Saturday, May 26, 2012 | By: Luna Biru

Kem Pendidikan Luar Peringkat Negeri Sabah, Pusat Kokurikulum, Malanggang, Tuaran


Kem Malanggang...aku datang lagi...

Kali pertama menjejak ke tanah ini pada April tahun lepas untuk program PAS (Pendidikan Alam Sekitar ok...tiada kena-mengena dengan politik). Kali pertama ke sini dulu aku diserang alergik besar-besaran yang menyebabkan kegatalan dan kerengsaan kulit yang agak teruk. Lama juga aku pulihkannnya balik, tapi ada suatu yang tertinggal, iaitu trauma. 


Ceh...trauma-trauma pun pergi juga. 

Kali ini sekali lagi aku pergi bersama Abe dan Anis, diikuti dengan 6 orang murid lain. PK Kokum aku, kak Ilaini yang cantik dan mulus kulitnya itu menjadi jurulatih. Perkhemahan ni berlangsung selama 4 hari 3 malam. Berbeza dengan PAS, aktiviti kali ini lebih mencabar fizikal. Aku cuba ikut semua aktiviti tapi oleh kerana aku masih traumakan alergik yang lepas, maka aku terpaksa hadkan aktiviti aku. 

Sekali lagi juga, macam tahun lepas, aku ditawarkan untuk menjadi jurulatih. Errr...bukan tak mahu. Cuma, aku ni manusia yang mengukur baju di badan sendiri. Aku bukannya jenis orang yang sukakan ketepatan masa dan disiplin pengurusan yang ketat. Menjadi jurulatih menuntut komitment yang tinggi sedangkan manusia macam aku ni bukanlah bagus dalam hal-hal macam tu. Memang boleh diperbaiki tapi rasanya macam belum mahu. Oh...hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, kan? Tapi aku tak akan memberi seribu dalih. Alasanku cuma satu; aku tidak komited tentang masa. Masa adalah tunggak utama dalam prinsip jurulatih. Kalau hal asas macam tu aku kantoi, jangan haraplah dapat jadi jurulatih yang baik. 

K. Ini pix yang aku upload pada hari pertama yang memenatkan. Memandu dari Papar ke Tamparuli adalah suatu cabaran besar buat perempuan yang selalu dimanja menjadi penumpang macam aku ni. See more pictures dalam entry seterusnya ok. 

Love you guys...

Pendaftaran. Kak Ilaini berbaju biru. 
Pasang khemah tu dek...
Anis disingkirkan jadi ahli khemah surati. Haha...merajuk dia. 
Life is good...

2 comments:

Menakbar said...

Kalau nak buat aktiviti di Kem Malanggan ni, nak contact siapa?

Luna Biru said...

Hubungi Pusat kokurikulum Sabah

Post a Comment