Setelah berehat tahun lepas dari kesibukan di hari guru daerah, kali ini aku dipanggil semula. Tugas kami kali ni agak mudah dan ringan saja, iaitu menyediakan profail dan montaj untuk tokoh guru saja. Semua tugas sudah dibahagi dengan adil agar team multimedia ni tidaklah terlalu dibebani dengan tanggungjawab yang menggila-gila.
Pihak sekolah tidak memberi kebenaran untuk aku bertugas sepenuhnya di pKG sungguhpun diberi pelepasan bertugas selama lima hari penuh oleh PPD. Jujrunya, aku pun tak mahu juga meskipun sedikit sulit membagi masa. Aku tetap berpegang pada co-business aku sebagai guru. Itu amanah yang aku pegang sebab ia merupakan sumber rezeki utama aku. Kesian budak-budak tertangguh pelajaran kalau aku hilang dari radar, kan? Lainlah kalau aku bertugas di luar daerah...
Kami memulakan tugas pada hari Selasa, dan aku pada hari Rabu. Itu bermakna kami ada tiga hari untuk menyudahkan semua urusan. Janji untuk tidak bekerja sampai ke lewat malam di PKG pungkas juga lantaran kesuntukan waktu. Ada beberapa babak dalam episod kerja ini yang mengoyak balik luka di hati pada tahun 2011. Aku macam nak buang semuanya balik dan bersumpah kalau semua ni tak berubah, aku akan quit untuk selama-lamanya...
Well...mungkin kami buat the best partner.
Apapun, sesuatu perlu dilakukan agar kebuntuan masa sebegini ditangani dengan segera. Hari Guru adalah acara tahunan. Sepatutnya, pihak yang berwajib lebih alert pasal benda ni dan buat preparation lebih awal. Perancangan yang rapi pasti menjadikan hari guru lebih meriah dan dinantikan tiap tahun.
0 comments:
Post a Comment