Thursday, July 18, 2013 | By: Luna Biru

Sakit iu anugerah 2

Jadi dehidrasi ku berkemuncak hari ini.
Sang doktor nasihatkan untuk dripping barang 2-3 botol untuk gantikan air yang hilang dengan kadar segera.

Malangnya aku tak de masa nak baring lama2 di katil emergency untuk layan sakit aku. Akhirnya aku memilih untuk menyekesaikanya dengan cara aku sendiri. Aku janji ngan encik doktor untuk minum 2 jag penuh air pulang nanti. Ha..hamek ko.



Sekarang,
Waktu aku taip entry ni jam sudah menunjukkan angka 2 pagi. Aku baru bangun semenjak tertidur selepas makan ubat petang tadi. Apa yang bebudak ni makan waktu sungkai aku pun tak tahu. Aku cuma harap baik umi mahupun abang sudi gantikan tugas aku dengan lapang dada sepanjang tempoh nazak ini. Aku juga harap aku akan segera sembuh bila fajar menyingsing nanti supaya aku dapat jalankan ibadah kerja aku sebagai guru. Entah apalah jadi ngan budak 2 I tu sepanjang ketiadaan ku. Bengkel UPSR pun belum dapat dijalankan padahal aku dah ready nak buat kemarin. Terima kasih untuk kengkawan yang terpaksa sudi Gantikan kelas aku. Hanya Allah saja yang dapat balas budi baik kalian.

Apapun,
Hari ini aku kehilangan sebuah benda yang sudah mula aku sukai semenjak dua menjak ini. Ia adalah harga untuk pembuktian kasih pada keluarga yang amat aku sayangi.
Atas sebuah pengorbanan yang tak seberapa tu, aku cuma minta agar Allah dapat mempermudahkan segala urusan penebusan selepas ini. Amin.

0 comments:

Post a Comment