Sunday, May 6, 2012 | By: Luna Biru

Futsal lagi : Karnival Sukan 1 Malaysia Daerah Papar


Dari mula lagi aku memang tak berapa berminat untuk mengikuti pertandingan futsal yang akan diadakan sempena Karnival ini. Aku tiada masa mahu melatih, aku penat dan aku punya banyak urusan lain yang perlu disegerakan. Perihal futsal sudah mereka lalui dua minggu lalu, jadi ia sudah keluar dari senarai kerja aku. Pengulangan aktiviti ini hanya mencuri ruang masa kerjaku. 


Tapi aku kalah bila Anis dan Abe merayu. Apalagi bila team futsal berpakat mahu tolong merayu sama. Mulanya pihak sekolah tidak memberi kebenaran sebab peperiksaan sudah semakin hampir, jadi aku rasa itu alasan terbaik untuk menolak. Tapi budak-budak ni punya isu lain yang boleh dipertahankan iaitu ini adalah pertandingan terbuka jadi kenapa mesti minta kebenaran sekolah? Ok. Dalam sudut lain mereka betul. Apalagi bila parents pun bagi greenlight, maka aku semakin kehilangan alasan yang kuat untuk mengelak.  

Sekali lagi aku cuba menggagalkan usaha mereka dengan tidak mengadakan apa-apa latihan pun. Aku suruh saja mereka berlatih sendiri dan mengurus semua keperluan mereka sendiri. Dan, ya, mereka menyahut cabaran itu dengan lapang dada. Mereka berlatih setiap petang dan mereka mengurus jersey sendiri, malah mereka membuat dua lagi team baru yang mencukupkan team futsal Surati kepada 5 pasukan. 

Ok. Itu aku marah. Gilakah mahu aku seorang urus 5 team? Abang pula awal-awal lagi sudah memberitahu bahawa dia tidak akan dapat bersama aku sebab balik kampung. Tapi sekali lagi, kehadiran ibubapa yang dengan sukarelanya menjadi pengurus mengurangkan kemarahanku. Akhirnya, tanpa latihan intensif, tanpa persediaan yang rapi, tanpa pesanan dan motivasi seperti selalu, kami pun merempuh juga pertandingan ini. 

Banyak kisahnya yang terjadi sepanjang sesi pertandingan ini. Aku melihat dan aku mempelajari setiap satunya dengan perasaan yang berbaur-baur. Ada rasa marah, geram, kesal dan akhrinya aku tunduk juga pada ketentuan Allah. Mungkin segala yang berlaku ini bermula kerana sejak awal lagi aku tidak ikhlas melakukannya. 

Pasukan Anis, Puteri Rajawali, yang memenangi tempat keempat pada musim futsal yang lalu menjadi pasukan belasahan. Permainan ini dimainkan secara liga, oleh itu mereka punya 4 kesempatan untuk merebut tempat ke suku akhir. Mereka cuma menang satu kali (6-0), itupun lawan pasukan yang langsung tiada nama dan tak kuat langsung. Perlawanan pertama mereka bertemu dengan Kuala Cheetah Girl, hasil pimpinan abang yang telah mengalahkan mereka sebanyak dua kali sebelum ini. Semangat dan keyakinan mereka meluntur begitu tahu gandingan yang pasti membawa kekalahan untuk mereka itu. Dan ya, ia sangat membuatkan aku marah. What the hell kalau kita lawan the champion? Kenapa mesti sampai hilang keyakinan malah sampai ke tahap mengalah sebelum berjuang. Aku melihat ketidakmampuan mereka mengawal emosi ketakutan dan aku melihat betapa rapuhnya setiap tendangan dan pertahanan. Akhirnya aku tinggalkan mereka sebelum perlawanan tamat. Bodoh rasanya berdiri di tepi padang sambil menjerit-jerit coaching kalau mereka sendiri tiada hati mahu menang. 

Perlawanan kedua menentang pasukan Sk.Pengalat Besar yang terdiri dari budak-budak kecil hampir separas pinggang Anis. Mereka menang besar dan rasa riak mulai terpamer dari wajah masing-masing. Oh, come onlah...apahal kau menang lawan budak-budak kau bangga sangat? Kalau betul hebat, lawan pasukan kuatlah...Perlawanan ketiga menyaksikan sekali lagi kekalahan mereka dengan pasukan Mandalipau. Pasukan ini juga pernah menewaskan mereka pada musim lalu. Kali ini aku mula tahu dari mana kesilapan ini berlaku. Ianya berpunca dari kesilapan stricker, the captain itu sendiri. Dia menyerang tanpa berfikir, malah langsung tidak menggunakan otak. Dia tidak mempedulikan sokongan Anis yang berada di hadapannya, malah langsung tidak dapat bekerjasama dengan pasukannya sendiri. It's one man show, seolah-olah cuma dia saja yang ada di situ dan sepertinya dia mahu merebut kemasyhuran itu sendiri. Lalu, untuk perlawanan terakhir, aku menyuruhnya berehat dan biarkan pemain simpanan beraksi. 

