Sahabat sejati tak akan berubah hati.
Itu kata nenek si Nurul Aiman dalam filem Hore-Hore.
Yang ada cuma gedik-gedik manja ataupun merajuk-merajuk manja.
Jadinya aku ni kira bukan kawan sejatilah sebab aku mudah berubah hati. Ataupun aku cuma merajuk manja, minta kena pujuk. Kononnya lah.
Tapi konflik besar berlaku bila kawan kita rasa yang dia lebih berhak berjauh hati lebih dari kita yang dulu terkuka. Lalu terjadilah situasi tunggu-menunggu; menanti siapa yang mulai dulu cair hati untuk jadi tukang pujuk.
Konsekuensinya, ego-ego bodoh pun mulai jadi raja.
Kepada sahabatku, Melati Atie, aku mohon maaf atas segala yang terjadi. Aku memang bukan sahabat yang baik dan aku tak tahu macamana jalan untuk ke situ. Aku cuma tahu bahawa sahabat itu adalah manusia yang seharusnya menjadikan kita manusia yang lebih baik. Mungkin aku tidak berdiri di antara keduanya.
"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak tahu mencari sahabat. Dan sesungguhnya manusia yang lebih lemah dari itu adalah manusia yang mensia-siakan sahabat yang dicarinya" (SaidinaAli)
Kembalikan aku ke laut
Pages
Cari di sini
IKLAN
Followers
Ikuti di Facebook
Labels
- badai banyu biru (1)
- Bola baling (9)
- cerpen (13)
- Cuti-Cuti Malaysiaku (92)
- Diary Bisnes aku (4)
- Diary Teacher Zue (299)
- Filem (45)
- hiburan (24)
- Hidup aku (247)
- info kesihatan (15)
- KSP (6)
- lunabiru (1)
- makanan yum yum (16)
- malangang (8)
- My Family (204)
- My Journal (39)
- My photography shot (18)
- Novel (8)
- Papar (12)
- Papar event (1)
- Persahabatan (67)
- puisi (95)
- rambling 2021 (1)
- sekadar renungan (61)
Total Pageviews
Popular Posts
-
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1 1. GELANGGANG PERMAINAN 1.1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 ...
-
Entry kali ni aku nak bawa isu SUMANDAK Sabah yang terkenal dengan kejelitaan,kemanjaan dan keseksiannya. Sumandak @ Tondu adalah bahas...
-
MAKSAK MEDIC CARE - SKIM PENGURUSAN KESIHATAN UNTUK ANGGOTA-ANG GOTA KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN. Kelmarin sekolah kami dikunjun...
-
"Hidup jangan menongkat langit, kelak tongkatmu patah, baru kau tahu langit tinggi rendah. Baru kau tahu apa rasanya hidup dihempap la...
-
Tanpa ulasan. Sebab aku dah penat nak berfikir untuk menghurai kenapa kurasa filem ini sangat berbaloi. Tanpa menurut urutan tahun kerana a...
-
Hari ni aku ambil MC sebab tak tahan dengan kesakitan mata yang sudah melampau2 tahap kemampuanku ni. Sebenarnya, sakit ni bermula sejak har...
-
Inilah dia homestay Mak Usu aku yang terletak di Felda Sahabat, Lahad Datu. Kalau korang berpeluang untuk ke sini dan tiada penginapan, bol...
-
Kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi di Taman Pertanian, Tenom, Sabah. Taman ini terletak di Kg. Lagud Seberang, Tenom sejauh 1...
-
21 Dis 2011 (Rabu) Hari ke 7 Hari ni hari terakhir kunjungan kami di Tawau. Lepas ni kami akan bergerak ke Semporna pula untuk meneruskan ...
-
Kepada penggemar siri cerita seram, tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton aksi drama yang menggegarkan bola roma ini. Ia aka...
Powered by Blogger.
Sebuah hari di Lembah Impian
Lembah Impian, Putatan. Segala yang kamu mahu tahu tentang tempat ini ada di sini. Silakanlah menggogglenya.
