Friday, May 4, 2012 | By: Luna Biru

Respon

Aku agak sedikit terhibur dengan komen dari kawan halimunanku yang di PM dalam fb ku mengenai entry Saling mengingati.

Katanya, itu personal blog (aku highlightkan istilah personal blog ok). Dan setiap gambar yang aku postkan, ada kaitan dengan peristiwa yang aku catatkan. Tiada gambar yang agak peribadi dan keterlaluan, apalagi yang mempost muka sendiri sampai layak dikatakan mempromosi diri (ok, ini bukan ayat yang tepat cuma sebagai satu kesimpulan secara keseluruhan ok. Maklumlah cikgu jadi semuapun mesti jadi rumusan).

Dan bukan cuma ada dia, ada lagi beberapa.

Ada lagi yang kata, yang mengomen tu pasti tak benar-benar membaca tapi sekadar melihat-lihat saat melawat. Sebab tu dia tak benar-benar tahu hala tuju ceritaku.

Ada lagi yang kata, dia sanggup jumpa orang tu dan marah (ha...siaplah kau Jenab! Peminatku mau marah kau sudah ni). Kalau sekadar nak melawat, lawat blog artislah...kalau nak baca kisah kehidupan Luna, silakan komen baik-baik dan ikhlas. Tak wujud istilah saling mengingati kalau baunya macam tak berapa betul. Ceh...terasa begitu dihargai pula...

Tak apalah peminat-peminatku...itu pandangan dia. Apapun, aku tetap berterima kasih padanya kerana ia membuatku lebih berhat-hati lain kali.

0 comments:

Post a Comment