Tuesday, July 16, 2013 | By: Luna Biru

Dua Remaja Bercinta

Ok.
Ini bukan kali pertama si Arindanial Kamikaze ber-couple.

Sebenarnya aku pun tak tahu kali ke berapa. Ada sekali tu dengan budak SJS. Tapi aku tak berapa minat bila terbaca post2 dia dekat FB. For me, she just an ordinary teen yang sesat terlampau lama mencari diri.


Aku tak tahu berapa lama hubungan dorang (biasalah cinta remajakan?). Aku cuma sedar dorang dah clash bila tiada lagi mesej sumandak tu masuk dalam hp aku (well, waktu tu arin belum ada hp lagi jadi dia guna hp aku - punyalah sporting aku tu....kan?)

Jadi,
dipendekkan cerita sekarang Arin dah couple dengan schoolmate dia. Ekin namanya. Pertama kali alu kenal Ekin melalui blog peribadinya. Aku suka baca entry Ekin. Sebenarnya, aku lebih sukakan gaya bahasa penulisannya. Dia punya bakat semulajadi untuk jadi seorang penulis. Aku percaya sikit masa lagi, dia akan jadi macam Shafizah si Ruang Lingkup.

Tidak ramai teen seusianya yang mampu menulis dalam cara setradisonal itu. Selalunya, semuanya mengarut dan gunakan bahasa ntah apa-apa yang buat aku rasa aku ni bodoh membaca.

Jadi,
Berkenaan kisah cinta dua remaja ni...
Sungguhpun kita semua tahu bahawa cinta remaja ni ibarat cinta monyet yang tak kekal ke mana, tapi hakikatnya kita juga tahu bahawa cinta inilah yang sebenarnya membentuk siapa diri kita di kemudian hari nanti. Aku tak tahu kenapa jauh di sudut hati aku, aku macam restukan dorang dua ni. Bukan aku restu pasal dah sedia jadi calon mentua. Tapi sebab aku percaya bahawa Ekin boleh membantu dalam mendewasakan Arin yang susah nak matang ni.

Aku tak tahu kenapa, tapi Ekin mengingatkan aku pada aku yang dulu; dan Arin adalah Adin. Kewujudan seorang perempuan yang betul di sisi seorang lelaki (the existence of the right girl at the right time in boy's life) sebenarnya memberi impak besar dalam kehidupan  seorang lelaki.

Jadi mungkin Ekin-lah orangnya.

She is an extra -ordinary girl.

Dan Arin ku itu biar pun dianggap tak matang, tapi sebenarnya aku lebih kenal dia. Hatinya lembut tapi jiwanya keras. Menjinakkannya perlu cara yang betul kerana dia sudah melalui tempoh penjinakkan paksa sepanjamg hidupnya. Dia memerlukan seseorang untuk belajar dewasa bersama; mengenali hidup bersama; dan menjalani kehidupan yang boleh mematangkannya. Dia bukanlah super hero yang romantik dan mampu memimpin. Dia....adalah Azmi kecilku.....

Pada Ekin dan Arin....
Mama hanya minta satu:
Apapun berlaku, berjalanlah terus ke hadapan. Dunia ini luas. Pandang dunia dengan mata hakiki, bukan majazi. PMR hanyalah permulaan untuk sebuah kehidupan yang lebih besar.


Mama sayang kamu dua....n Dia

0 comments:

Post a Comment