Sunday, July 28, 2013 | By: Luna Biru

Krisis remaja

How could she said that I hate her?

I hate her?

I hate my only princess of my life?

Atas alasan apa? Bahawa semenjak akhir2 ini aku sibuk, tiada masa dengar hati dia, asyik suruh dia tolong2 di dapur sediakan sungkai?

Jadi aku mesti apa? Berperang sendirian menyiapkan semuanya sendiri dan biarkan manusia-manusia puasa duduk dan baring bermalas2 sambil m3nikmati kepenatan berpuasa?


Atau aku perlu jumpanya in person tanya apa masalah dia sedangkan selama ini resamnya siapa yang ada masalah, terus saja adu sama mama?

Remaja!
Anak-anak cuma manis saat hidung masih berhingus dan keika memakai seragam biru tua. Bila sudah naik sekolah menengah, krisis jiwa pun melanda. Aku akur sitiasi ini. Aku juga pernah mengalaminya. Kerana itu aku sudah lama bersedia menghadapi detik ini dengan harapan tidak mengulang kesilapan umi dan abah. Tapi tidak ada teori atau praktikal yang pernah betul untuk semua ini. Kufikir aku sudah siap menghadapinya. Sudah bijaksana. Tapi tika saatnya tiba, aku tetap terbebat dengan tuduhan yang tidak adil oleh si anak.

Maaflah anak-anak mama....
Mamq sudah berusaha menjadi ibu yang baik untuk kamu. Pantang ada terluangwaktu, mama pasti akan duduk bersama kamu; menonton filem bersama, mendengar cerita kamu dan menyakat-nyakat kamu sampai marah. Tidak pernah terlintas di hati mama mahu mengenepikan kamu, menganhgap kamu the outsider atau memilih kasih, apalagi sampai ke tahap membenci. You have no rights to judge me!

Dan demi Tuhan,
Dada ini sakitnya bukan main. Tak tertanggung rasanya sedih ini. Aku malu jadi diriku. Malh kerana selama ini aku perasan aku bagus. Bodoh benar aku!

0 comments:

Post a Comment