Saturday, July 6, 2013 | By: Luna Biru

Hari Sukan Sekolah Ade & Mizan


Gembira betul Ade dan Mizan sebab sekolah dorang akan anjurkan sukan sekolah sempena MSS Sk. Kuala. Dari malam lagi sudah bersiap menyediakan pakaian. Balik-balik dia tanya aku kalau-kalau aku sempat jenguk dia beraksi di padang. It seems that hari tu sangat penting bagi dia...

So aku pun sempat jugalah curi masa pergi lawat dorang ni di sekolah. Waktu aku sampai, encik perasmi tengah berucap. Tunggu punya tunggu, tak habis-habis juga ucapannya. Akhirnya, aku terpaksalah balik dengan tangan kosong sebab masa free aku sudah tamat.



Bila pulang saja, budak dua ni sudah sambut aku depan muka pintu. Berita gembira segera dikhabarkan bila dorang bagitau yang kumpulan dorang menjadi johan keseluruhan. Abang pula lapor yang bakat sukan Ade begitu menyerlah sekali. Tak hairanlah sangat sebab badan dia memang tegap macam Anies. 

Aku tak mengharapkan sangat akan ada lagi seorang pewaris sukan. Tapi itu bukan kehendak kita, kan? Dah Allah bagi-bagikan kuasanya...

0 comments:

Post a Comment