Jadi akhirnya anak gadisku yang satu ini pun diiktiraf juga oleh pihak sekolah atas pencapaian terbilangnya dalam bidang kokum.
Tahun lalu, harapannya hancur bila ternyata dia bukanlah pilihan pihak sekolah untuk menerima anugerah ini.
Dan betapa sampai sekarang pun aku masih ingat betapa kecewanya dia...
Kecintaan Anies dalam bidang sukan lebih dari seakrab isi dengan kuku. Sukan adalah dunianya. Aku rasa selain bidang ni dia tidak tahu buat apa benda lagi. Seperti Arin, dia rela mengabdikan hidupnya di dunia itu dan sanggup pula melakukan apa saja untuk mempertahankannya.
Syukurlah hari ini, segala jerih payahnya terbayar.
Agak meremang bulu roma saat namanya disebut oleh Tuan Pengetua dan YB Rahim dalam teks ucapan mereka. Aku malah hampir menitiskan air mata saat profailnya dibacakan oleh encik emcee yang asyik terkulut lidah membacakan namanya. Anies, Nur Danisya Azreena; sehebat namanya, adalah sebuah permata yang layak untuk mengecap segala bahagia dalam dunia. Semoga Anies terus melangkah menuju ke dunia yang dicintainya dengan iman dan akal yang rasional.
Terbanglah Anies....
Sepusar acara MAPC SMK Takis.
YB Haji Abdul Rahim Bin Haji Ismail menyempurnakan majlis selepas ucap tamah dari Tuan Pengetua. YB Rahim adalah antara penyumbang dana saat Anies berlepas ke London. |
Cikgu Azmi dan anaknya yang cemerlang. Ni cikgu aku dulu waktu form 6. |
Ustazah Rohayah Udin yang merupakan ustazah kepada dua anakku di sekolah ini. Teringat waktu mengandungkan Anies dulu, Kak Rohayah dan suaminya adalah antara yang paling rapat dengan kami. |
Nasib baik sempat cekup YB waktu keluar dari dewan makan. |
Macam? Ada persamaan tak antara ibu dan anak? Aku lupa nak gambar Anies dan abahnya... |
Arin yang akan mengambil PMR tahun ni. Keputusan exam menunjukkan peningkatan walaupun belum ditahap penguasaan minimum. Err...aku tak tu kenapa dia mesti senyum mereng macam tu.... |
Yang ni saja-saja je upload sebab nak tayang hp aku.... |
Senyum haru dan bangga seorang abah dan mama... |
Jutaan terima kasih kepada SMK Takis atas segala bimbingan dan pengiktirafan yang diberikan. Tahniah atas pengajuran majlis yang begitu professional dan telus dalam menepati masa.
p/s : Aku balik semula ke sekolah lewat 20 minit dari masa yang dijanjikan. Murid aku sudah bertumbuk dalam kelas...alahai....Mungkin aku patut ambil CRK saja tadi supaya tak kelam-kabut mengejar masa. Thanks to Kak Jane sebab understanding sangat....
0 comments:
Post a Comment