Tuesday, July 2, 2013 | By: Luna Biru

Karnival PPDa Daerah Papar

Meski ini adalah acara wajib setiap tahun, tapi aku tetap selalu lalai menyiapkan diri untuk menghadapinya...

Masa adalah musuh utama kalau kita adalah manusia yang tidak bijak menguruskannya dengan baik. Masa juga adalah kambing hitam yang selalu dipersalahkan bila kita gagal menyempurnakan tugas. Kesian encik Masa...Patut kalau dah tahu dia salah, kita lapor saja pada polis biar dia kena tangkap. 

Jadi, seperti tahun-tahun sudah, aku masih terus terjerut antara keinginan mahu menghantar peserta atau tidak. Sekal lagi masa jadi masalah utama di sini. Sepatutnya aku melatih murid sejak awal tahun dan  menuai hasilnya pada masa ia sudah masak. Tapi aku gunakan kaedah seperti menyuntik ayam dara untuk segera bertelur. 


Hasilnya? 

Nil. 

Itu sudah pasti. Terima sajalah. Kalau mahu betulkan keadaan, betulkan dari sekarang. Itu pengajaran. 
Masa? Ia sebenarnya adalah teman sejati kalau kita bijak menjadi tuan. 

Dua murid aku yang ikut bertanding. 

Sepatutnya aku bawa tiga peserta untuk mengikuti Pertandingan Mewarna, Melukis Poster dan Deklamasi Puisi. Tapi cuma dua saja yang akhirnya ikut sebab yang sorang lagi tarik diri diam-diam. Diam-diam ni maksudnya, dia saja hilangkan diri waktu hari pertandingan. Tetiba sorang murid bagitau yang dia tak mahu ikut bertanding sebab tak cukup latihan. Marah juga sebenarnya tapi jauh di sudut hati aku tidak dapat menafikan kebenarnnya. 

Tapi aku cukup salute sama si Redzuan yang sanggup mempertaruhkan bakatnya sungguhpun baru sehari berlatih. Ketangkasan otaknya menghafal puisi dalam masa sesingkat itu sudah cukup buat aku kagum padanya. Biarpun kalah, tapi bagi aku, dia adalah pemenang unggul. Unggulnya dia kerana mampu mengatasi ketakutan dan berani menyahut cabaran. Kalau dia diberi masa yang cukup, aku yakin dia mampu tampil mengatasi peserta yang lain. 

Juri deklamasi puisi


Sedikit konflik berlaku yang terjadi angkara kesilapan perbuatan sendiri saat pertandingan hampir dimulai. Kelalaianku untuk memindahkan audio ke dalam cakera telah menyebabkan aku jadi panik lalu terjadilah muka seperti di atas. Nasib baiklah PA sistem memang bermasalah jadi aku boleh lewat-lewatkan masa untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah aku. Sempat juga encik fotographer ni menangkap gambar saat aku tengah bengang begini, kan? Hmmm...seksi pula bibir aku waktu bengang ala-ala Angelina Jolie gitu...

Puan Dewi yang baik hati

Dan, the woman in purple di atas adalah cikgu dan rakan yang telah bertanggungjawab menyelamatkan keadaan. Dia dengan rela hatinya meminjamkan aku speaker mobilenya yang sekarang jadi trend cikgu-cikgu dan antara benda yang wajib dimiliki. Kesian aku tak mampu beli. 

Thanks Dewi...

Pertandingan nasyid

Pertandingan boria adalah antara acara yang sangat ditunggu-tunggu. Setelah insaf seketika dengan pertandingan nasyid, maka kita dihiburkan pula dengan warna-warni dan lenggang-lenggok peserta boria cilik ini. Sambutan agak kurang sebab cuma dua sekolah saja yang menyertainya. Dua-dua sama hebat tapi aku pilih yang baju putih. Keputusan hakim juga membenarkan telahanku. 

Kepala kami condong ke barat. 
Kawan aku si Noy agak setia menemani sepanjang tempoh berada di sini dalam suasana yang hangat dan hangit. Sakit kepala menyerang waktu ini yang boelh dilihat dari sepasang mata aku yang sudah membengkak. Ini saja satu-satunya gambar yang dirakam atas kerelaan. Selalunya, akulah yang paling gila mau digambar. 

Aizat, Aiman dan Ade

Apapun, aku bangga sebab tiga anak buahku yang memang dilatih oleh otai poster menang dalam setiap kategori. Ni kira juara bertahanlah ni...Tahniah untuk semua dan ibu yang sentiasa gigih melatih anaknya. 

So kesimpulannya....

Kalau mahu menuai hasil yang baik, kenalah buat story board yang betul dan kemudian melaksanakannya dengan cara yang betul. Aku sudah bosan dengan kekelam-kabutan dan penyertaan yang sekadar mengisi kuota. Hidup perlu ada target. Tanpa target, kita cuma bayang-bayang yang kelam. 

0 comments:

Post a Comment