Bercuti di lembah ini merupakan salah satu keinginan kecil setelah melawat tempat ini pada saat jamuan makan siang sekolah abang beberapa bulan yang lepas. Lokasinya yang agak jauh dari bandar dengan konsep country homes resort seakan menggamit keinginan untuk berkunjung sekali lagi.
Hadiah Hari Guru untuk cikgu anak-anak aku...
This is the late entry. Sepatutnya aku masukkan sebelum post entry hari Guru lagi. Tersimpan dalam draft sampai lupa mahu dipostkan.
Ok. Inilah dia hadiah untuk cikgu-cikgu anak-anak aku. Jangan tanya pasal bajet sebab memang korang akan terbeliak bijik mata bila tahu. Sometimes, duit bukan segalanya. Apalagi bila anak-anak begitu bersemangat mahu menunjukkan penghargaan kepada guru mereka melalui cara sebegini.
Let's support 100plus : Road to London
It was located in 1B Hypermall.
The objectives was clearly to support the Malaysian athletes in their mission to Olympic Games, London.
And here we go...
Kem Pendidikan Luar Peringkat Negeri Sabah, Pusat Kokurikulum, Malanggang, Tuaran
Kem Malanggang...aku datang lagi...
Kali pertama menjejak ke tanah ini pada April tahun lepas untuk program PAS (Pendidikan Alam Sekitar ok...tiada kena-mengena dengan politik). Kali pertama ke sini dulu aku diserang alergik besar-besaran yang menyebabkan kegatalan dan kerengsaan kulit yang agak teruk. Lama juga aku pulihkannnya balik, tapi ada suatu yang tertinggal, iaitu trauma.
Hari Guru Sk. Surati
25 Mei, 2012.
Hari terakhir persekolahan bagi semester 1, 2012.
Hari ini kami meraikan perayaan Hari Guru yang tertunda sejak tarikh keramat 16 Mei. Pelbagai aktiviti telah disusun dan telah berjaya dijalankan dengan sebaiknya. Berbeza dengan tahun-tahun lepas, kali ni pihak urusetia bertindak program ni tidak menjalankan aktiviti pertandingan sukan antara guru dan murid. Aktiviti itu digantikan dengan acara sukaneka antara rumah sukan. Aku mewakili rumah kuning.
Nexus, kami dan umi
Niatnya percutian ini hanyalah sebuah percutian keluarga yang sudah lelah dengan isu dunia. Kami hanya ingin berisolasi seketika dan lari dari dunia-dunia yang penuh dengan tarikh mati. Hanya kami, keluarga yang dibina oleh Azmi dan Luna Zura.
Namun kemudiannya, niat yang sudah sedia suci itu dimurnikan lagi dengan keinginan untuk meraikannya bersama-sama mereka yang juga bernama keluarga. Lebih ramai, lebih meriah. Syukur semuanya setuju dan lalu, Nexus Karambunai Resort menjadi pilihan untuk menjayakan misi percutian singkat kali ini.
Mei itu indah
May adalah bulan yang seharusnya jadi indah buat semua wanita yang bergelar ibu. Ia juga adalah bulan manis untuk para pendidik, dan para penyelamat nyawa yang bergelar jururawat.
May juga indah bagiku kerana ia adalah bulan kelahiran abang.
Namun, kesibukan telah merentas banyak ruang waktu untuk menyambut setiap satu acara yang perlu diraikan itu. Hari ibu berlalu begitu sahaja. Sekadar ucap cium tanda selamat sama umi yang selalu mengharap ada yang ajaib-ajaib berlaku untuknya pada hari keramat itu. Oleh kerana aku secara peribadi tidak begitu bersetuju dengan perayaan ini, maka aku redhakan saja ia berlalu tanpa sebarang sambutan dari anak-anakku. Namun pandangan ini agak jauh bersimpang dengan mana-mana ibu di dunia ini. Makanya, kerana menghormati pandangan mereka, maka aku perlu terus berlakon saja menganggap bahawa hari ini memang sebenarnya penting.

