Monday, May 30, 2011 | By: Luna Biru

Aku suka masak!

Ada aku pernah bagitau tak yang aku sangat suka memasak?

Ya. Bagiku masak itu satu seni. Seni yang perlukan lebih dari sekadar ketelitian dan kesungguhan. Ia juga memerlukan cinta dan kesabaran.

Sebenarnya aku masak bukan sedap sangat pun. Hihi...Paling penting, sebenarnya aku memang malas masak. Tapi aku suka. Nampak tak perbezaannya?

Mertua aku cakap aku masak masin sangat. Umi pula komplen macam tiada rasa. Abah cakap semuanya kurang. Aku selalu cuba perbaiki masakan aku. Aku belajar dari buku, aku cekup dari internet. Tapi meski bahannya sama dan adunannya tepat, mungkin sedikit sebanyak bergantung pada empunya diri. Orang cakap, tengok tangan.

Saturday, May 28, 2011 | By: Luna Biru

Dia yang istimewa

Aku mulai menyukai dia. Siapa namanya? Ya. Shafizah, si penulis RUANG LINGKUP yang punya sudut pandang yang sangat istimewa. Berbeza dengan penulis blog remaja lainnya, kukira Shafizah punya citarasa tersendiri dalam menghurai perasaannya. Bahasanya jelas dan teratur. Sejujurnya, selain Zahiril Adzmin, hanya dia yang kudapati masih menggunakan gaya bahasa yang bersastera itu. Pasti ada yang lainnya yang belum kuteroka.  Namun, setakat ini, hanya merekalah orangnya.

Salam perkenalan untuk Shafizah. Terima kasih kerana menghargai saya sebagai penulis. Pemerhatiannya terhadap sesuatu memang sangat tajam dan seni. Apa yang pastinya, dia mampu melihatku di antara kelompok manusia yang begitu ramai. Kalau benarlah dia berniat menjadi guru, aku yakin dia pasti akan menjadi guru yang telus dan dedikasi. Hanya individu yang punya pemerhatian sebegitu tajam saja yang mampu menembus sudut gelap yang melingkari murid-muridnya.

Dia pasti akan menjadi seorang guru yang istimewa di hati murid-muridnya. Bukan semua orang dilahirkan untuk menjadi guru. Sebahagiannya, hanya kebetulan. Fahamkah perbezaannya? Seorang guru hanya terlahir dari jiwa yang benar-benar tulus dan kekuatan jati diri yang benar-benar kukuh. Namun, individu yang kebetulan menjadi guru adalah deretan manusia yang terpaksa menyintai kerjayanya kerana komitment semata-mata. Cinta dan komitment adalah dua fasa yang berlainan. Namun, jika keduanya bersatu, ia akan menjadikan sebuah institusi diri yang kebal dugaan.

Bersyukurlah kerana punya cita-cita semulia itu. Kalau kau tanya aku, aku tidak pernah terfikirpun untuk berpijak di dunia perguruan ini. Aku juga adalah salah satu manusia yang kebetulan menjadi guru. Namun, cinta itu bisa saja ditanam dan disuburkan setiap hari. Kalau mahu tahu kenapa aku sampai menjadi guru, bacalah DIA MASIH PELANGI. Segala kisahku ada di sana.

Terima kasih Shafizah (apa harus aku memanggilmu?) kerana punya mata dan pemerhatian yang cukup berseni.

Syytt.....Jangan percaya pada teman kerjamu!


Aku ingin mengulang-ulang amaran ini berkali-kali. Biar masuk ke telingamu dan berhenti tepat di kepalamu. Tutup sebelah telingamu agar ia tidak terlanjur tembus keluar. Simpan baik-baik dalam memori jangka panjangmu dan ingatlah, bahawa aku sudah memberi amaran.

Ya. Jangan percaya pada teman sekerjamu, selagi dia belum bergelar sahabat. Harus ingat juga bahawa seorang sahabat pun mampu berkalih arah, apakan pula seorang rakan sekerja. Masing-masing punya kepentingan sendiri. Kepentingan itu perlu dijaga demi sebuah kosistensi periuk nasi. Jadi, jangan mudah terlanjur bicara. Fatal akibatnya bila setiap patah kalam dimanipulasi hingga menjadi fitnah. Jangan juga mendengarnya berbicara buruk atau sekadar menemaninya. Dia bisa saja mematahkannya kembali ke mukamu dan membeberkannya bahawa sumber itu darimu.

Syurga itu di telapak kaki ibu

Ia adalah sebuah pernyataan yang telus.

