Ia adalah detik yang sudah dirancang bertahun-tahun, saat pertama kali ke sini pada musim bulan madu yang wangi. Namun saat dan komitment menjadikan mimpi itu kami simpan saja di dalam laci. Ada waktu-waktunya, kami membuka laci itu untuk memastikan mimpi itu masih ada di sana. Kami memeliharanya dengan baik agar mimpi itu tidak jadi busuk kerana terlalu lama memekam di situ. Mimpi yang sangat mudah dan terlalu kecil, rasanya, kerana aku yakin pasangan lain pasti ada menyimpan mimpi yang lebih besar lagi. Tapi Sutera Habour punya cerita tersendiri menjadikannya selalu istimewa di mata kami.
Selamat ulang tahun cinta, abang.
Perbandingan kami dan 15 tahun. Haha...(konvo@Sutera) |
Well...gambar selanjutnya bila sharp shooter menjadikan aku mangsa model. Mangsa? Haha...ni kira mangsa yang menyerah diri untuk dijadikan model sebenarnya. Silalah cemburu...
Apapun, merai cinta tak perlu menunggu tarikh penting. Selagi berpeluang, teruskan saja.
1 comments:
wahwahwah. wangi bunga sampai kesemenanjung tahu. haha ;D
Post a Comment