Wednesday, May 2, 2012 | By: Luna Biru

Saling mengingati

Seorang sahabat lama menegur entry blogku.

Ayatnya lebih kurang macam ni;
"Apasal kau post gambar-gambar kau di blog? Kau nak bagitau satu dunia ni yang kau lawa? Supaya orang puji-puji kau dan kau rasa megah? Kau tak malu ke?"

Err...lama juga aku terdiam mendengar pertanyaan yang lebih berbaur krtikan itu. Akhirnya aku buat keputusan untuk senyum dan bilang ok. Aku tak tahu ok tu untuk apa sebenarnya.


Tapi sempat juga aku tanya dia sebelum kami berpisah; "Aku rasa baik kau berhenti lawat blog aku kalau kau menyampah tengok pix aku".


"No, aku bukan menyampah. Aku cuma hairan. Why? What's that for?"


"Because it's my diary and my journal? Boleh terima tak jawapan tu?"


"Ya, aku tahu. Masalahnya sekarang kau mengapungkannya ke  dunia maya dan...bla bla bla"


"...kalau begitu mungkin aku kena limitkan readers aku kepada yang berdaftar sahaja macam blog kawan aku. Macam? For sure aku tak jemput kau," balasku menahan sedikit marah sebab dia macam berapi betul mempertahankan hujahnya.

Akhirnya perbualan itu tak ke mana selain meninggalkan bekas yang tak puas hati pada kami berdua.

Bila balik rumah, aku rasa dia betul (sedikit). Apapun alasannya, samada ia diary atau journal, aku sedang mengapungkannya ke dunia maya yang begitu mudah diakses oleh semua orang. Oh...syukurlah ada orang ingatkan aku. Bukankah tugas seorang Muslim itu adalah saling ingat-mengingati, itu hadis Rasulullah dan itu juga yang abah selalu katakan sejak dulu-kala.

Kata abah, samada orang tu suka atau tidak, kita kena cakap juga kalau kita melihat sesuatu yang mungkar dilakukannya. Sekadar untuk mengingati, manalah tahu orang tu terlupa. Dan kalau mereka enggan mengikutimu, yang pastinya kau sudah bebas dari tanggungjawab. Dan kawanku itu pasti sudah bebas dari tanggungjawabnya. Tinggal dari aku lagi mahu mengikutinya atau tidak.

Hmm...mungkin aku kena ikut cara Susan: Private blog!

2 comments:

Atie said...

tidak perlu kasi private, cma kurangkan post gambar sendiri.....btl nda.....hehehe

Luna Biru said...

Haha..setiap gambar ada kisahnya. Aku pula lebih tertumpu pada seni fotografi itu sendiri.

Nda apa Tie, kalau aku kasi private, for sure aku jemput kau juga.

Post a Comment