Semakin aku dewasa, semakin aku tahu apa maknanya.

Ya. Allah sudah memberi ketetapan itu kerana DIA maha tahu.

Allah tahu bahawa suatu hari, si ibu akan mula hilang kewarasan dan pertimbangan bila usianya mula mereput, sereput kulitnya.

Allah juga tahu bahawa saat itu adalah satu ujian untuk si anak berdiri di atas kesabaran dan kemampuan akal yang lebih waras.

Bagaimana kalau Allah tidak menetapkan kewajiban itu untuk si anak...pasti si tua itu akan menjadi huni di rumah warga tua. Subhanallah. Na'uzubillahiminzalik.

DIA maha tahu.
Friday, May 27, 2011 | By: Luna Biru

Hadiah di Hari Guru

Entryku ini pasti sudah lambat sekali.

Mungkin aku belum terlalu merasainya kerana sekolahku belum meraikan hari guru. Acaranya hanya akan disambut pada 17 Jun nanti. Lambat sekali,kan?

Nah...biasanya kalau sambutan hari guru, aku pasti jadi ibu yang paling sibuk sekali. Maklum, 4 anakku sudah bersekolah. Masing-masing mahu memberikan hadiah untuk guru mereka. Bukan cuma 1-2 orang. Malah kesemua gur yang mengajar mereka pun mahu diberikan. Bayangkanlah kalau seorang anak ada 7 orang guru lalu didarab pula dengan 4? Itu belum masuk bajet nak membungkus hadiah-hadiah tu lagi. Wah....

Cuti sekolah pun bermula...

Maka cuti sekolah pun bermula.

Mahu ke mana membawa anak 6 orang dengan bajet percutian paling murah tetapi berkesan?

Pantai?

Hmm...pantai lagi!

short film malaysia - sesal (miim)

Bahana perilaku kekasih yang terlanjur?
Ini hanyalah seputar kisah kecil yang lebih baik. Sekurang-kurangnya, sang kekasih ada bersama saat melalui saat-saat getir. Bagaimana dengan mereka yang bersendiri melaluinya? Ah...jauhkan ahli keluargaku dari aib yang menyedihkan ini.

Dosa telah terlanjur dilakukan. Jangan ditambah lagi dengan membuang bayi yang tak berdosa. Pertanggungjawabkanlah hasil perbuatan sendiri.

1 Malaysia Anti Smoking Campaign Short Film


Cantik crita ni. I love the cinematography dan penceritaan yang begitu bersahaja. Walaupun aku tak faham langsung bahasa cina tapi the narrator does help me to understand his sadness and sorrow. Satu lagi kerja tangan pengarah muda yang berbakat.

PART 2 | FILEM PENDEK AKU | DIRECTED BY SHUHAIMI ZULKEFLI



Aku jumpa filem pendek ni waktu sedang google cari idea untuk filem pendek sempena Hari Guru tahun ni. Aku cukup terpesona dengan jalan cerita yang dipilih oleh pengarah cerita ni. Ianya pendek namun berkesan. Jalan ceritanya agak berat namun memberi pemahaman yang cukup mendalam. Aku paling kagum dengan sinematografinya. Tahniah diucapkan kepada kru filem ni. Aku harap, suatu hari aku juga mengeluarkan filem seperti ini. Doakan aku ya!

Amin....



Lumrah Hidup

Entry ni aku tulis setelah membaca sebuah entry yang ditulis oleh salah seorang follower aku. Kalau korang nak baca hasil penulisannya,boleh klik di link http://akunazihah.blogspot.com/

Aku tidak bermaksud untuk mengulas perasaannya. Aku cuma tiba-tiba merasa bahawa aku dan dia senasib, atau boleh dikatakan sependapat. Membaca entrynya, membuat aku segera teringat tentang kisah seorang sahabatku yang gila perhatian. Sahabatku yang selalu merasa dirinya menjadi mangsa penindasan dan keadaan. Sahabatku yang suka memprovokasi sebuah isu untuk dijadikan bahan bualan di dewan bicara supaya dirinya menjadi center of attention orang. Sahabatku itu juga punya kemahiran yang begitu tinggi untuk memanipulasi keadaan bila dirinya terperangkap hingga kemudiannya dirinya pula yang nampak seperti seorang mangsa. Dia juga punya kemampuan untuk memain watak seperti seorang dalang yang memutar belitkan situasi hingga akhirnya, kita pulalah yang terjerat dan menjadi watak antagonis dalam ceritanya. 
Thursday, May 26, 2011 | By: Luna Biru

