Thursday, June 28, 2012 | By: Luna Biru

MSS Surati 2012 : Hakim lompat tinggi


Tahun ni macam dua tahun sudah aku bertugas lagi menjadi hakim lompat tinggi. Aku mulai menyukai tugas ini dan belum lagi terniat mahu merungut untuk ditukarkan tugas. Sungguhpun terpaksa berpanas terik di bawah matahari yang menggigit kulit aku yang sensitif ni, tapi aku sangat menikmati hasil yang dapat kutuai dari tugas ini. 

Tugas ini mencabar aku untuk menjadi manusia adil dalam memberi ruang kepada murid untuk menjadi diri sendiri. Oleh kerana ini adalah sukan sekolah yang bertujuan untuk mencungkil bakat dan potensi murid, maka aku banyak memberi kelonggaran dari segi persiapan mental agar peserta dapat lebih bersedia sebelum melakukan lompatan. Aku malah sanggup melanggar undang-undang untuk memberi taklimat mengenai teknik lompatan kerana aku tahu mereka tidak cukup latihan untuk menjadi kental dari segi jasmani dan rohani. Bagi aku, 3 perkara penting dalam perkara ini iaitu; Rileks, sudut dan lonjak. 


Rileks membantu kita untuk melonggarkan otot-otot yang kejang. Sudut yang tepat dan betul adalah perkara asas fizik yang perlu dikuasai murid. Manakala lonjak adalah perkara terakhir yang mereka lakukan sebelum lompatan dilakukan. Kami, aku dan rakan hakim, encik Megat yang baik hati, memberi masa agar peserta bertenang, mencari posisi dan kemudiannya, barulah beraksi. Memang hasilnya agak lambat kerana murid mengambil sedikit masa untuk mencari diri sendiri dan fokus terhadap lompatan. Tapi tidaklah sampai membuang masa dan melanggar peraturan seminit yang telah ditetapkan. Kami hanya memastikan bahawa setiap murid diberi peluang yang sama rata dan adil. Terdapat ramai murid yang berpotensi tapi terlalu dikuasai oleh rasa takut dan gemuruh. Maklumlah dorang ni semua tak cukup latihan manalah ada keyakinan diri untuk beraksi. 

Dua murid kesayanganku, si Syazwi dan si Bocil bersaing sengit untuk merebut gelaran johan. Tapi akhirnya emas menjadi milik Syazwi, manakala perak menjadi milik Bocil, si rumah hijau. Abe tidak disenaraikan dalam acara ini dan digantikan dengan Yusuf. Yusuf? Oh...there must be some good explanation on this sebab sepanjang pengamatan aku sepanjang sesi latihan, prestasi Abe jauh lebih baik dari Yusuf. Syazwi berjaya membuat lompatan emas dengan ketinggian 1.15m (err...setahu aku Abe hari tu buat 1.20m...ngeee...masih nda puas hati ba....bias betul aku ni). 

Cuma aku sedikit kesal bila pasukan perempuan gagal menunjukkan prestasi yang baik dan hanya terhenti pada ketinggian 1m sahaja. Apada...memang perempuan ni susah sikit mau coaching sebab terlampau diasak oleh rasa malu dan gedik-gedik manja. Ojie misalnya tetap berdegil mempertahankan cara lompatannya sungguhpun dia gagal membuktikan apa-apa melalui lompatannya itu. Terpaksa aku panggil jurulatihnya suruh coaching kejap barulah dia mampu mendapat tempat. Itupun ketinggian terpaksa diturunkan kepada 0.9m. Memang sekali lagi melanggar peraturan tapi the hell with peraturan kerana sekali lagi; masa latihan yang cukup singkat tidak menjadikan murid-murid ini kental dengan praktikal. Peraturan adalah apa yang kau pelajari dan garis panduan untuk kita melakukan tugasan, sementara selebihnya adalah bergantung kepada budi bicara manusia kerana manusia itu juga yang menulis peraturan. 

Acara habis pada jam 10.05 minit pagi dengan kepanasan matahari yang sudah membakar kulit muka. 

Encik Megat, rakan seperjuangan menjadi hakim lompat tinggi
Syazwi dengan lompatan mautnya
Bocil a.k.a Shahrizal berjaya pada ketinggian 1.09m. Tahniah sebab itupun sudah sampai hidung dia
Lompatan emas Syazwi, 1.15m
Azwani berjaya meraih emas pada ketinggian 1m
Tahniah Shafiqah berjaya melepasi 0.9m. Peserta paling kecil. 
Yang ni muka awal pagi. Masih segar bugar lagi
Selepas habis acara...nampak tak perbezaannya? Huhu...
Di kelilingi peminat-peminat dunia. 













0 comments:

Post a Comment