Kenangan Temasya MSS tahun 2012 |
Tiga tahun berada di sekolah ini bermakna sudah tiga kali temasya MSS aku lalui.
Setiap tahun itu pula aku menyaksikan anak-anakku beraksi di padang. Aku jadi penyorak utama, pencipta yell-yell yang manis dan menyebalkan.
Tapi nampaknya tahun ini, aku hanya mampu jadi pemerhati. Tanpa rasa, tanpa nafsu, aku hanya jadi tukang ketik kamera. Entah kerana aku masih terbayang Anis dan Abe atau kerana sakit di kepala yang masih tidak mahu mengalah pergi. Atau mungkin juga sebab aku keliru dalam masa yang kian menghimpit. Saat ini aku perlu melatih seorang lagi peserta untuk wakil ke peringkat negeri dalam pertandingan bercerita. Kalut. Minda dan otakku bagai rambut yang terkulut-kulut.
Abe bertugas menjadi penjaga masa |
Oleh kerana si Abe ku ini sudah beranjak ke tahun 6, maka mereka hanya bertugas menjadi urusetia sahaja. Agak malang bagi Acik kerana tidak dibekalkan dengan bakat sukan semenjak dari dalam perut macam dua abang dan kakaknya. Aku faham kekecewaannya. Aku sudah mengalami pengalaman ini ketika Arin kecil dulu. Sabarlah anakku....mungkin dunia balapan bukanlah hidangan yang Allah sediakan buat kamu. Mungkin Acik kena contohi Alongnya yang sentiasa sabar dan percaya bahawa rezeki Allah itu ada di mana-mana.
Sambutan dari ibubapa agak menggalakkan sekali pada temasya kali ini. Ada yang sanggup mengambil cuti semata-mata nak tengok anak mereka beraksi di padang. Masing-masing juga menanti acara terbuka pada akhir temasya nanti.
Acara perbarisan pun tak kurang meriahnya. Duta-duta dihias cantik-cantik ala-ala princess gitu. Aku masih ingat waktu sekolah dulu, girls berebut nak jawatan ni sebab nak glamer. Aku tak pernah terpilih walaupun aku kepingin sangat nak pakai baju kadazandusun yang selalu menjadi pakaian rasmi bagi pasukan rumah sukan aku. Sampai sekarang aku tak pernah lagi sarung uniform tradisional tu. Kepingin ooooo....haha....
Ni gambar mengada-ngada aku dan rakan kerja, Kak Asiah. Sebenarnya maskot tu digunakan untuk duta rumah sukan. Tapi malangnya, idea tu tak berapa nak laku sebab masing-masng sudah memilih tema ala-ala princess. Jadi, kami cikgu-cikgu sajalah yang pakai....
Acara tamat agak lewat. Ketepatan masa terpaksa diengkari atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Majlis penyampaian hadian terpaksa ditunda ke hari Isnin depan. Itulah risikonya buat acara pada hari Jumaat....
Apapun, tahniah kepada PK Kokum dan seluruh warga kerja SK.Surati atas komited yang diberikan. Berpanas dan menjerit tengah padang adalah sebahagian dunia kita. Dunia guru adalah dunia yang melangkau imajinasi manusia di mana kita mampu menjadi apa saja di mana saja...
Oh...jadi guru memang awesome!
0 comments:
Post a Comment