Anis; Olahragawati 2009 dan 2011

Bila aku bandingkan kedua gambar ni, rasanya macam cepat saja masa berlalu...sedar-sedar besar panjang sudah sumandak ku sorang ni. Mudah-mudahan segala bakat dan anugerah yang Allah berikan padanya memberi manfaat kepadanya dan digunakannya sebaik mungkin. Amin...
Anis 2009
Anis 2011

Sekitar majlis perkahwinan anak perempuan Guru Besar Sk.Surati

Pagi tadi kami beramai-ramai serbu rumah guru besar kami di Taman Perumahan Kimanis,Papar sempena majlis perkahwinan anak perempuannya yang diadakan pada minggu ni. Aku tumpang dengan Kak Lina dengan diiringi Kak Siah dan Kak Ain. Gempak gilak bila semua berkumpul di rumah GB. Rasa macam hari raya pula kan?

Sempat possing di rumah Kak Erma. Wow...ganas sofanya. I like!

Selamat Hari Guru : Ucapan yang tertangguh

Ni mungkin agak terlewat. Tak sempat aku nak masukkan entry ni awal-awal tepat pada tarikh keramat 16 Mei 2011. Apapun, terima kasih kepada YB DATUK ROSNAH ABDUL RASYID SHIRLIN dan YB DATUK GHULAM BAHADAR KHAN atas sebuah penghargaan untuk kami warga guru di daerah Papar ini.

Peranakan jatuh : Punca dan Cara rawatan




Ni aku nak share entry penting khusus untuk kaum ibu, terutamanya yang dah beranak pinak macam aku ni. Sedar tak sedar, kita sering mengalami masalah jatuh peranakan atau peranakan terturun. Mungkin cara hidup yang kita amalkan seharian menjadikan masalah ini sering melanda kita. Aku sendiri selalu mengalami masalah ni. Biasanya aku pergi berurut di bidan kampung saja. Tapi semenjak dua menjak ni, bidan kampung pun bukan main susah lagi dicari. Hal seperti ini jangan dipandang remeh sebab kesannya akan menjadi sangat fatal di kemudian hari. Banyak cara untuk mengubat sebenarnya. Tapi apa yang penting ialah mencegah agar perkara begini tidak berlaku. Buat setakat ni, aku amalakan produk Bidadari dari keluaran DCL dan minum air kencur buatan asli dan tradisional.

Jadi, kepada kaum ibu di luar sana, jangan abaikan kesihatan anda ya. Jom share info yang aku dapat dari http://anggunbistari.blogspot.com/2007/01/rahim-jatuh-atau-prolapse-rahim.html.

Rawatan Tradisional di Tirani Beauty and Body Care

Kepada yang berada di kawasan Papar dan yang sewaktu dengannya, jom singgah sebentar di TIRANI BEAUTY AND BODY CARE. Bertempat di Melingsung Summer Bay, Tingkat 1, Shoplot, Melinsung, Papar, kedai ini menyediakan perkhidmatan khusus untuk rawatan kecantikan dan kesihatan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah :
Rawatan Tradisional, rawatan resdung, ear candle, sauna, facial and shaping dan refleksologi. Harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan dan boleh disesuaikan dengan bajet kita.

KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SK.SURATI KALI KE-6 2011

Selesai saja peperiksaan semester satu minggu lepas, sekolah kami mengadakan KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SK.SURATI KALI KE-6 2011. Best betul temasya sukan kali ni. Memang meriah gilak! Tapi aku tak dapatlah nak aktif sangat sebab tak brapa sihat. Lagipun, tahun ni rumah Kuning Satria Perkasa aku tu tak menyerlah langsung macam tahun lepas. Huhu...
Thursday, May 19, 2011 | By: Luna Biru

Jerawat...Cegah dari dalam!

Kedudukan jerawat dan info

DAHI

Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup
dan minum air banyak

HIDUNG

Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin
bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan
sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh
dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU

Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan
dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu
mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang
bermasalah.

PIPI KIRI

Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN

Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)

Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang
sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin
tersingkir dengan lebih baik.

Berhati-hati melawat orang meninggal


Kisah ni aku dapat di FB. Saja kongsi untuk pengajaran kita bersama.

Sharing is Sexy!

Ni aku dapat dari email. Ada orang email aku, aku rasa aku patut share. Nak forwardkan email tu balik, tak larat ramai sangat. So, bacalah ni. Sama-sama kita ingat-mengingatkan.


Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah... katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami
tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.

Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.

Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar.

