Sunday, May 27, 2012 | By: Luna Biru

Hadiah Hari Guru untuk cikgu anak-anak aku...


This is the late entry. Sepatutnya aku masukkan sebelum post entry hari Guru lagi. Tersimpan dalam draft sampai lupa mahu dipostkan. 

Ok. Inilah dia hadiah untuk cikgu-cikgu anak-anak aku. Jangan tanya pasal bajet sebab memang korang akan terbeliak bijik mata bila tahu. Sometimes, duit bukan segalanya. Apalagi bila anak-anak begitu bersemangat mahu menunjukkan penghargaan kepada guru mereka melalui cara sebegini. 


Waktu menyediakan ni aku rasa mahu menangis betul sebab penat sangat baru balik dari Kem Malanggang. Sepatutnya aku sediakan awal-awal sebab memang sudah tahu akan balik lewat dari kem. Tapi masa terlalu singkat untuk bertindak sesempurnanya. Banyak lagi idea sebenarnya tapi hanya inilah yang mampu dilakukan memandangkan saat foto ini diambil jam sudah menunjukkan jam 2.45pagi. 

Ok. Photo diambil oleh abang dengan DLSRnya.





1 comments:

Anonymous said...

hebatlah

Post a Comment