Tuesday, July 16, 2013 | By: Luna Biru

cinta vs pesona

Umur dia 26 tahun.

Agaknyalah.

Yang penting dia jauh lebih muda dari aku.

Pria yang bercirikan tall, dark and handsome ni, kalau aku kat maktab dulu sure masuk senarai solat istikharah aku untuk dijadikan jodoh.

Dia kelakar, nice  to be with, kurang matang dan nampak sangat masih tercari-cari diri sendiri dan sesuatu....yang bernama cinta.


Malangnya, benda yang dia cari ada pada aku.

Dia kemudiannya keliru nak tafsir perasaan dia sendiri. Yalah...takkanlah logik dia nak jatuh cinta pada mak pada enam orang anak macam aku kan?


Sebenarnya dia silap.

Kalaupun benar apa yang dia cari, jawapannya ada pada aku, tapi itu bukannya bermakna yang dia dah jatuh cinta pada aku.

Itu semua pesona.

Mungkin pada akulah sebenarnya jambatan untuk dia memahami makna kehidupan. So selepas ni dia dah tahu apa yang sebenarnya yang dia nak dalam kehidupan cinta dia.

Itulah  kesilapan yang jarang kita sedari : memahami konsep jatuh cinta dan pesona.

Mudah2an dia cepat sedar.


Amin.

0 comments:

Post a Comment