Hari Guru Daerah Papar pun berjalan dengan jayanya, meski kerusi-kerusi di dewan sedikit lengang dari tahun-tahun-tahun sebelumnya....
Abang yang sepatutnya menikmati hasil kerjanya pun terkantoi atas katil disebabkan ketidakmampuannya menangani kepenatan dan mengantuk. Nasib baiklah aku pulang awal sedikit semalam jadi bolehlah aku mengatasi rasa penat yang menyeksakan ini.
Sedikit kecewa dengan persembahan gimik pelancaran yang agak kaku dan statik. Jauh berbeza dengan hasilan yang pernah dibuat oleh team kami, nyatanya gimik tersebut sama sekali tidak mampu mencuri tumpuan. Rata-rata membilang kekecewaan. Ya...apalagi yang indah di hari guru selain koir dan gimik? Selebihnya hanyalah majlis penganugerahan yang sama sekali tiada berkait dengan istilah 'sambutan' itu sendiri. Sayang sekali tayangan multimedia bercorak drama yang pernah kami siarkan pada tahun 2011 tidak diberi kelulusan lagi.
Kemerosotan kehadiran yang semakin teruk saban tahun di hari guru bagi aku wajar ditangani segera. Pihak berwajib perlu tahu keperluan guru-guru instead of memberi tekanan dan denda serta surat tunjuk sebab pada mereka yang gagal hadir. Guru dipersalahkan seratus peratus sekiranya murid ponteng dan tidak berminat belajar di sekolah. Kononnya, guru perlu menggunakan pendekatan variasi kaedah dan meninggalkan cara tradisional agar dapat menyuntik minat murid belajar. Jadi, sekiranya guru-guru ini tidak berminat untuk ke majlis hari guru, maka sudah semestinya lah pihak atasan memikirkan kaedah yang lebih sesuai juga agar guru-guru ini dengan rela hati dan merasa seronok untuk hadir ke majlis tersebut.
What's the different? Sama saja kan?
Kesimpulan daripada survey yang aku jalankan, rata-rata guru menegaskan bahawa Majlis Sambutan Hari Guru yang dijalankan sekarang bukanlah berarah pada makna sebenarnya. Majlis sebegini lebih sesuai dinamakan sebagai Majlis Penganugerahan instead of Sambutan Hari Guru. Ada juga yang mengatakan bahawa guru-guru sepatutnya diberi 'door gift' sebagai salah satu cara menghargai segala usaha. Majlis juga tidak sepatutnya hanya diberi perhatian kepada sekolah sahaja tetapi juga kepada guru individu itu sendiri.
Well...
Tepuk dada tanya selera.
0 comments:
Post a Comment