Event ini diadakan sudah lama sekali...somewhere di bulan May saat dunia bergabung menyambut hari ibu. Menolak pada keraguan tentang 'kehalalan' sambutan ini, aku berpegang pada sunnah yang mengatakan bahawa setiap pekerjaan anak Adam itu bergantung pada niat dan keikhlasannya.
Jadi niatku cuma satu; ingin membahagiakan hati Umi yang sudah lama terpinggir kerana kesibukanku. Rencananya sangat mudah, dan terlalu sederhana sebenarnya. Aku dan Along akan meraikan Umi di sebuah restoran ekslusif dan kemudiannya bawa Umi pergi shopping. Sangat sederhana, kan? Tanpa abah, tanpa adik-beradik yang lain. Hanya kami bertiga.
Sebenarnya aku agak ragu dan kaku dengan semua ini. Terus-terang, Umi adalah wanita yang sulit untuk gembira dan puas. Umi juga tidak mempunyai kemahiran untuk menyembunyikan kejengkelannya. Sikapnya inilah yang telah membuat aku menutup ruang untuk menikmati hari-hari sebegini. Tanpa sedar, aku sudah menutup pintu itu terlalu lama...sampai akhirnya rajuk itu bertukar menjadi keselesaan yang ampuh.
Syukur Allah ketuk pintu itu dan mengingatkan aku tentang kealpaan ini.
Dan,
Di sinilah.
Akhirnya kami bertiga menemukan rasa bahagia dengan keterbukaan menerima segala kekurangan. Aku melihat birat bahagia di mata Umi.
Syukur Alhamdulillah kami mampu membuatnya senang.
Syukur Alhamdulillah Umi tinggalkan cerewatnya di rumah.
Syukran Jazilan ya Allah.
0 comments:
Post a Comment