Bulan Kecergasan ini selalunya di adakan terbuka kepada seluruh warga Papar.
Entah kenapa kali ini tumpuan hanya diberikan kepada pihak sekolah saja. Selalunya, seronok tengok parents sama-sama buat 10 ribu langkah bersama anak-anak.
Lebih malang lagi bila murid-murid sekolah rendah tiba-tiba menerima arahan untuk tidak ikut serta dalam program berjalan kaki. Padahal, dorang sudah set dalam otak untuk melakukan aktiviti ni sejak awal-awal lagi. Sudahnya, semuanya dikumpul dalam dewan untuk dengar ceramah PEMADAM.
So, what do you expect? Yang budak-budak ni akan duduk diam-diam dan buat muka comel sambil dengar ceramah? Come-onlah...aku yang bermekap dan berbaju lawa-lawa ke sekolah ni pun dorang tak pandang dalam kelas kalau aku hanya gunakan kaedah chalk and talk. Apalagi sekadar seorang pemceramah yang hanya bersandarkan sehelai teks ucapan? Lebih menyebalkan bila sang emcee dari pihak urusetia tidak tahu menggunakan apa-apa jenis kaedah untuk menangani masalah budak-budak ni. Mau saja kusuruh dia turun dan biar aku yang handle majlis.
Permulaan acara senamrobik juga tidak memberi impak yang besar. Ramai budak yang enggan turut serta. Padang yang basah juga menyukarkan pergerakan sebab semua peserta ditumpukkan atas track. Barisan yang panjang menjadikan peserta-peserta ni tidak mampu melihat instuctor yang hanya bertiga atas pentas. Terasa betul semua memaksa diri untuk gembira.
Abang bertugas jadi emcee pelancaran. Yang emcee blur tadi tu bukan abang ok... |
Bersama anak-anak kawan aku |
Agak kesal sebenarnya dengan apa yang telah berlaku. Perancangan yang tidak rapi telah menjadikan pelaksanaan program ni hanyalah ibarat indah khabar dari rupa dan melepas batuk di atas tangga. Kalau betul nak libatkan budak-budak kecik dalam program ni, sepatutnya di adakan pelbagai aktiviti permaianan dalaman yang boleh menarik minat dorang.
Satu lagi peristiwa yang agak mengesalkan hati berlaku apabila ada murid-muridku terlibat dalam masalah disiplin. Sakit betul hati sebab ianya berlaku sewaktu aku escape sekejap ke Pekan. 3 jam aku jaga sorang-sorang tiada apa yang berlaku. Macam dorang tau-tau saja aku blah jadi masing-masing pun buat perangai...
Hampeh...
0 comments:
Post a Comment