Tuesday, May 29, 2012 | By: Luna Biru

Sebuah hari di Lembah Impian


Lembah Impian, Putatan. Segala yang kamu mahu tahu tentang tempat ini ada di sini. Silakanlah menggogglenya.

Bercuti di lembah ini merupakan salah satu keinginan kecil setelah melawat tempat ini pada saat jamuan makan siang sekolah abang beberapa bulan yang lepas. Lokasinya yang agak jauh dari bandar dengan konsep country homes resort seakan menggamit keinginan untuk berkunjung sekali lagi. 

Lembah Impian menyediakan penginapan yang pelbagai sesuai mengikut keperluan bercuti, saiz keluarga dan juga bajet. Untuk percutian kali ini, kami menyewa dua buah chalet dengan harga RM183 sebuah. Hajat di hati mahu menyewa Chimney yang bersaiz agak luas dan lebih mesra keluarga namun keterdesakan waktu cuti menyebabkan kami tidak mempunyai pilihan. 

Malam di Lembah agak sunyi, sesuai sekali dengan untuk mereka yang ingin berisolasi. Masalah tempat makan tidak akan dihadapi di sini kerana pihak pengurusan menyediakan perkhidmatan restauran, bar dan bakery. Cuma, anda dinasihatkan untuk membeli keperluan harian lebih awal kalau tidak mahu keluar ke simpang yang agak jauh untuk ke kedai runcit kampung. 

Secara peribadinya, aku tiada masalah untuk mempromosikan tempat ini kepada rakan-rakan yang kehilangan kompas untuk bercuti. Kalau anda inginkan ketenangan dan sunyi malam, pilihlah Lembah Impian. Namun, perlu diingatkan bahawa segalanya terlalu terlakluk pada "do and don't" di sini. Jauh berbeza dengan Nexus atau Sutera, kuasa privasi dan hak di sini agak ketat. Kita seperti selalu diperhatikan dan sentiasa ditegur kalau sudah mulai dirasai melangkahi batas. Kecuali Cik Mary yang ramah dan sangat mesra, bersama seorang pembersih kolam yang suka tersenyum, selainnya, aku rasa sedang dikelilingi oleh pak satpam yang judes dan kurang mesra. Makanan luar juga tidak dibenarkan menyebabkan aku mencari-cari rasional untuk itu. 

Satu nasihat lagi, sebelum check out, pastikan bilik kemas, sampah tidak berhamburan dan anda tidak mengotorkan mana-mana cadar atau selimut dengan kotoran yang susah hilang seperti gincu atau bedak asas. Jika berlaku, maka bersedialah untuk kehilangan wang deposit anda. 

Err...boleh ke gitu? 

Variasi makanan juga tidak begitu menyelerakan termasuklah pakej sarapan yang disediakan. Mereka hanya menyediakan mee goreng dan pilihan antara minuman panas atau jus oren. Jika ingin menambah variasi, silalah membeli sendiri di kedai bakery. 

Mungkin tidak adil untuk aku memberi keputusan samada 'Yes or No' atau 'Siok ka nda siok' bercuti ke sini. Keghairahan terlalu menjaga hak kadang-kadang hanya mengotorkan percutian pengunjung. Jadi kesimpulannya, tak kisahlah bayar mahal seperti di Nexus asalkan kita punya kebebasan bercuti dan kita punya variasi makanan yang membuatkan percutian itu lebih berbaloi. 

Ini pendapat peribadi aku saja ok. 

















0 comments:

Post a Comment