Zahiril Adzim: the invigilator


Zahiril Adzim: the invigilator:
Aku kongsikan amanat pelakon yang berjiwa halus dan penuh seni ni untuk tatapan kita semua. Ia adalah sebuah filem cereka pendek yang penuh makna. Rugi kalau korang tak klik. Klik ya!




Short Synopsis:



An idealistic trainee teacher decides to quit teaching after an embarrassing argument in class. Her experienced and unconventional counterpart attempts to convince her otherwise.



Ingatlah aku...

Besok,
kalau sempat kau jejak tanah Rasulullah,
sampaikan salamku,
bersaksilah di depannya
bahawa di sini,
masih ada aku
aku yang telah kau sakiti
dengan busa dusta dan fitnah.

Besok,
saat Malaikal Maut menjemputmu,
ingatlah aku juga bakal menyusulmu.
Kiranya aku yang pergi dulu,
ingatlah,
bahawa di sana ada aku
yang setia menanti hadirmu.

Besok,
tika mentari sejengkal di kepala,
tika syurga dan neraka hanya sedepa,
Ingatlah,
bahawa di situ ada aku,
yang masih menunggu penjelasanmu,
yang masih menuntut hutang fitnahmu.
Mohon jangan kau masuk dulu ke mana-mana pintu
sebelum kau perdengarkan aku
pengakuan bohongmu.

Hari ini,
waktu kau sujud mencium sejadah lima kali,
atau saat kau menadah ke hadrat Ilahi,
Ingatlah,
bahawa di sini ada aku 
yang sujud di bumi yang sama
yang menyembah Tuhan yang sama.
Tuhan yang telah kau bawa bersaksi
atas sebuah dusta yang kau telah kau zalimi.

Ingatlah aku,
saat kau bangun bahkan kau tidur
kerana aku tak pernah melupakanmu.

Aib di mukaku



Kucium lututmu,
Kugenggam tanganmu,
Kurayu kasihmu,
Kutuntut pembelaanmu.
Namun sedikitpun tidak kau jeling aku.
Hanya kaku.
Kaku yang angkuh.

Kucari kepalamu,
Kucari warasmu,
Di mana?
Kenapa enggan benar kau percaya aku?
Kenapa ceritera anak dalang itu menjadi taruhanmu?
Kenapa kau bukan si jauhari mengenal manikam?
Kenapa garam yang kau makan,
tak mampu membuat kau menjadi matang?

Ah, kesal!
Air mataku pun tak mampu mengubah angkuhmu.

Hanya utusan di angin lalu,
Kusampaikan deraian air mataku.
Pasrahlah kuterima hukummu tanpa periksa
Di pancung ngeri tanpa berjiwa
Membawa aib di muka telanjang
Yang bakal kubawa sampai ke mati.


Dalam kembar cinta di 7 mubin,
Kuseru namamu,
Ingatlah kau ini selalu;
Kau berhutang nyawa dan aib padaku
Aib yang tak mungkin dapat kucuci
meski maafmu kau galang ganti.


Wednesday, May 18, 2011 | By: Luna Biru

Kau pokok itu II

Berebut sunyi,
dalam altar bumiku yang sedih
bagai pohon tua yang renta
hampa cahaya
melata bagai unggas yang
terlupa lagu.

Menyempit sepi,
kering bagai ranting tua yang reput
daunku hilang warna 
entahkan hijau entahkan biru
bunga pun hilang wangi
bumiku lupa berputar
mimpiku lupa pulang.
Kenapa?
Kemarau di tanah seberang 
mengalir raksa sampai ke sini. 

Oh, rupanya pohonku 
sudah lupa meneduh
kerna sudah sering berteduh
di bumbung langit yang lain. 

Kau pokok itu




Mohon ku tumpang duduk di sini
di bawah pohon mu yang 
redup dan dingin.
Jangan takut,
aku tak minta apa -apa 
hanya melepas lelah seketika.

Mohon kuhirup udaramu di sini
bersama hangat bulan dan 
bau rumput,
bersama basah embun dan 
kelabu bintang.
Aku tak peduli
kerna aku tak meminta apa-apa
hanya duduk seketika
melepas lelah.

(...tapi malangnya saat ini sang pokok ditiup angin lalu rebah....)

Kad Kesihatan MAKSAK

MAKSAK MEDIC CARE - SKIM PENGURUSAN KESIHATAN UNTUK ANGGOTA-ANGGOTA KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN.