bukan harapan, ia persoalan
Kadangkala, ada ruang - ruang kosong dalam hidup yang tak perlu kita selongkar. Biar ia tertutup rapat. Biar ia mampat dengan angin bergelimpangan di dalamnya. Tak tembus walau cuba dibocorkan oleh misteri, kenangan, harapan, kesedihan, kegembiraan, sejarah dan apa sahaja. Biar ia terus kosong, tertanam dalam kepadatan rutin - rutin tuntutan kehidupan melalui dosa - dosa lampau atau upah dari kebodohan sendiri.
Ia memang diciptakan begitu, yang sampai sudah kita tak mungkin bertemu jawapan. Bukan harapan, tapi inilah persoalan.
Tak kental
Dipetik begitu sahaja dari analogi rasa Zahiril Adzim...terkesima...
Lelaki VS Perempuan
Lelaki selalu tak faham kenapa perempuan gagal memahami mereka, memahami minat serta kecenderungan mereka.
Tapi sebenarnya, yang perempuan gagal faham ialah kefantikan lelaki dalam menangani minat serta kecenderungan itu sendiri.
Selalu agak berlebihan.
Bak kata Susan, apa saja yang berlebihan itu tidak baik, sekalipun ia sesuatu yang baik.

Degil
Dalam banyak-banyak kesalahan manusia, suatu hal yang aku tak boleh nak terima ialah sifat degil.
Degil. Kepala batu. Itu batu besar atas kepala juga ada duduk.
Semua manusia tak kira lapisan umur ada pendiriannya masing-masing. Ada ego yang perlu dipertahankan dan ada kebenaran yang perlu dibenarkan. Masing-masing manusia mahu dia berada di pihak yang betul walaupun dia tahu dia sedang berdiri di dahan yang sangat rapuh. Sebabnya, tidak ada manusia yang suka ditunjukkan jalan mana yang betul apabila dia sudah mempunyai jalan yang telah dipilih oleh hatinya sendiri.

Kisah murid aku
Aku rasa macam mau menangis tapi air mata aku tak dapat keluar sebab dada aku terlampau sebak. Jantung aku berdegup laju-laju sampai aku rasa dia boleh keluar sendiri kalau tiada kulit yang tutup organ dalaman aku.
Begitukah rasanya kehilangan anak?
Tapi hari ini aku tidak kehilangan anak. Aku kehilangan seorang anak murid.
Bulan Biru
Kau adalah bulan biru di atas kaca di kamar tidurku.
Aku menatapku setiap haribulan 14 dengan senyum yang
kucuakkan dalam dendam seorang perindu.
Tapi kau tak pernah tahu.
Kembalikan hatiku
Demikian lamanya waktu saat kau pergi
membawa sepotong hatiku yang runyam-lusuh
hingga tak tersaki baki yang tinggal
kecuali seraut wajahmu yang kupinjam mengalas bantal
dan sepotong kenangan tentang kita yang tak pernah pudar.
Aduhai waktu...
Bilakah kau akan mengembalikan pemilik wajah dan kenangan itu
kepadaku lagi?
Rindu yang tertuang ini seakan tak pernah habisnya menguras
jiwa dan resahku.
Mimpi tentangnya hanyalah sepenggal dusta yang melenakan.
Sedang kompasku sudah kehilangan arah menemukan jalan menuju hatinya.
Kembalikanlah hatiku supaya dapat kupulangkan wajah dan memori tentangmu...
@Luna Biru
Akankah kau menjadi aku?
Biarlah kau menjadi aku
walau cuma sedetik
biar kau tahu ngilu hati ini
menyeru namamu dalam
warna-warni mimpi yang makin kusam.
Biarlah kau menjadi aku
biar kau rasa longlai langkah ini
mengejar bayangmu
kian menjauh
dan aku bagai lumpuh
menjadi pandir pada cintamu.
