Friday, May 25, 2012 | By: Luna Biru

Nexus, kami dan umi


Niatnya percutian ini hanyalah sebuah percutian keluarga yang sudah lelah dengan isu dunia. Kami hanya ingin berisolasi seketika dan lari dari dunia-dunia yang penuh dengan tarikh mati. Hanya kami, keluarga yang dibina oleh Azmi dan Luna Zura.

Namun kemudiannya, niat yang sudah sedia suci itu dimurnikan lagi dengan keinginan untuk meraikannya bersama-sama mereka yang juga bernama keluarga. Lebih ramai, lebih meriah. Syukur semuanya setuju dan lalu, Nexus Karambunai Resort menjadi pilihan untuk menjayakan misi percutian singkat kali ini. 

Segalanya berjalan mulus. Tempoh 2 hari 1 malam menjadi pengunjung resort bertaraf 5 bintang ini adalah sebuah tempoh singkat yang sangat bermakna bagi kami semua. Saat pulang, sempat kubisik ke telinga umi kalau dia bahagia sepanjang masa itu. Umi hanya tersenyum dan meninggalkan aku jawapan tanpa lisan lewat matanya yang berkerdip sinar bahagia. Syukurlah kalau umi mampu menikmati semua ini dengan lapang dada. Keghariahanku melepas lelah menjadikan aku lupa kalau umi juga lebih lelah dari aku. Umi sudah mengorbankan kehidupannya semata-mata untuk melihat kami berjaya. Ini adalah hadiah kecil untuknya sempena hari ibu yang dia selalu mahu menjadi ajaib. 

Semoga kamu bahagia, anak-anakku, umiku dan keluargaku. 

Ini hanyalah sekecil-kecil pemberian yang dapat kuberi kerana tulusnya kamu berada di sisi aku selama ini. 

Amin. 

































By the way, besok aku bertugas di Malanggang...huhu

0 comments:

Post a Comment