25 Mei, 2012.
Hari terakhir persekolahan bagi semester 1, 2012.
Hari ini kami meraikan perayaan Hari Guru yang tertunda sejak tarikh keramat 16 Mei. Pelbagai aktiviti telah disusun dan telah berjaya dijalankan dengan sebaiknya. Berbeza dengan tahun-tahun lepas, kali ni pihak urusetia bertindak program ni tidak menjalankan aktiviti pertandingan sukan antara guru dan murid. Aktiviti itu digantikan dengan acara sukaneka antara rumah sukan. Aku mewakili rumah kuning.
Macam biasa, setiap kali hari guru, pasti ia sinonim dengan hadiah. Tak sah hari guru kalau tanpa hadiah, walaupun cuma sekeping kad ataupun sekuntum bunga, mahupun sekadar salam di tangan dan ucapan manis. Ia seperti majlis hari raya. Tak sah tanpa salam, kuih raya dan duit raya. Pasal aku sudah warning awal-awal pada murid aku supaya jangan bagi aku hadiah yang mudah pecah, jadi tahun ni aku dapat banyak bunga. Lebih dua bakul bunga aku dapat! Wah...boleh sudah menggantikan bunga yang aku sediakan semalam untuk cikgu anak-anak aku.
Aku juga terima sebiji kek keju dari murid aku yang bernama Elyana. Sebenarnya, aku tak pernah masuk mengajar di kelas Elyana semenjak dia masuk ke sekolah ini tahun lepas. Personally, aku tak pernah mengajar dia kecuali tahun lepas aku ajar dia buat poster. Itupun sebab dia teringin sangat masuk pertandingan poster dadah yang dianjurkan oleh PPDa. Aku ingat lagi macamana bengangnya aku mengajar dia yang sangat tidak berbakat seni dan susah pula mahu faham konsep asas melukis poster. Kebengangan itu telah menjadikan aku panas baran sampai ke tahap mengoyak posternya. Aku malah halau dia keluar dan suruh dia jangan hantar apa-apa poster lagi pada aku lepas ni. Bila balik rumah, aku mulai dicengkam rasa bersalah yang teramat sangat memikirkan tindakanku yang pastinya boleh melumpuhkan tahap keyakinan diri murid sampai susah mahu berdiri balik. Esoknya, aku cari dia balik untuk minta maaf tapi tak jadi juga aku nak minta maaf bila aku dapati atas meja aku ada lagi poster yang dibuat oleh Elyana. Betul-betul tak putus asa budak sorang ni. Yang menariknya, posternya kali ini sudah menunjukkan peningkatan yang amat ketara. Aku bersyukur sangat kalau Elyana tak berdendam dengan aku. Haih...susah Teacher Zue ni kalau marah...
Aku tak berapa dapat menikmati acara sukaneka sebab terpaksa berulang-alik mencuri ruang untuk menghantar makanan buat Mizan dan Ade yang tinggal di rumah. Sekolah dorang sudah cuti dan Umi pula tiada di rumah. Jadinya, budak dua ni dijaga oleh adik aku yang tak tahu pegang sudip untuk masak telur mahupun memegang botol untuk membuat susu. Aku terlepas beberapa acara sukaneka dan hanya berkesempatan ikut acara tarik tali. Dua kali kami menang tapi bila perlawanan terakhir kami kantoi juga lawan rumah hijau. Tak aci sebab kami tak beri rehat langsung terus lawan balik. Cesss....
Tiba-tiba kebahagiaan kami direnggut oleh satu peristiwa yang tidak dijangka sama sekali. Seorang bapa murid datang dan menyerang kami dalam bentuk kata-kata yang amat menyakitkan. Menurutnya, sedang dia berada di rumah, anaknya yang baru berada di tahun dua, pulang ke rumah bersama dengan beberapa orang rakannya yang lain. Sedangkan waktu itu belum lagi sampai waktunya pulang sekolah. Bapa budak tu mati-mati salahkan kami sebab tak halang budak tu pulang. Dia juga salahkan pihak sekuriti sebab tak jaga di pintu pagar.
Err...sebenarnya, anak dia ikut pintu pagar belakang yang memang tiada sekuriti. Sekuriti cuma jaga pintu pagar utama. Pintu belakang tu adalah pintu menuju ke kampung sekaligus ke prasekolah. Katanya, pintu pagar tu sepatutnya dikunci supaya budak tak boleh keluar sesuka hati.
Sebenarnya, aku pun hairan juga, dalam 212 budak sekolah yang sedang sibuk menyorak para cikgu yang sedang beraksi di padang, kenapa anaknya (dan beberapa orang rakan anaknya) boleh terfikir untuk pulang ya? Kalau anak escape, cikgu ke yang salah? Ohya, katanya lagi, jangan berani tuduh anaknya pandai escape sebab dia tak pernah ajar anaknya buat perkara macam tu. Oh, come onlah parents. Cuba elakkan cakap macam tu, boleh tak? Memanglah kita tak pernah mengajar anak kita buat perkara yang tak baik tapi persekitaran sangat membantu anak kita melakukan tindakan-tindakan yang diluar jangkaan. Cikgu pun tak pernah nak biarkan murid pulang sebelum masa pulang. Cikgu-cikgu pun tahu peraturan dan sangat mementingkan keselamatan murid-murid. Tak adil menuduh guru dan menuding salah ke muka guru kalau hal sebegini berlaku.
Acara berakhir jam 10.30 dan diikuti dengan majlis penutupan secara tertutup di bilik gerakan.
Selamat hari Guru buat semua cikgu-cikgu.
Pimpinan doa oleh Cikgu Wan Fadhlul |
Ucapan perasmian dari Encik Duraman Bakar |
Pimpinan ikrar oleh Cikgu Sabastian Cosmas |
Ikrar dimateri |
Nyanyian lagu 'Kami Guru Malaysia' |
Acara salam-salaman |
Ni hadiah untuk Teacher Zue |
Banyaknya peminat Teacher Zue....Terima kasih murid-muridku... |
Inilah kek dari Elyana yang dia design sendiri, katanya. |
Acara sukaneka |
Ni kes bapa melampau |
More picture on here...
0 comments:
Post a Comment