39)
- Kisah seorang remaja II
- Yuna - Terukir Di Bintang (Unofficial MTV With Lyr...
- Ujian hari ini
- Songlap
- Kisah seorang remaja
- Ujian hari ini
- Tentang Hidup
- Tuhan itu pengasih
- Dia Masih Pelangi
- Segara Sabrina (Novel)
- Dia Masih Pelangi : New Version
- Segara Sabrina (Novel)
- Perah mindamu di Cinta Fansuri
- Mama vs Mizan
- Perlawan badminton daerah Papar dan Anis
- Feedback Kekuatan Cinta Seorang Guru
- Hari Pemilihan Bola Baling yang penuh keterujaan
- Merindui bulan
- Kan ku beli mesin masa
- :aku:
- Update baru aku
- Kekuatan Cinta Seorang Guru
- Kemarahanku
- Kisah Mizan dan huruf A
- Intrologi 1M 1S 2012
- Mizan pindah sekolah
- Penggoda Jeruk Rasa
- Tak sedap hati
- Biarkan aku sendiri
- GreenNotes: Kenapa Pada Hari ini Tidak Kau Berikan...
- Kisah Mizan di hari ulang tahun ke 5
- Hari pertama Mizan dan Ade.
- Mistiknya diriku, Entry balas untuk Lina
- Sesi persekolahan pun bermula
- Filem Misteri Jalan Lama
- Kisah curang
- Filem Sumpah Puaka
- Sebuah rapat penting
- Intrologi untuk 2012
-
▼
January
(39)