Monday, May 7, 2012 | By: Luna Biru

Akankah kau menjadi aku?

Biarlah kau menjadi aku
walau cuma sedetik
biar kau tahu ngilu hati ini
menyeru namamu dalam
warna-warni mimpi yang makin kusam.

Biarlah kau menjadi aku
biar kau rasa longlai langkah ini
mengejar bayangmu
kian menjauh
dan aku bagai lumpuh
menjadi pandir pada cintamu.

Biarlah kau menjadi aku
supaya dapat kau lihat daftar isi buku jiwa ini
bahawa tiada ada selain namamu
yang meliuk ayu setiap detik
mengetuk sukmaku
yang sudah lebam ungu.

Mahukah kau menjadi aku?

@Luna Biru

0 comments:

Post a Comment