Wednesday, July 3, 2013 | By: Luna Biru

Growing the Plant


Sejujurnya, KSSR adalah satu pendokumentasian yang hebat sekiranya ia dijalankan setelus perencanaan. Aku akui agak terkial-kial saat pertama kali memegang kelas KSSR tahun ini. Dokument Standard yang menggantikan istilah sukatan pelajaran benar-benar mencabar kemampuan untuk menjadi guru yang berinovatif. 


Growing the Plant adalah salah satu dari unit yang perlu diajar dalam kelas tahun 2. Seperti biasa, aku menyediakan satu projek khas bagi setiap unit yang dipelajari. Bersesuaian dengan tajuk, maka kali ini, projek yang aku lakukan adalah membuat praktikal menanam bunga. 


Aku cuma ambil masa dua hari untuk menyudahkan projek kilat ni. Objektif utama dalam projek ini adalah untuk menguji kemampuan murid untuk menyebut object yang sesuai digunakan semasa berkebun dalam bahasa inggeris. Mereka juga perlu menyebut ayat-ayat instruction semasa menanam bunga seperti :
First, you must put the soil into the vase. 

Pada akhir pengajaran menunjukkan 100% murid mampu mengenal objek dan menyebutnya dalam BI seperti trovel, rake, wheelbarrow dan vase. Tapi hanya 60% mampu melafazkan ayat arahan dengan betul dan bermakna. 

Wah...macam buat assignmentlah pulak kan? 

Apapun, seperti biasa, cabaran utama dalam projek luar macam ni ialah kawalan murid. Terdapat kelemahan dari sistem pentadbiran sendiri hinggakan ada sebilangan murid yang mengambil kesempatan bermain di kawasan larangan. Aku menerima padah bila ibubapa membuat komplen yang baju anak mereka kotor terkena tanah akibat membuat projek ni. Geram juga waktu terima komplen macam ni. Bukan projek ni sebenarnya yang kotor, tapi sikap murid yang tidak berdisiplin yang menyebabkan segalanya jadi nanar. 

Susah bebudak sekarang ni...

0 comments:

Post a Comment