Thursday, February 17, 2011 | By: Luna Biru

Ade Hairunee Zulkarnain

Ade, kupinjamkan kau namaku, pinjamkan aku kekuatanmu. 


Semalam Ade muntah-muntah lagi dan akhirnya, pagi ni aku bawa lagi dia ke hospital. Macam biasa, kena dripping 2 botol. Kali ni, dos kena tambah 1 botol dengan ubat penisilin. Jawapan keputusan darah masih sama; iaitu jangkitan kuman. What kind of kuman, tidak pernah pula diterangkan. Sejauh mana kuman itu akan merosakkan sel-sel Ade pun, tidak pernah dorang kongsikan dengan parents yang lebih berhak tahu. Mungkin dorang rasa orang-orang yang tidak ber’jurgon’ macam dorang ni tak layak untuk tahu details mengenai sesuatu penyakit. Cukup sekadar untuk tahu yang basic saja. Macamlah kita ni bodoh sangat.


Tapi aku cukup kagum dengan ketabahan Ade sepanjang tempoh rawatan dan eksperimentasi lanjutan. Dalam usianya sekecil itu, dia sudah tahu betul rutinnya. Tanpa diminta pun dia sudah awal-awal hulurkan tangannya untuk dimasukkan jarum dripping. Kalau dulu, susah-susah kami pegang tangan dan kakinya, tapi sekarang dia sudah biasakan mindanya untuk menerima semua itu. Bila dokter tunjukkan stateskop, dia akan segera berbaring dan hembus-hembuskan nafasnya. Terharu aku melihat kekuatan yang ada dalam dirinya.

Hakikatnya, ibu manalah di dunia ni yang rela melihat penderitaan anaknya bergelumang dengan rasa sakit. Kalaulah boleh berganti tempat, pastilah aku rela menjadi galang gantinya. Kerana itu aku paling benci bila ada orang bertanya padaku satu soalan yang bagiku kedengaran cukup bodoh untuk ditanya. 
Mungkin si penanya ikhlas, tapi kalau ia diiringi dengan cebik bibir dan kerling mata yang mencemuh, rasanya keikhlasan itu wajar untuk ku pertikaikan. Inilah antara contoh soalan yang paling aku benci (dalam bahasa brunei of course, sebab penuturnya orang tempatan);

“Sakit lagi? Telampau jua, sakit saja,” (ia membuatkan aku berprasangka buruk mengenai sambungan ayat tersebut : jadi, bila lah dia mati?)

“Mengapakan anak mu atu sakit saja? Akupun ramai jua anak tapi inda jua sakit saja,” (bukankah ia kedengaran agak riak dan takbur? )

“Idih...telagi jua anakmu ani. Sakit saja. Macamana kan kau menjaga anak ani?” (pun agak takbur dan secara tidak langsung memuji diri, konon dia sajalah yang pandai jaga anak sebab anaknya tak sakit).

“Mengapa jua chan sakit lagi anakmu atu? Ada pakah dosamu waktu mengandung ia dulu?” (inilah yang paling kejam aku rasa. Apa kata anda?)

Pengalaman bersama Ahmad Iman Danish@Acik 8 tahun lalu, banyak mendewasakan aku tentang nilai sebuah rasa kemanusiaan. Sahabat yang pada mulanya merasa kasihan pun pada akhirnya akan bosan juga. Kesan paling buruk yang aku alami ialah bila Ade kena operation waktu umurnya 5 bulan dulu. Tak perlulah aku nyatakan kisahnya di sini demi menjaga hati semua pihak. Kerana itu, aku cukup trauma bila bercerita pasal anak sakit. 

Mungkin pada mereka yang belum pernah mengalami saat-saat krtikal itu, tidak akan merasai apa yang aku rasai. Kerana rasa itu, tidaklah dapat dikongsi dengan kata-kata, ia perlu dialami sendiri. Dan ketika anda mengalaminya, barulah tahu tinggi rendahnya langit rasa seorang ibu bapa. Sesungguhnya, Allah itu menguji hambanya dengan ujian dugaan dan ujian kenikmatan. Mungkin aku antara yang menerima ujian berupa kesengsaraan dan mungkin mereka lupa bahawa Allah juga sedang menguji mereka dengan nikmat. Janganlah jadi manusia yang kufur nikmat.

Pada segala soalan-soalan bodoh di atas yang tak pernah mampu kujawab, maka pohonku, biarlah Allah saja yang menjawabkannya untuk kalian. Dan kalau tiba saat itu, ingatlah, bahawa begitulah rasaku, seorang ibu, seperti dirimu. Amin...

Sekitar kisah di hospital tadi...
Renungan sayu Ade sewaktu tangannya dimasukkan jarum dripping. Dia seolah-olah ingin mencari kekuatan dengan menatapku. Sedkit pun tiada suara menangis keluar dari mulutnya. 

Ade masih diam dan tenang. 

Nurse Masterskill yang sedang memeriksa kiraan jantung dan paru-paru. Keputusannya agak tinggi.


Dokter membuat pemeriksaan lanjutan untuk mengesan sejauh mana kesan jangkitan pada otak Ade.


Ade mula sedar dari lena yang panjang. Syukur Alhamdulillah...

Sempat juga possing ngan Acik. Dulu, Acik berada di tempatnya. Malah lebih teruk lagi.


Main-main sama Mizan @ Anita Sarawak. Dua tahun dulu, Mizan pun melalui saat-saat kritikal seperti ini. 


Ade sedang tunggu keputusan dokter untuk tindakan selanjutnya. 
Kek meraikan kepulangan Ade ke rumah. Puas pujuk dia makan, tapi tetap tak mahu. Huhuhu...



Sembuhlah Ade...
Pray with me,please...

2 comments:

fyefai83 said...

bw p SMC trus kak~ (^_^)

Luna Biru said...

Thanks babe. Sudah diusahakan tinggal menunggu...

Post a Comment