Memang memasak itu adalah suatu nikmat bagiku.
Tapi Allah tidaklah menyediakan hari-hari bahagia itu setiap hari kalau kita sendiri tidak tahu menjaganya dengan baik.
Apalah pula diharapkan dari sebuah hari kering kontang untuk sentiasa basah debgan cinta dan kebahagiaan. Kita sering menganggap bahawa puasa itu adalah tentang menahan nafsu makan dan minum sahaja. Kita lupa bahawa sebenarnya ia bermakna kepada isi yang lebih dalam. Menahan amarah adalah salah satu daripadanya.
Jadi, puasaku pun kantoi di hari kedua ini tepat jam 4.50 petang. Nipis benar imanku.
Sudah 15 tahun begini.
Entah bilalah mahu berubah.
0 comments:
Post a Comment