Malangnya, Anis tidak melihat itu semua. Dia hanya melihat betapa kejamnya mamanya, membuang seorang pemain handalan mereka. Anis menyalahkan semua orang, tanpa melihat apa yang kulihat. Otaknya sudah dikuasai oleh sifat persahabatan, jauh dari sifat kesukanan. Tanpa pengetahuan aku, dia mengatur strategi baru; dengan menolak semua cadanganku, dia memasukkan the captain semula dan beraksi kembali seolah tiada apa-apa berlaku. Oh...kau takkan dapat membayangkan betapa marahnya aku waktu itu. Seluruh wajahku bagai hitam menahan baran. Aku rasa terhina dan rasa sangat dimalukan. Terang-terangan anakku sendiri tidak menghormati aku sebagai jurulatih dan pengurus pasukan. Sudahlah dari awal lagi aku tidak setuju sumandak seorang itu jadi captain dan merasakan Anis lebih layak memegang jawatan itu. Itupun juga ditolak Anis dengan alasan bahawa kawannya itu lebih mahir bermain berbanding dia. Ya...sudah tentu, itu aku tidak nafikan. Tapi kapten bukanlah seorang yang pandai main sahaja, tapi juga bijak mengawal emosi dan pandai mengatur strategi. Dan itulah yang tiada pada kawan kesayangannya itu. Tapi Anis tidak melihat. Apalah yang kuharap dari seorang budak 12 tahun untuk melihat apa yang kulihat? Namun apa yang paling kukesalkan ialah Anis sanggup membuang aku kerana baginya nilai persahabatan itu lebih bermakna dari nilai kesukanan dan nilai menghormati ketua. 

Akhirnya mereka kalah dan aku bersyukur sangat sebab mereka kalah. Padan muka. Aku harap ini jadi pengajaran paling besar dalam hidup mereka. 

Puteri Cenderawasih yang diketuai oleh Zulafiqah lagi menyakitkan hati. Kata ada pengurus, tau-tau, pengurusnya hilang entah ke mana dan tinggallah aku sendiri akhirnya mengurus mereka. Awal-awal lagi sudah buat hal yang menyebabkan mereka kehilangan dua peluang perlawanan sebab sibuk bersiar-siar di padang Papar. Akhirnya tinggal 1 peluang yang tak berguna sama sekali. 

Apapun, syabas dan tahniah kepada 3 pasukan lelaki; Angsa Ganas, Harimau Ganas dan Beruang Comel. Mereka memperlihatkan aksi cemerlang dan mampu menguasai padang permainan dengan cepat. Memang berbeza mengurus budak lelaki dan budak perempuan. Aku lebih suka mengurus pasukan lelaki meskipun dorang ni nakal tapi dengar cakap. Berbanding budak perempuan, nampak macam ok tapi sebenarnya memberontak diam-diam. Mungkin sebab lelaki akalnya 9 dan perempuan emosinya pula yang 9. 

Namun aku agak sedikit kesal dengan prestasi Angsa Ganas. Silapku sendiri kerana tidak mengatur ahl kumpulan. Bintang-bintang bertemu di Angsa Ganas menyebabkan mereka kehilangan arah untuk  menentukan posisi. Hampir kesemuanya stricker berkumpul di sana sampaikan goal keeper pun tiada. Adeh...sandi betul. Ni si Darren lah yang menyusun ni. Silapku sebab tidak memantau. 

Tahniah diucapkan kepada Harimau Ganas yang diketuai Qayyim. Kumpulan ni diusahakan oleh Shazawan dan diselia oleh ibubapanya. Terima kasih atas kerjasama. 

Oya, perlawanan dihentikan dan disambung minggu depan. What? Ada minggu depan lagi? Pulang dari sana, baru 5 minit sampai rumah, aku di telefon oleh budak-budak PGA yang tiada duit mahu menambang dan tiada transport mahu pulang. Astaga....terpaksalah aku hantar lagi ke Kinarut. Well...I think this will be the last time aku ambil tenaga PGA. 

Thanks to my PK Kokum atas support dan sponsor. You're the best!
Thanks to Arin yang banyak tolong mama jadi pengurus pasukan. Good talent jadi ketua. 
Thanks to abang yang sentiasa updatekan 'peti pertolongan kecemasan'.

Love to all. 




































0 comments:

Post a Comment