Sunday, June 17, 2012 | By: Luna Biru

Sambutan Hari Guru Daerah Papar

16 Jun 2012.

Genap sebulan barulah terlaksana majlis Sambutan Hari Guru bagi daerah aku yang tercinta ni.

Tahun ni, segala perancangan yang dirancang dari tahun lepas, semuanya tidak dapat dicapai. Hasrat untuk meneruskan perjuangan filem kami macam kejayaan di tahun sudah,  terbengkalai tepi jalan. Ibarat kompang sudah dipalu, telur sudah direbus, pelamin sudah sedia tapi pengantin tak sampai-sampai. Begitulah halnya projek filem ni. Terdengar suara-suara sumbang di belakang yang mengatakan acara tahun ni sudah balik semula macam acara sebelum-sebelum ni. Jauh-jauh datang, nyanyi, ikrar, dengar ucapan, makan dan balik. Dorang ingatkan, bermula dari kehebatan tahun lepas, tahun ni ada kesinambungan lagi. Filem kami ditunggu-tunggu. Puisi kami dinanti-nanti. Oh...terima kasih peminat-peminat semua. Tapi maaf...kuasa mutlak bukan di tangan hamba.


Ok. Cukup. Jangan bahas panjang-panjang kalau tak sanggup tanggung risiko. Itu kata dorang ok. Kata aku pula? Tak buat, acara sepi. Kalau buat, aku penat. So, you win some, you lose some. Terima sajalah...

Acara berakhir agak awal sebab separuh majlis sudah dibuat dua hari sebelum ni. Aku tak banyak tahu pasal sambutan ni sebab memang aku tak terlibat langsung walaupun cuma sekadar tukang buat air. Aku tersingkir sebab tak menang undian sms. Haha...

Lepas acara, Along bawa makan soto special di Kimanis. Sedap...rasa bersalah pula makan sup semangkuk besar. Sudahlah berat aku naik 58kg. Ces...godaan donia....

Tuan Abidin Marjan PPD Papar dengan ucapan alu-aluan
YB Abdul Rahim Ismail, penyempurna majlis. Pendek dan ringkas ucapan. Sedap didengar. 
Upacara plat perasmian yang kurang meletop rasanya. Sorry...
Satu-satunya halwa untuk cijgu-cikgu...acara wajib ni. 
Tokoh-tokoh guru 2012
Haji Sulaiman..."Dua belas tahun hutan kubakar, baru sekarang nampak asapnya". Kiasan hebat,
ucapan yang menggegarkan dewan. Kena berguru sama beliau untuk ilmu sastera. Aku akan buat entry khas untuk dia nanti.
Tahniah untuk geng multimedia abang...! Abang berbaju pepel. Nampak tak? Takut tak nampak sebab sama macam kaler background. Haha...
That's my Along yang tersenyum penuh kegembiraan sebab berjaya habiskan satu pusingan koir. Penyanyi pula kakak aku ni. 
Oh...aku nak juga dimasukkan dalam entry ni. Saja mau menayang gaya aku ke hari guru dengan
baju pepel yang sudah berkali-kali aku pakai. Boleh jadi baju telinting sudah ni. Telinting tu apa? Ala...
'orang-orang' yang di sawah padi tu...

Apapun, pemantauan bersilang akan berlangsung pada 19 Jun minggu depan. Silalah takut Teacher Zue.

Latihan sukan pula sudah bermula sejak Jumaat tapi aku absent sebab tak berapa sihat. Latihan diteruskan sepanjang minggu hinggalah ke 28 Jun nanti. Masak lagilah aku di padang.

Surat jemputan penceramah dan ibubapa belum aku siapkan dan GB aku yang baik hati dan sporting tu sudah ingatkan aku petang kelmarin. Terima kasih, cikgu. Macam tahu-tahu saja aku ni pelupa dan pelalai.

Ujian excel sudah selesai dan perlu disemak dengan kadar segera untuk dimasukkan dalam data. Aku suka check kertas budak. Ko caya ke? Betul ni. Ia menguji kadar pemahaman budak dan sekaligus kemampuan dan ketidakmampuan kita sebagai guru. Ini satu hobi yang mulia.

Projek tahun 3 & 5 aku juga bermula minggu depan. Projek filem 'How Do I go to School' untuk tahun 3 dan projek 'Let's farming' untuk tahun 5.

Projek mural? Errr....mana nak masukkan ni?

Apa-apapun...berehatlah dulu, wahai cikgu. Aku masih ada sehari setengah untuk menikmati pemberian kerajaan ini kepada kaum guru. Dengki ke? Tu lah kau aku suruh kau jadi cikgu kau tak mau...



p/s : Ko ingat senang jadi cikgu? 




....assignment belum siap oi!

0 comments:

Post a Comment