Biarlah kau menjadi aku
supaya dapat kau lihat daftar isi buku jiwa ini
bahawa tiada ada selain namamu
yang meliuk ayu setiap detik
mengetuk sukmaku
yang sudah lebam ungu.
Mahukah kau menjadi aku?

Penjara Jiwa
Aku sebenarnya lahir dari penjara
telah banyak aku lukiskan di dinding ini
sehingga aku tidak menghiraukan
detik waktu berlalu
aku hanya ingin bersama
bersandaran
didalam warna kesedihan
di perkebunan
diam sebuah kolam
dan teratai berkembang putih
Kekasih
aku hanya ingin menyintai kamu
merindui kamu
menari di dalam lebat hujan
di sudut sana telah aku lukiskan
camar pantai dan laut bernyanyi
bersama sepahan kulit kulit siput
aku terus menanti
berkejar ombak bicara puisi
rasa lahir dari hati nurani
ada lukisan langit juga di atas kepalaku
bulan dan kerdip bintang bintang
sayap sayap burung beterbangan
dan aku hanya ingin singgah
di setiap pelabuhan sepimu
apakan daya
aku di penjara jiwa
tanpa nama
tiada papan tanda
aku hanya ingin tidur diribaanmu
kerana mimpiku tanpa warna
hanya cahaya
dari hitam putih suasana.
Karya: A. Ghafar Bahari (Gopa)
Banyak puisi menarik hasil nukilan beliau. Sila klik sini. Aku rasa mesti cik aku suka....
Arin ke Kursus Ketua Platun Jabatan Pertahanan Awam
Tahniah buat Arin @ Danial Ihsan Safwan yang telah terpilih menjadi satu-satunya wakil daerah Papar ke Kursus Ketua Platun Jabatan Pertahanan Awam. Kursus ini berlangsung lima hari bermula hari ini di Kompleks Sukan, Sandakan.
Selama ini Arin hidup dibayangi aku. Dia selalu tanya adakah dia dipilih dalam acara ini dan itu, atau diberi kepercayaan untuk memegang apa-apa jawatan di sekolah kerana aku ada di sebalik semuanya. Dia selalu menganggap bahawa aku mengaturkan segalanya untuknya, termasuklah sampai ke tahap dia dipilih menjadi pemain bola sepak daerah dan pengawas sekolah.
Futsal lagi : Karnival Sukan 1 Malaysia Daerah Papar
Dari mula lagi aku memang tak berapa berminat untuk mengikuti pertandingan futsal yang akan diadakan sempena Karnival ini. Aku tiada masa mahu melatih, aku penat dan aku punya banyak urusan lain yang perlu disegerakan. Perihal futsal sudah mereka lalui dua minggu lalu, jadi ia sudah keluar dari senarai kerja aku. Pengulangan aktiviti ini hanya mencuri ruang masa kerjaku.
Respon
Aku agak sedikit terhibur dengan komen dari kawan halimunanku yang di PM dalam fb ku mengenai entry Saling mengingati.
Katanya, itu personal blog (aku highlightkan istilah personal blog ok). Dan setiap gambar yang aku postkan, ada kaitan dengan peristiwa yang aku catatkan. Tiada gambar yang agak peribadi dan keterlaluan, apalagi yang mempost muka sendiri sampai layak dikatakan mempromosi diri (ok, ini bukan ayat yang tepat cuma sebagai satu kesimpulan secara keseluruhan ok. Maklumlah cikgu jadi semuapun mesti jadi rumusan).
Dan bukan cuma ada dia, ada lagi beberapa.
Ada lagi yang kata, yang mengomen tu pasti tak benar-benar membaca tapi sekadar melihat-lihat saat melawat. Sebab tu dia tak benar-benar tahu hala tuju ceritaku.
