http://www.malaymoviesfull.net/2010/12/antara-garisan-drama-terbaik-anugerah.html |
Aku berkali-kali menonton telemovie ini.
Dan ternyata aku masih menyukainya.
Aku suka pada tema yang ditampilkan serta mesej yang cuba disebarkan oleh sang penulis dan pengarah yang bijaksana.
Ia tentang manusia yang taksub kerana merasa diri mereka lebih baik dari orang lain. Hanya kerana segurat ilmu akhirat yang dituntut di dunia menjadikan mereka menganggap diri mereka lebih suci dan lebih mulia berbanding manusia yang secara majazinya memang agak tempang imannya.
Ia tentang manusia yang suka menghukum manusia lain dengan hukum dunia yang lebih naif dari sekadar pembunuhan nyata.
Ia tentang tipu daya syaitan yang gagal menyesatkan manusia ke jalan haram nyata, yang akhirnya turut serta dalam ibadah dan menghidupkan rasa riak tanpa manusia itu sedari sama sekali.
Inilah fungsi filem. Inilah yang dikatakan filem. Bila peran masyarakat dibawa dan dikembalikan sebagai amanah untuk ditahfizkan bersama.
Soalnya, berapa ramai dari kita menyedarinya? Nyatanya yang wujud hanyalah manusia-manusia hipokrit seperti si ustaz dalam filem itu yang suka menasihati manusia sedangkan kakinya sendiri terpesong sebelum sempat dia menyedarinya.
Nasihat demi nasihat, pesan demi pesan diutus berkali-kali. Tapi malangnya, ia bagai meludah ke langit yang akhirnya yang kotor hanyalah wajah sendiri.
Subhanallah...
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dari ahli kitab telah berpecah belah menjadi 72 golongan. Dan sesungguhnya agama ini (Islam) akan berpecah-belah menjadi 73 golongan, 72 golongan tempatnya di dalam neraka dan satu golongan di dalam syurga, iaitu al-Jama’ah.”
(Hadis Riwayat Abu Daud, Ahmad, ad-Darimi, al-Ajury, al-Lalikaiy. Disahihkan oleh al-Hakim, dan disepakati oleh Imam Adz-Dzahabi)
Maka janganlah riak dengan ilmu akhirat yang kau miliki sedang kau tak tahu bahawa kau berada di golongan apa. Aku hanya pengamal fardhu ain. Selamat.
0 comments:
Post a Comment