Tuesday, July 16, 2013 | By: Luna Biru

sayang-sayang anak

Terus-terang aku nak cekik budak tu.

Dia adalah bukti besar bahawa cara aku mendidik anak berada dalam landasan yang betul.
Dia adalah hasil didikan ala-ala Anakku Sazali. Terlalu dimanja sampai jadi spoil dan loser!

Sebab tu aku selalu ingatkan diri aku supaya jangan manjakan anak sangat. Biasakan anak dengan hidup susah dan biar dorang belajar makna hidup dalam erti kata sebenar. Sediakan dorang perisai untuk menerima sebarang kemungkinan dan teguhkan jiwa dengan semangat dan ilmu survivor.


Kita tak tahu berapa lama umur kita di dunia ni.

Esok lusa mati muda, tak sempat nak didik anak jadi dewasa. Apalagi kalau anak tu berjantina lelaki.

Yang aku heran, kenapa mak-mak suka manjakan sangat anak lelaki dorang? Padahal, anak lelaki tu nanti akan besar juga dan perlu memimpin keluarga sendiri. Tapi jangankan nak pimpin keluarga, diri sendiri pun susah nak dipimpin.

Walaupun sering menerima kecaman sebab kelihatan sedikit keras dengan anak, tapi aku percaya aku masih di landasan yang betul.

Apapun, parents,
Pleaselah....kita tak hidup selama-lamanya untuk jaga anak kesayanagn kita. Esok lusa bila kita mati, takut orang menyampah jaga anak kita yang terlampau manja tu. Lebih takit lagi anak kita sendiri akan jadi macam orang putus kaki dan kelkatu yang patah sayap.


Wallahuaklam.



P/s : aku still nak cekil budak tu

0 comments:

Post a Comment