Ada lagi yang kata, dia sanggup jumpa orang tu dan marah (ha...siaplah kau Jenab! Peminatku mau marah kau sudah ni). Kalau sekadar nak melawat, lawat blog artislah...kalau nak baca kisah kehidupan Luna, silakan komen baik-baik dan ikhlas. Tak wujud istilah saling mengingati kalau baunya macam tak berapa betul. Ceh...terasa begitu dihargai pula...
Tak apalah peminat-peminatku...itu pandangan dia. Apapun, aku tetap berterima kasih padanya kerana ia membuatku lebih berhat-hati lain kali.

The Bersih series...
Aku dengan ini secara rasminya menentang demonstrasi jalanan samada ia aman atau tak aman.
Kerana konsekuensi kepada demonstrasi seperti itu pasti berbuah kepada rusuhan. Tak peduli siapa yang memulakan rusuhan dulu, yang nyatanya, tiada demo, maka tiada rusuhan. Titik.
Ok. Aku mungkin tak berapa mengerti perjuangan encik Ambiga dalam misi Kebersihan yang diperjuangkannya. Aku tak tahu pula sekotor apa SPR sampai layak dilanyak seperti itu. Aku cuma tahu kalau SPR benat-benar kotor, kenapa 5 negeri tumbang ke tangan pembangkang dalam PRU 5 tahun lepas? Dan, kalau ternyata perjuangan untuk membersihkan umat manusia dalam SPR itu ternyata lebih membawa keburukan berbanding kebaikan, kenapa diteruskan juga?

Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi
kita tak mungkin dapat puaskan hati semua orang. itu kenyataan klise. Tapi kita mampu mengurangkan risiko kepada konsekuensi keputusan kita dengan mengambilkira kontroversi yang bakal tercetus akibat perbuatan kita.
Aku tak kata aku betul. Dalam banyak hal, aku akui kelemahan aku. Aku juga akui kerakusanku yang selalu mengambil keputusan yang drastik sering mengundang padah untuk diri aku sendiri. Tapi suatu hal yang aku sangat tidak dapat terima ialah bila manusia-manusia di alam ini mudah mempropagandakan tindakanku dengan penamba han rekayaksa cerita yang hanya menyudutkan aku ke dunia mati.
Look, aku tak berniat mahu merampas hak siapa-siapa termasuk hak masa dan peluang. AKu hanya mencuri sedikit ruang yang kutahu bukan milik siapa-siapa ok. Aku hanya menggunakan 20min masa rehat yang diperuntukan. Selebihnya, aku guna masaku sendiri. Betul, ada ramai yang datang, tapi semuanya sudah kuhalau balik. Jadi tidak wujud isu kurang prihatin atau yang seumpama dengannya.
Aku cuma berpendapat bahawa, aku sudah memberikan mereka pancing selama proses pnp selama ini. Aku tak perlu terlampau stryggle sebab aku yakin dan tahu tahap kemampuan mereka. Oh...lupaa. Pandangan hidup kita berbeza.
(susah jua menaip pakai ipad nih)

Luna loves photography...
Can you just adore the art of the shot? If adorable...(of course). Just ignore the model (If you hate her...huhu) - But I do love the photographer.
...kerana kau percaya...
Dia benar-benar percaya bahawa aku akan terbang ke langit dan menjadi bintang yang mempesona.
Dia benar-benar percaya bahawa aku mampu menggenggam bara menjadi arang.
Dia benar-benar percaya bahawa aku begitu indah untuk menjadi apa saja.
Dia benar-benar percaya bahawa aku akan mengubah dunia...
Saling mengingati
Seorang sahabat lama menegur entry blogku.
Ayatnya lebih kurang macam ni;
"Apasal kau post gambar-gambar kau di blog? Kau nak bagitau satu dunia ni yang kau lawa? Supaya orang puji-puji kau dan kau rasa megah? Kau tak malu ke?"
Err...lama juga aku terdiam mendengar pertanyaan yang lebih berbaur krtikan itu. Akhirnya aku buat keputusan untuk senyum dan bilang ok. Aku tak tahu ok tu untuk apa sebenarnya.

