Friday, May 4, 2012 | By: Luna Biru

Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi

kita tak mungkin dapat puaskan hati semua orang. itu kenyataan klise. Tapi kita mampu mengurangkan risiko kepada konsekuensi keputusan kita dengan mengambilkira kontroversi yang bakal tercetus akibat perbuatan kita.

Aku tak kata aku betul. Dalam banyak hal, aku akui kelemahan aku. Aku juga akui kerakusanku yang selalu mengambil keputusan yang drastik sering mengundang padah untuk diri aku sendiri. Tapi suatu hal yang aku sangat tidak dapat terima ialah bila manusia-manusia di alam ini mudah mempropagandakan tindakanku dengan penamba han rekayaksa cerita yang hanya menyudutkan aku ke dunia mati.

Look, aku tak berniat mahu merampas hak siapa-siapa termasuk hak masa dan peluang. AKu hanya mencuri sedikit ruang yang kutahu bukan milik siapa-siapa ok. Aku hanya menggunakan 20min  masa rehat yang diperuntukan. Selebihnya, aku guna masaku sendiri. Betul, ada ramai yang datang, tapi semuanya sudah kuhalau balik. Jadi tidak wujud isu kurang prihatin atau yang seumpama dengannya.

Aku cuma berpendapat bahawa, aku sudah memberikan mereka pancing selama proses pnp selama ini. Aku tak perlu terlampau stryggle sebab aku yakin  dan tahu tahap kemampuan mereka. Oh...lupaa. Pandangan hidup kita berbeza.

(susah jua menaip pakai ipad nih)

0 comments:

Post a Comment