Tuesday, November 20, 2012 | By: Luna Biru

Tugu Peringatan Datu Mat Salleh

Tugu Peringatan Datu Paduka Mat Salleh terletak sejauh 86KM dari bandaraya Kota Kinabalu, di Kg. Tibabar, Tambunan. Perjalanan ke sini mengambil masa 1 jam 30 minit. Pastikan anda tidak mengambil jalan pintas di Kg. Kinabaan kalau tidak mahu terlepas peluang untuk sampai ke tempat ini. Agak mudah menemukan tugu ini kerana sebuah tanda nama telah diletakkan di sebelah kanan sebagai panduan. Kita akan melalui sebuah kampung tradisional dengan keindahan alam semulajadi sebelum sampai ke tugu yang terletak betul-betul di hujung jalan. 

Sudah lama sebenarnya aku mendengar mengenai kewujudan tempat ini namun baru kali ini berkesempatan mengunjunginya. Agak terperanjat juga bila mendapati bahawa tugu yang sepatutnya dipelihara dengan baik ini terbiar usang bagai ia sesuatu yang tidak bermakna. Seketika hati berdetik bahawa inilah masalah utama negara kita. Kerajaan lebih cenderung menyediakan kewangan untuk membina sesuatu tetapi tidak menyediakan peruntukan untuk penyelenggaraan. Dengarnya kini tugu ini sudah diambilalih oleh Muzium Negeri Sabah dan masih dalam proses penyelenggaraan. Namun, siapa yang 'berkuasa' terhadap tugu ini sebelum ini, tidak pula aku ketahui. Anda boleh klik link ini untuk melihat bahagian dalam bangunan. 




Sebelum menuding jari pada masyarakat kampung (seperti dalam artikel ini), baiklah kita merenung diri sendiri dulu. Kalaulah aku tinggal di sebelah tugu ini, adakah aku akan melaksanakan tanggungjawabku sebagai pencinta khazanah sekiranya pihak berwajib gagal melakukannya dengan telus? Sanggupkah aku menggalas tugas sebagai penjaga khazanah tanpa bayaran atau apa-apa perjanjian? Jawapannya, tepuk dada tanyalah selera. Barangkali beginilah agaknya perasaan penduduk kampung di kawasan itu. Wallahuaklam. 



Beberapa pertikaian mengenai ketelusan perjuanagan Mat Salleh masih terus diperbahaskan meski sudah 100 tahun pemergiannya. Aku cuba membuat kajian ekspress tapi akhirnya tidak satupun yang dapat benar-benar dijadikan pegangan. Mungkin, sesuatu yang rahsia itu perlu terus kekal rahsia. Tidak perlulah kita terus -menerus mempertikaikan perjuangannya kerana aku yakin, pada setiap suatu-suatu zaman, Allah akan menjadikan seorang wira untuk memimpin kaum yang lemah. Mungkin pada zaman itu, Allah memilih dia, sesorang yang berbangsa suluk dan bukan warga Sabah sejati untuk menggalas amanah itu. Allah selalu menjadikan sesuatu itu kontra kepada kesemulajadian, seperti saat Dia menjadikan Syuaib sebagai pilihanNya. Sebabnya sangat mudah, Dia hanya ingin melihat sejauhmana umatnya akur pada takdirnya dan tunduk pada qadar yang telah ditetapkannya dan menghormati pilihanNya. 

Aku rasa, kalau kita melihat semua ini, persoalan seperti ini tidak akan timbul lagi. Tapi dasar kita, tidak selalu mahu menerima sesuatu itu dengan hati yang mulus. 

Wallahuaklam. Al-Fatihah untuk arwah.






Di mana-mana pun anak-anak tetap bahagia, kan? 

Perjalanan diteruskan ke Tenom melalui daerah Keningau. Awan berat sudah mulai menutupi  langit.






0 comments:

Post a Comment