Yang baik dan buruk
Di sela berita baik itu selalu ada berita buruk. Begitupun sebaliknya. Selalu begitu,kan? Mungkin Tuhan tidak mahu kita berada dalam keadaan melampau gembira atau melampau sedih. Makanya, Dia sentiasa menyelitkan antara keduanya. Bak kata Susan, apa saja yang terlebih itu tidak baik, sekalipun ia adalah perkara yang baik.
Dan hari ini ada beberapa berita baik yang kuterima dengan lapang dada. Mungkin aku terlupa mengucapkan syukur makanya Allah segera melenyapkan satu dari kenikmatan itu. Atau mungkin juga Allah tahu aku bakal bersedih atas sebuah kehilangan makanya Dia menyediakan beberapa yang baik untuk aku nikmati di masa sedihku.
Apapun, yang buruk itu tetap saja selalu lebih menguasai,kan?

Pengiktirafan manusia
Pagi tadi ada dua manusia mengadiliku untuk satu pengiktirafan yang agak tinggi 'darjat'nya di dunia pendidikan. Kehadiran mereka memang sudah sejak sebulan dulu kumaklumi dan rasanya aku belum bersedia untuk menerima pengiktirafan semacam itu. Maklumlah manusia yang kurang disiplin macam aku ni memang agak sedikit jauh dari apa-apa yang namanya penghargaan. Dua anugerah yang sepatutnya kudapat sebelum ini pernah ditarik balik gara-gara isu disiplin. Ya...mana ada lagi guru paling lewat sampai ke sekolah setiap hari sepanjang hidupnya selain aku (di setiap sekolah tempat aku berkhidmat ok) ? Dan mana ada juga lagi guru yang kerap mencuri waktu keluar semata-mata untuk menghantar dan mengambil dua anak di tadika. Semua masalah itu tertumpu pada aku; ditambah lagi dengan kesalahan-kesalahan disiplin lain dan masalah komunikasi dengan rakan sejawat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- Luna Biru
- Cari aku di neverland saat sang peri dan Peter Pan berterbangan di langgit jingga menuju ke bulan. Cari senyumku di bibir pantai saat senja nampak sempurna menanti mentari ungu hitam. Tunggu warkahku yang kutitip di botol kaca menuju hatimu, mengetuk mimpimu.
Blog Archive
-
▼
2012
(389)
-
▼
May
(36)
- Mohon maaf untuk Melati
- Luna loves photography : Ceria di Lembah Impian
- Sebuah hari di Lembah Impian
- Luna loves photography : Cinta di Lembah Impian
- Hadiah Hari Guru untuk cikgu anak-anak aku...
- Let's support 100plus : Road to London
- Luna loves photography : Wedding at Rimba
- Luna loves photography : The boys with Kulintangan
- Kem Pendidikan Luar Peringkat Negeri Sabah : The F...
- Kem Pendidikan Luar Peringkat Negeri Sabah : Day 3...
- Kem Pendidikan Luar Peringkat Negeri Sabah : Day 2
- Kem Pendidikan Luar Peringkat Negeri Sabah : Day 3
- Kem Pendidikan Luar Peringkat Negeri Sabah, Pusat ...
- Luna loves photography : Hari Guru Sk.Surati
- Hari Guru Sk. Surati
- Nexus, kami dan umi
- Mei itu indah
- bukan harapan, ia persoalan
- Lelaki VS Perempuan
- Degil
- Kisah murid aku
- Bulan Biru
- Kembalikan hatiku
- Akankah kau menjadi aku?
- Penjara Jiwa
- Arin ke Kursus Ketua Platun Jabatan Pertahanan Awam
- Futsal lagi : Karnival Sukan 1 Malaysia Daerah Papar
- Respon
- The Bersih series...
- Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi
- Luna loves photography...
- Luna loves photography...
- ...kerana kau percaya...
- Saling mengingati
- Yang baik dan buruk
- Pengiktirafan manusia
-
▼
May
(36)