 

Kelmarin sekolah kami dikunjungi oleh wakil dari MAKSAK untuk program MAKSAK MEDIC CARE. Kami telah diberi taklimat selama setengah jam mengenai program ini. Secara peribadinya, aku memang rasa ini adalah sebuah program yang baik untuk persediaan awal kepada kita sekeluarga. Korang pula macamana? Eh, lupa pulak nak tanya. Tau ke MAKSAK tu apa? Hihi...bukan apa, soalnya, aku pun baru tahu tadi. Rupanya, benda ni dah 10 tahun wujud cuma pelaksanaannya saja tak berkembang dengan berkesan. Ok, pada yang nak tahu tu, jom share...

Pengagihan Netbook 1 Malaysia Tahun 2011, Daerah Papar P175

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengedarkan 1,844 komputer netbook kepada pelajar-pelajar yang layak dari seluruh daerah Papar. Acara itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Rosnah Abd Rashid Shirlin yang juga merupakan Ahli Parlimen bagi daerah Papar. menurut beliau, 900 unit lagi akan dihantar kepada pelajar-pelajar di Kinarut kemudian nanti. MCMC diwakili oleh Timbalan Pengarah bagi Sabah dan Labuan, Karmilla Amirkhan.
Monday, May 16, 2011 | By: Luna Biru

Soalan PSV Tahun 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SURATI
PetiSurat 255
89608 Papar, Sabah

PEPERIKSAAN SEMESTER SATU
PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN  6, 2011
Arahan:
1.    Kertas ini mengandungi empat soalan.
2.    Pilih satu soalan daripada soalan-soalan yang diberi.
3.    Murid dikehendaki membawa peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan pada hari peperiksaan.
Soalan 1:
Bidang
:
Menggambar
Tajuk
:
Sayangi Alam Semulajadi
Alat&Bahan
:
Kertas lukisan, warna pensil, warna air atau warna pastel
Aktiviti
:
Murid dikehendaki menghasilkan sebuah poster yang bertemakan alam semulajadi.
Soalan 2:
Bidang
:
Membuatrekaandancorak
Tajuk
:
HiasanDinding
Alat&Bahan
:
Kertaswarna, gam dangunting
Aktiviti
:
Murid dikehendaki menghasilkan corak dengan menggunakan teknik guntingan dan tampalan.

Soalan 3:
Bidang
:
Membentuk dan membuat binaan
Tajuk
:
HadiahHari Guru
Alat&Bahan
:
Kertas manila, kertaswarna, gam, gunting, hiasan yang dirasakanperlu.
Aktiviti
:
Murid dikehendaki membuat model bekas pensil dengan menggunakan teknik cantuman sebagai hadiah hari guru.

Soalan 4:
Bidang
:
Mengenal Kraf Tradisional
Tajuk
:
Batik
Alat&Bahan
:
Kertas lukisan, Warna pastel atau krayon
Aktiviti
:
Murid dikehendaki menghasilkan sebuah motif flora pada batik dan mewarnakan hasilan dengan warna pastel atau krayon.
Sunday, May 15, 2011 | By: Luna Biru
SEKOLAH KEBANGSAAN SURATI
Peti Surat 255
89608 Papar, Sabah

PEPERIKSAAN SEMESTER SATU
PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN  6, 2011
Arahan:
1.    Kertas ini mengandungi empat soalan.
2.    Pilih satu soalan daripada soalan-soalan yang diberi.
3.    Murid dikehendaki membawa peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan pada hari peperiksaan.
Soalan 1:
Bidang
:
Menggambar
Tajuk
:
Sayangi Alam Semulajadi
Alat & Bahan
:
Kertas lukisan, warna pensil, warna air atau warna pastel
Aktiviti
:
Murid dikehendaki menghasilkan sebuah poster yang bertemakan alam semulajadi.
Soalan 2:
Bidang
:
Membuat rekaan dan corak
Tajuk
:
Hiasan Dinding
Alat & Bahan
:
Kertas warna, gam dan gunting
Aktiviti
:
Murid dikehendaki menghasilkan corak dengan menggunakan teknik guntingan dan tampalan.

Soalan 3:
Bidang
:
Membentuk dan membuat binaan
Tajuk
:
Hadiah Hari Guru
Alat & Bahan
:
Kertas manila, kertas warna, gam, gunting, hiasan yang dirasakan perlu.
Aktiviti
:
Murid dikehendaki membuat model bekas pensil dengan menggunakan teknik cantuman sebagai hadiah hari guru.

Soalan 4:
Bidang
:
Mengenal Kraf Tradisional
Tajuk
:
Batik
Alat & Bahan
:
Kertas lukisan, Warna pastel atau krayon
Aktiviti
:
Murid dikehendaki menghasilkan sebuah motif flora pada batik dan mewarnakan hasilan dengan warna pastel atau krayon.