Agak terkejut tadi saat mengetahui Abe ku tidak terpilih dalam acara yang memang menjadi makanannya selama ini iaitu Lompat tinggi dan hurdle. Well, aku bukan jurulatih pasukannya lagi jadi aku tak boleh masuk campur dalam urusan pemilihan peserta. Tapi aku tidak bercakap bagi pihak seorang ibu. Sebagai guru yang bersama Abe, yang melatih dan mengcouchingnya baik dalam olahraga, sukan padang dan permainan, aku nampak sangat potensinya. Sementelah pula Abe sudah menjadi wakil ke zon dua kali. Penyingkirannya amat menganehkan hati aku. Malahan, sewaktu pemilihan dan latihan juga aku melihat potensinya yang mampu membuat lompatan lebih dari 1 meter, malahan jauh lebih baik dari wakil yang menggantikan posisinya tadi. Tapi mungkin juga jurulatihnya punya strategi sendiri yang disusun untuk meraih pingat bagi pasukan mereka. Kemudiannya, aku dapati Abe juga sama sekali tidak disenaraikan dalam acara hurdle dan juga acara 200meter. Ok. Maaf kalau agak menyangkal kebolehan jurulatih yang arif. Tapi hal ini sememangnya amat mengejutkan. Dan, cubalah bayangkan perasaannya yang sudah melalui proses reharsal kelmarin dan telah mendapat tempat yang baik tetapi hari ini dia ternyata tiada dalam mana-mana senarai kecuali 4X200m.
Syukurlah ada seseorang begitu prihatin, selain aku, yang ternyata juga melihat perkara ini. Dia, seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang sukan, akhirnya memperjuangkan Abe dan memasukkan Abe dalam acara 200m. Itulah bezanya pengalaman dalam bidang keguruan, aku rasa. Cikgu ni adalah jurulatih peribadi Abe sejak tahun lepas dan dia juga yang melatih Abe sampai ke zon. Of courselah dia tahu kebolehan dan potensi Abe. Terima kasih, sahabat. Akhirnya Abe lulus saringan dan berjaya melayakkan dirinya ke final besok. Namu pasukannya gagal meraih tempat dalam acara 4X200m apabila salah seorang ahli pasukan salah memberi baten.
Secara peribadinya, aku melihat sukan sekolah ini jauh dan sangat jauh dari sekadar sebuah sukan sekolah. Sukan sekolah bukan hanya untuk meraih gelaran juara pasukan tapi sebenarnya adalah untuk mencungkil potensi budak sampai ke akar umbi, mengeluarkan mereka dari kepompong rasa rendah diri dan ketakutan, lalu kemudiannya menjadikan mereka sebagai rama-rama cantik yang punya kemampuan untuk terbang sendiri. Ada ramai murid berbakat tadi tapi terlalu dikongkong oleh rasa takut hingga tidak mampu mengawal dan menguasainya dengan baik. Afiqah Liyana misalnya, dia begitu terbawa dengan ketakutanya hinggakan tangan dan kakinya sejuk menahan gementar. Hampir setengah jam aku cuba menguati semangatnya dan syukurlah, akhirnya dia mampu memberikan persembahan yang baik. Jauh lebih baik dari sebelum ini seperti dalam acara lompat tinggi. Afiqah mengingatkan aku pada Farwin.
Tidak adil rasanya meletakkan murid dalam 5 acara sungguhpun itulah had maksimum yang boleh disertainya sedangkan masa latihan dan ujian kecergasan tidak kita laksanakan dengan baik. Lainlah halnya kalau kita ada setahun untuk melatih budak maka budak tersebut sudah sedia terbiasa dengan aktiviti lasak dan kecergasan yang kental. Tapi kalau latihan cuma dua minggu lalu kita asak budak dengan 5 acara sedangkan di rumah masanya lebih banyak main games dari berriadah, maka amatlah sulit untuk menjadikannya bintang di padang. Sukan sekolah adalah satu landasan untuk mencari bakat baru yang boleh di ketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Menumpukan perhatian hanya pada beberapa individu terpilih adalah satu kecelaruan yang dangkal.
Tapi, aku bukanlah manusia yang berijazah atau mempunyai apa-apa pensijilan dalam bidang sukan. Aku cuma bersandarkan pengalaman masa sekolah dan zaman kanak-kanak yang dihabiskan di padang bersama pemain-pemain bola Sabah. Aku hanya punya ilmu yang pernah dikongsi dari jurulatih-jurulatih sukan di stadium Likas dulu hanya kerana aku penjual nasi lemak di sana. Aku hanya bersandarkan empati seorang guru yang melihat segalanya bersandarkan nilai sudut pandanganku. Aku tidak boleh memaksa orang lain melihat sebagaimana aku melihat dunia. Apapun, ini menjadi pengajaran besar bagi Abe bahawa bakat dan kemahiran bukanlah segalanya. Nasib dan populariti juga pembantu kepada kejayaan. Aku tahu dia kecewa tapi aku harap agar Tuhan dapat menebusnya tahun depan, saat pemilihan sebenar bersama jurulatih yang sebenar-benar.
Amin.
Jom saksikan detik-detik perjuangan si Abe dalam acara 200m
Round pertama : Abe mendahului |
Abe mulai dipotong |
...dan semakin jauh ketinggalan |
Abe mulai mengejar balik. Tapi Helmi hijau sudah jauh ke depan. |
Abe berjaya akhirnya mendahului Syarill dan menguasai rentak permainan semula |
dan akhirnya berjaya mendapat tempat kedua. Aku memang salute orang dapat buat 200m ni. Kalau akulah, memang kompom sakit perut. |
Ini pula bagi acara larian 4X200m
Sedang bersedia untuk acara larian |
Rumah kuning nampak cantik dan berkuasa atas padang waktu ni. |
Lalu di sini mulai terjadi kecelaruan bila ahli salah memberikan baten. Bermula dari ini semua salah...akhirnya hanya mampu mendapat tempat ketiga. |
Apa yang boleh kukatakan pada Abe ialah;
"Dalam dunia ni, kadang-kadang Tuhan tak bagi kita apa yang kita mahu. Tapi Dia bagi kita apa yang kita langsung tak sangka malah apa yang kita langsung tak mahu. Kenapa? Sebab Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Dan kita sebagai manusia tidak tahu apa perancanganNya, sebab kita lebih menumpukan pada apa yang kita mahu. Kau fahamkah anakku? Kita cuma mahu, tapi Tuhan lebih tahu. Mahu dan tahu, adalah dua benda berbeza,"
0 comments:
Post a Comment