Wednesday, July 3, 2013 | By: Luna Biru

Latihan kilat Miza untuk Science Story Telling

Penat bertugas di padang masih bersisa di atas badan. 

Aku sumpah mahu tidur puas-puas dan telan ubat piriton. 

Namun sumpah itu batal bila aku baru teringat kalau aku perlu datang ke sekolah jam 2.00 petang untuk melatih seorang peserta ke Pertandingan Bercerita Sains sempena KASTEK 2013 peringkat negeri Sabah. 

Hampeh...


Aku betul-betul berdoa saat ini agar Allah menuang sedikit minyak kekuatan pada kudrat ku yang sudah lelah. Miza such a good learner. Sayang aku baru berpeluang melatihnya hari ini. Masih terdapat banyak kelemahan terutamanya dalam bidang hafalan. Dalam masa yang sebegitu singkat, aku cuma dapat membimbingnya untuk dua perenggan terakhir memandangkan Miza sudah hafal dua perenggan sebelumnya. 


Aku terus dicabar waktu untuk menyiapkan costume Miza dalam masa yang kian menjerut. Mujurlah cerita Miza berkait dengan bahan costume sedia ada yang aku miliki. Sayap burung parrot yang macam lap kaki tu merupakan costume yang telah kusiapkan dua tahun lepas untuk pertandingan Action Song. Melilau juga nak cari pakaian yang sesuai hingga akhirnya aku membuat keputusan untuk memakaikannya peplum merah yang agak mahal harganya. Setelah dimodify sana-sini, siap jugalah costume dalam masa satu malam....

Jadi bolehlah kot aku tidur kejap sebelum Pertandingan diadakan dalam masa beberapa jam dari sekarang....

Good luck, Miza...

0 comments:

Post a Comment