Saturday, July 27, 2013 | By: Luna Biru

sahabatku super damn

Cuba korang renungkan 3 situasi ini baik-baik:

1. Seorang sahabat pinjam duit aku RM160 untuk bayar saman parking. Oleh kerana dia ni memang orang susah, jadi aku tak minta dia bayar balik pakai duit. Aku cuma suruh dia buatkan aku jemuran kain dari besi-besi buruk yang banyak bersepah di rumahnya. Kebetulan dia ni memang tukang jual besi buruk. Dia pun setuju.



Bila jemuran dah siap, dia minta aku bayar RM250. Aku sangat terkejut. So bila dikira2, jumlah yang dia pinjam RM160 Plus RM250 caj yang dia kenakan, itu bermakna harga jemuran aku yang tak seberapa tough tu adalah RM410.

Apa dah jadi pada perjanjian asal?

2. Sahabat yang sama pinjam RM150 untuk keperluan hari raya. Aku dengan bangangnya bagi dia duit tu dan suruh dia cat kamar mandi aku yang hanya seluas 5x6 kaki. Lepas cat, dia minta aku upah RM100.

Apa dah jadi pada perjanjian asal?

3. Masih sahabat yang sama pinjam duit aku RM50 konon nak beli gas dan beras. Aku sekali lagi bangang, suruh dia buatkan aku kandang kucing sebagai imbalan. Kayu dan bahan2 lain tak payah beli sebab semua dah ada.
Bila kandang dah siap, dia bagi aku resit pembelian kayu yang berharga RM50. So dia minta ganti balik duit dia yang dia dah beli kayu untuk kandang kucing aku.

Kenapa aku kena gantikan balik duit yang aku bagi pinjamkan dia?

Sorry to say.

Sahabat aku ni memang sial. Besok kalau dia susah lagi, haram mutlak aku nak tolong dia. Paling aku menyampah bila dia boleh yakinkan mak aku yang aku ni memang salah, umi pun dah macam manusia yang tak tau menilai. Adake pula manusia tu yang dibelanya? Padahal, anaknya sorang ni lah yamg teraniaya. Dua kes di atas terpaksa ku bayar atas desakan umi.

Oh....tu belum masuk kes-kes lain lagi!

0 comments:

Post a Comment