Saturday, July 27, 2013 | By: Luna Biru

hari penuh hectic

Menyandang jawatan jadi penyelaras tahun 6 sedikit sebanyak telah merampas masa senggang. Laporan perlu disiapkan setelah kertas ujian disemak. Aku yang mengada-ngada konon rajin benar ni pula jalankan ujian dua kali seminggu. Maknanya aku kena semak kertas ujian tiap2 hari.


Akhirnya masa pun bertembung di simpang jalan; antara ujian sebenar dan ujian yang sengaja aku cari pasal. Nak ditambahkan rencah, laporan dan dialog bersama PPD pula ikut2 berdiri di tengah simpang itu. Tu belum lagi urusan anak2 yang juga menagih perhatian. Sudahnya, laporan SPPBS jadi mangsa. Aku kantoi nak siapkan cetakan SPPBS pada saat ianya sudah dijadualkan.

Well, aku tak minta orang faham masalah aku. Aku tau aku tak sehebat orang lain dalam soal pengurusan masa. Aku juga tak boleh nak salahkan sesiapa. Aku juga tak boleh nak gunakan alasan yang aku ni mak beranak 6 dan penyelaras UPSR. Bukan aku saja yang ada masalah. Orang lain pun ada hal sendiri. Apa yang penting ialah kebijaksanaan membahagi masa, ye tak?

Meski pun hati agak dangkal dengan sikap acuh tak acuh dan prejudisme sahabat sendiri yang agak kerek sebab dah siapkan awal, aku kenalah terima semua ni seadanya. Biasalah tu.....kan?

Apapun, aku bersyukur Allah permudahkan segala urusan. Aku akhirnya dapat siapkan tepat pada masa. Terima kasih kak Is sebab jadi wira penyelamat. Terima kasih Allah kerana telah membantu aku menyelamatkan air mukaku....

0 comments:

Post a Comment