Perkahwinan itu bermakna membina sebuah keluarga baru, menyatukan dua buah keluarga besar dan tentu saja bermakna meluaskan sebuah empayar ke sebuah negeri kecil.
Alhamdulillah, hari ini, 2 Jun, 2012, dua hati telah bersatu dalam sumpah bersaksi Tuhan menuju ke sebuah jalan ke negeri itu.
Tahniah kepada kedua mempelai; Appy & Aniey. Kedua-duanya anak buahku. Lucunya, pertama kali mereka bertemu & menyemai cinta di bumi KL tanpa tahu mereka berdua adalah berasal dari galur darah keturunan yang sama. Takdir telah tertulis untuk mereka sungguhpun melalui saat-saat getir dalam menyatukan raksa jiwa. Syukurlah takdir tertulis begitu hingga manusia terpaksa akur bahawa tiada yang lebih kuat selain iradatNya. Cinta mereka telah menjernihkan kabut di muara hingga teratai pun malu mengapungkan diri.
Dan, demi hormatnya aku pada arwah ayah Appy (Alfatihah untuk Arwah Edrus Ali), maka kami menerima job baru sebagai hadiah untuk pengantin. Kami berdua menjadi 'sharp shooter' dan ia adalah pengalaman baru yang amat meletihkan. Tanpa pengalaman, tanpa ilmu, hanya berbekal kata hati kami menggalas tugas ini. Semuanya sudah selesai hanya tunggu musim editing yang ternyata lebih susah dari yang dijangkakan.
Ok. Setakat ini dulu. Besok, ada temujanji menanti Sutera Habour. Ulangtahun cinta ke 15...tunggu...
Rewang-rewang memotong nanas. I hate nanas! |
Saat pernikahan |
Malam berbedak |
The groom's family |
Barbaju peach, si Adik, pengapit pengantin |
Pink dan putih menjadi tema di malam berinai |
Si Bunga dan nendanya, Anjang Masnah. Muka bunga macam aku ke? |
Pix terakhir, the shrap shooter and the bride. |
Sempat abah yang menjadi jurucakap pengantin lelaki berpantun:
"Di pipi gincu, di bibir pun gincu,
dua-dua penghias diri,
di sini cucu, di sana pun cucu,
dua-dua si jantung hati,"
Oya...mungkin agak pelik bagi saudara-maraku menengok aku mengusung kamera dengan baju dan mekap yang lengkap. Sampai ada bisik-bisik negatif berbunyi yang aku kononnya begitu kemaruk mencari duit sampaikan tidka mempedulikan kewajaran.
Well...memang agak janggal di mata orang bila melihat aku beraksi begitu. Tapi pada siapa yang biasa melihat, terutamanya rakan guru dan sepekerjaan, perkara itu barangkali sudah menjadi terlalu biasa. Kamera dan fotografi memang minatku sejak dulu. Minat itulah yang menjadikan mimpi 'Cinta Seorang Guru' menjadi kenyataan. Tapi aku tidak salahkan mereka walaupun sakit hati mendengar sindiran. Duit bukan segalanya. Kalau difikir, bayaran yang dikenakan sangat tidak berbaloi dengan penat yang di dapat. Selain hobi, aku melakukannya kerana merasa selalu ingin membalas jasa arwah, sungguhpun permintaan ini bukanlah dari sebelah pengantin lelaki. Kalau kamu yang minta aku buat ni dengan bayaran yang macam ni, ceh...jangan haraplah aku mahu...
Apapun, besok ada cinta untuk dirai di Sutera sempena ulang tahun cinta 15 tahun.
0 comments:
Post a Comment