Friday, May 4, 2012 | By: Luna Biru

The Bersih series...

Aku dengan ini secara rasminya menentang demonstrasi jalanan samada ia aman atau tak aman.

Kerana konsekuensi kepada demonstrasi seperti itu pasti berbuah kepada rusuhan. Tak peduli siapa yang memulakan rusuhan dulu, yang nyatanya, tiada demo, maka tiada rusuhan. Titik.

Ok. Aku mungkin tak berapa mengerti perjuangan encik Ambiga dalam misi Kebersihan yang diperjuangkannya. Aku tak tahu pula sekotor apa SPR sampai layak dilanyak seperti itu. Aku cuma tahu kalau SPR benat-benar kotor, kenapa 5 negeri tumbang ke tangan pembangkang dalam PRU 5 tahun lepas? Dan, kalau ternyata perjuangan untuk membersihkan umat manusia dalam SPR itu ternyata lebih membawa keburukan berbanding kebaikan, kenapa diteruskan juga?


Come on guys, undi di tangan anda ok. Bila sampai di konti undi, undi sajalah mana-mana yang korang suka. Kalau takut SPR main kotor, silalah bergambar sendiri guna hp korang yang canggih-manggih tu. Then, bila keputusan diumumkan, kumpul balik semua gambar2 korang tu dan jadikan bahan bukti. Walaupun akhirnya ia bukan rahsia lagi, tapi aku percaya korang tak peduli semua tu lagi. Korang kan rakyat Malaysia yang berani? Sudah berani terang-terangan merusuh jiwa dan raga menentang kerajaan, sah-sahlah memang takkan undi kerajaan, kan?

Ketahuilah bahawa iblis itu paling suka di 'pasar'. Ia telah meminta dari Allah untuk menjadikan pasar sebagai masjidnya. Pasar itu merujuk kepada suasana yang hingar bingar, bebas dan tiada sempadan antara muhrim dan bukan muhrim. Maka dalam konteks ini pasar itu adalah kawasan tempat berhimpunnya manusia-manusia bersih ini. Dalam nawaitu yang suci itu, sudah pastilah ada iblis di antaranya. Ini bukan perjuangan semurni rakyat Malaya menuntut kemerdekaan puluhan tahun yang lampau. Terus-terang saja, aku mempertikaikan kesucian niat. Dan aku tak faham kenapa kamu-kamu & kamu tak melihat kesucian itu. Hanya bersandarkan kepada sebuah memorandum yang dicanang gah, maka kamu rela menjadi salah satu penghidup masjid sang iblis.

Come onlah lagi manusia bijaksana,

Korang tak nampakkah apa yang sedang berlaku? Siapa pengagas kepada semua ini? Apa bangsa, apa agamanya? Pernahkah terfikir kalau pengaruhnya berjaya memvirusi jiwa kita hingga kita dengan rela hati 'memangkah' kertas berharga yang menyebabkan tertukarnya kepimpinan negara? Bertukar kepimpinan bermakna bertukar asas undang-undang; bertukar agama rasmi, bertukar bangsa utama, bertukar bahasa kebangsaan, bertukar rukunegara, bertukar prinsip malah bertukar strategi pemerintahan. Sedangkan bertukar Perdana Menteri pun sudah cukup melaknati kita, apalagi bertukar politik. Ingat tak lagi macamana Tun Matahir jaga kita? Sampaikan Singapore mahu minta air pun dia tak bagi. Apalagi sampai mahu berhutang luar negara atau berpakat dengan anasir luar untuk memusnahkan Malaysia. Tapi apa jadi begitu beliau mengundurkan diri? Oh...aku tiada masa mahu mengulas satu-satu, googlelah sendiri kronologi sejarahnya.

Ingatkah lagi juga isteri Tun yang begitu disayangi dan dihormati? Tun Sri Asmah yang berjiwa lembut dan tegar dan sangat low profile. Seluruh Malaysia menyokong setiap keputusannya dan bersama dalam setiap keminatannya. Tapi apa jadi bila Rosmah menjadi first lady (kalau istilah itu wujud di Malaysia)? Nampak sangat perubahannya,kan? Jadi, apa pula berlaku kalau...ya...kalau pemerintahann bertukar tangan?

Sucikah niat Encik Ambiga? Benarkah SPR yang dihentam atau sebenarnya ia hanya menjadi kambing hitam? Siapa dalang dalam semua ini? Aku percaya ia didalangi oleh seseorang yang besar, yang hebat yang bertindak sebagai mastermind...seperti dalam novel Sidney Sheldon; The Doomsday Conspiracy.

Baiklah. Jadi bagaimana kalau pemerintahan bertukar? Adakah kamu-kamu yakin benar bahawa yang baru itu adalah seputih yang kamu perjuangkan? Bagaimana kalau tidak? Wujud lagi siri-siri Bersih selanjutnya hingga siri ini menjadi trademark Malaysia? Betapa malangnya negaraku yang kucintai ini sudah mulai menghalalkan pendemontrasian sebagai budaya seperti Thailand dan Indonesia. Alangkah baiknya menjadi seperti Sarawak dan Singapore yang begitu teguh pendiriannya hingga tak pernah menghalalkan perkara ini.

Once again, come on lah you guys...jujur saja. Korang benar-benar bersihkah untuk membersihkan orang?

Bangkanglah manusia yang memerintah kalau benar mereka sudah lari dari radar kebenaran. Tapi jangan jual negara. Kita sedang mempertaruhkan negara ini untuk sebuah kebebasan yang kita tidak tahu hala tujunya. Ini negara kita. Beratus tahun kita dijajah dan akhirnya dipulangkan semula oleh sekumpulan cendikiawan yang benar-benar bersih jiwa juangnya. Mahukah kita kembali dijajah? Lihatlah si pengasasnya, lihatlah si pengikutnya...dan kita yang bergelar bumiputera hanya tahu melaung Allahuakbar tanpa tahu bersyahid untuk apa.

Pujaanku, encik Fansuri, siapa kau akan jadi kalau misi ini berjaya?

0 comments:

Post a Comment